1. Sebaik sahaja melekap pada buah dada anda, bayi anda bukan sahaja menhisap, malahan “menyusui” buah dada menggunakan rahangnya dengan cara menekan takungan susu anda pada dasar aerola. Sekiranya bayi anda hanya menghisap puting, anda akan berasa sakit dan dia pula tidak memperoleh susu. Jika anda berasa sakit yang menusuk untuk sejenak, tarik nafas dengan dalam dan ini akan membantu merehatkan anda.
if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,
but an obligation to the choice.
Give your child the freedom of choice
Quick Search
Cari@susuibu.com
Sunday, August 17, 2008
melekap
menyusu dengan selesa
PENYUSUAN BAYI AWAL BARU
Duduk dengan selesa dalam keadaan yang tegak dengan belakang anda disokong. Sebuah kerusi tanpa lengan adalah tempat paling sesuai atau duduk tegak atas katil dengan belakang anda disokong oleh bantal.
Sekiranya ini memberi anda keyakinan, letakkan sebuah bantal pada paha anda untuk membawa bayi anda ketinggian yang betul atau tinggikan satu lutut untuk menyokong badannya. Jangan bongkokkan belakang anda, apabila anda condong ke hadapan untuk menyusu bayi anda.
PENYUSUAN BAYI YANG LEBIH BESAR
Sebaik sahaja anda berdua telah cekap dalam hal penyusuan, anda akan mendapati bahawa anda dapat menyusukannya dalam hampir sebarang keadaan kedudukan rehat. Duduk bersilang kaki atas katil atau lantai adalah langkah yang baik, terutamanya jika anda dapat menyokong belakang anda pada bantal atau perabot.
Cari kedudukan yang selasa:
Monday, May 12, 2008
Menyusu berbaring atau duduk?
Menyusu berbaring atau dipangku?
Yang mana lebih baik?
Pada pandangan saya berbaring atau dipangku adalah mengikut keselesaan individu
Anak saya lebih selesa disusukan baring
Dia hanya nak disusukan duduk/dipangku jika di dalam kereta sahaja ataupun di mana-mana nursing room.
(Pandai juga dia memilih tempat)
