Sila lawati SINI
atau
Click atas gambar untuk ke sana.
All about my parenting experiences.
Apabila saya membaca posting ibu-ibu lain tentang masalah penyusuan mereka di forum berkaitan, saya selalu ‘flash back’ pengalaman saya yang tida seberapa itu.
Antaranya
Masalah inverted nipple-puting tenggelam
Kebanyakkan menganggap ia masalah.
Saya ada pengalaman ini.
Jika kita kerap menyusukan bayi perkara ini akan hilang.
Inverted nipple bukan halangan bagi menyusukan bayi.
Bayi menyusu dari payudara bukan dari puting.
Betulkan latch.
Masalah susu tidak keluar pada awal kelahiran bayi
Perkara yang amat normal.
Air susu tidak akan keluar mecurah-curah seperti paip air syabas yang pecah.Ingat itu…
Pada awal kelahiran bayi kolostrum dihasilkan.Memang tidak akan kelihatan ‘susu’
Susukan bayi anda.
Bayi menangis tidak semestinya kerana tiada susu.Mungkin dia masih tidak dapat sesuaikan diri dengan dunia luar.
Masalah-Bila nak start bagi bayi solid food
Bukan masalah sebenarnya
Ikut guideline 6 bulan usianya dia boleh diberi makan lain selain susu ibu.
Bolehlah mulakan dengan bubur nasi kosong lecek/blended.
Bayi meniru kita makan tidak bermakna dia lapar, dia cuma belajar….
Bayi Insya Allah tidak aka jemu jika diberi makan menu makanan yang sama berhari-hari.
(Anak saya tak jemu makan nasi dan tak jemu minum susu ibu!)
Sekadar ulang posting
Antara cara saya memastikan susu badan kekal ada
1. Kerap mengepam(ketika masih mengepam)
2. Galakkan direct feeding jika ada bersama anak
3. Minum air secukupnya
4. Kawal stress
5. Pastikan suami senantiasa menyokong dan membantu
6. Makan makanan yang sesuai dengan diri yang boleh membantu membanyakkan susu.
Antara Makanan yang ‘ngam’ dengan saya
1. water chestnut/sengkuang cina
2. kobis
3. halba
4. laici
5. longan
6. daikon/lobak putih
7. sawi
8. kailan
9. tenggiri
10. bayam
11. peria
12. jantung pisang
13. soy based product
14. carrot- kalau buat jus carrot susu sedap!
15. Madu lebah asli
16. Spirulina
17. pegaga-jus atau ulam segar
Itu sahaja yang masih ingat.
Sampai sekarang saya masih tambahkan sedikit halba dalam nasi.
Masak sendiri makanan anda, kalau boleh elakkan makan di luar.
Susu ibu adalah makanan terbaik bayi anda
TV selalu dikaitkan melalaikan dan boleh menghilangkan minat belajar seseorang terutama kanak-kanak-
Adalah dinasihatkan agar ibubapa sentiasa menemani anak menonton TV, elakkan membiarkannya sendirian.
Anak saya memang suka menonton TV.
Channel kegemarannya CH616-CARTOON NETWORK
Show kegemaran: BEN-10 (animation or movie)
Jadi,
CH-616àBEN-10
Astr* remote control
1 2 3
4 5 6
7 8 9
0
Press 6 then 1 then 6..
6 is next to 5. –Maka kena kenal 5 untuk jumpa 6
Between 3 and 9 is 6 – kena kenal 3 and 9 untuk kenal 6
Where is no.1?
Next to no.2 near no.4…Where is it???
Dan number-number lain.
Berikutnya
BEN-10
B-E-N-1-0
10=TEN
B-Baby
E- Egg
N- Nose
Baby-Acif Baby katanya
Egg- Egg itu telur
Nose- Ini nose Acif…
Nose-Eye-ear-mouth-hair-head-forehead-chin-cheek-neck itu leher…armpit? (Sambil point kepada benda yang disebutnya)
Begitulah caranya si Akif belajar sedikit demi sedikit.
Kalau angin nak belajar bab ‘Egg’ dia akan pergi buka peti ais ambil telur, maka terjerit-jeritlah mommynya!
Saya berpendapat hanya dengan BEN-10 ia boleh dikembangkan menjadi satu sesi pembelajaran berkesan buat kanak-kanak yang baru belajar seperti anak saya itu.
Digimon Adventure.
Berbola api…
Agumon bertukar menjadi kagumon etc!
Agak tidak logic.
Digimon=Digital Monster
Juga kegemaran anak saya.
Jadi ‘kadai’ / task untuk dia…
Kena tahu/boleh nyanyi lagu “I wish’ (lagu tema digimon- of course in Japanese!)
Dan kelak intensif japanese class will be started. WAIT ya Baby!
Cabaran menyusukan anak meman banyak
Jika anak yang bawah 2 tahun ramai yang akan bertanyakan kenapa tidak diberi susu ini ..ini dan ini…
Dahulu saya rasakan itulah cabaran yang paling dahsyat.
Namun kini setelah lebih 3 tahun menyusukan Akif, cabarannya tetap ada namun dalam ‘bentuk’ yang berbeza.
Ramai mempertikaikan extended breastfeeding.
Ramai yang bertanyakan hukumnya
Dan ramai yang mengejek
Extended breastfeeding
Tidak akan menjadikan anak anda tidak boleh berdikari jika dididik dengan betul.
Dari pemerhatian saya terhadap Akif, dia memang boleh bawa diri jika ibubapanya tiada bersamanya
Amat behave etc, namun perangai kanak-kanak(manusia mungkin) jika ada ibubapanya dia tetap akan jadi anak manja.
Akif sudah boleh mandi sendiri(dengan diperhatikan dari jauh), ke tandas sendiri(bagi urusan yang ‘kecil’),
Menukar pakaian sendiri etc.Alhamdulillah (tapi ikut mood juga-samalah dengan orang dewasa ada anginnya)
Hukumnya
Harus.
Selagi tidak memudaratkan mana-mana pihak.
Ejekkan…
Abaikan.
Ataupun jawapan Akif “bukan curi tak malu..kalau curi malu laa”
Menyusukan anak
Sekarang ini makin ramai yang ‘celik’ tentang pemyusuan susu ibu dan ramai juga yang masih keliru
Mmm..
Bagi saya itu satu cara yang kurang betul.
Kita hendaklah membanyakkan sesi ‘direct feeding’ kerana dengan hisapan bayi kita, susu akan dirangsang dan itulah cara yang paling baik.
Kita meengumpul stok susu adalah untuk diberi kepada bayi jika kita tiada bersamanya(ke pejabat atau keluar tanpa bayi)
Juga kurang tepat tindakan itu.
Night feeding adalah perangsam penghasilan susu yang baik.
Boleh membantu menghasilkan susu yang banyak
dari komen:
From: Pn Salzahani
sbnrnya night feeding juga menggantikan balik masa kita bersama anak bila peghi keja...kalau tak smpt main pun (kes anak tido awal),time direct feeding merupakan most precious moments dgn anak! adalah normal sorang ibu tidur kurang..lagipun kalau nak bf bukannya setiap jam pun anak terbangun. selak kan lagi senang dari bangun & bancuh/rendam?
Sudah lama tak update blog ini. Sebenarnya tiada perkara yang hendak dikongsikan. Lebih kepada celoteh merapu yang lebih sesuai di yuitsumuni.
Di sini ingin berkongsi sedikit tentang anak yang sensitive.
Cik Akif saya mengalami masalah ekzema sejak lahir lagi.
Dia dikenal pasti alah kepada
Susu lembu
Habuk
Semua makanan hasil tenusu
Peluh
(ini sahaja yang masih boleh diingati)
Jika minum susu lembu/produk tenusu badannya akan naik ruam. Ada yang jenis kering ada yang jenis berair dan dia akan menggaru sehingga luka.
Begitu juga jika dia berpeluh
Jadi cow’s milk based food is a BIG NO to him sampailah dia berusia 2 tahun lebih.
Selain gatal-gatal dia juga akan cirit birit jika minum susu lembu.(ketika usianya masih belum mencecah 2 tahun)
Ini termasuk jika dia makan biskut yang mengandungi susu lembu
(cheese/yogurt juga-NO)
Mengelakkan berpeluh.(berpeluh tetap berpeluh cuma mengelakkan memudaratkan)
Ketika dia sudah pandai berjalan dan sudah boleh memahami arahan, kami bekalkan dia sapu tangan/tuala kecil untuk dia. Dia akan bawa ke mana sahaja. Jika dia berpeluh dia akan lap sendiri, ketika bermain di halaman taska juga dia akan membawa kain lap peluh.
(ohhh soooo cute my baby!)
Alahan terhadap makanan
Sampai ke hari ini dia masih alah kepada beberapa jenis makanan dan kesan alahan akan dapat dilihat segera.
Oleh kerana itu kami amat menitik beratkan tentang makanan yang diambilnya.
Pihak taska juga ‘alert’ tentang hal ini.
Apa yang patut kita lakukan jika anak kita didapati alah dengan sesuatu (makanan atau apa jua)
*Lakukan pemerhatian yang teliti terhadap perkembangannya
*Minta pihak pengasuh/taska bantu kita
*Berjumpalah dengan pakar yang sewajarnya
*Elakkan mempraktikkan petua-petua yang kita tahu akan kesahihannya
*Elakkan mencuba ubat-ubatan yang tidak dapat dikenal pasti asal usulnya.
Masih ingat lagi, kami amat kerap berjumpa doctor. Tidak cukup satu medical center kami ke medical center yang lain dari satu pakar ke satu pakar yang lain….
Paling teruk ketika ekzema menyerang telinganya. Sampai jadi kamceng dengan ENT specialist!
Kelakar pula bila ingat!Hahahaa
Opss..lupa
Alahan akan hilang ikut individu..
Ekzema paling cepat 2 tahun...paling lama? Ada yang sampai dewasa. Akif masih alah dengan peluh. Satu lagi dia pakai losyen pelembap kulit dan mandi menggunakan mandian yang disyorkan oleh doktor.
Macam Akif sekarang dah OK dengan cow's milk...Seafood.
Kena try and error.
2. Berapa kali anda pam susu?(2 kali tak cukup ya...sekurang-kurangnya 6 kali)
Kekerapan direct feeding dan mengepam adalah factor utama yang membawa kepada penambaha susu badan
Ingat konsep susu ibu…Supply on demand.Jika banyak demand makan banyaklah hasilnya.
Kerapkan mengepam Insya Allah.
Anak direct feeding cukup susu atau tidak?
Tiada kayu pengukur namun, kita dapat kenal pasti dari,
1. berapa kali anak kita membuang air
2. bagaimana dengan tidurnya.lena atau terganggu
3. adakah terdapat penambahan berat badan?
4. anak anda aktif atau tidak?
Anak yang medapat susu secukupnya akan,
Perlu menukar lampin 5-8 kali sehari(jika tidak salah saya)
Tidur dengan nyenyak
Peningkatan berat badan yang ‘cantik’
Aktif dan cergas.
Masalah susu perahan tidak mencukupi adalah satu perkara biasa dalam menyusukan anak bagi ibu-ibu bekerja.
Jadi kuatkan semangat anda teruskan perjuangan.
Menyusukan anak bukanlah lama…Cuma 2 tahun sahaja..
(Saya selalu cakap bukannya lama paling lama pun 10 tahun… nanti dia akan berhenti..Tak malukah sudah 10 tahun masih hanen akif???)
Hari ini, hari Jumaat, waktu rehat tengahari lebih panjang dari hari lain.
Jadi saya telah meluangkan sedikit masa untuk membaca perihal nutrisi untuk kanak-kanak.
Berikut adalah antara perkongsian ilmu yang dapat kita sama-sama pelajari
p/s: Sejak Akif berusia 3 tahun saya sudah memperkenalkan dia makanan laut seperti sotong dan udang.Alhamdulillah dia boleh makan (tiada kesan alergi)