if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,
but an obligation to the choice.
Give your child the freedom of choice
Quick Search
Cari@susuibu.com
Friday, August 18, 2006
makanan bayi
It’s So Yummy Mummy!
Panduan menyediakan makanan kepada bayi.
1. Garam, gula atau sebarang perasa tambahan adalah dilarang untuk ditambah ke dalam sebarang makanan bayi berusia bawah 18 bulan kerana organ dalaman bayi masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut.
Walaubagaimanapun, sekiranya bayi telah berusia 1 tahun, anda boleh memberi anak anda sekadar merasa makanan orang dewasa seperti kek, muffin, ayam goreng, atau puding.
Ingat, sekadar merasa tetapi bukan untuk kenyang.
2. Hanya 2 keping ikan bilis sahaja yang diperlukan sebagai perasa bagi bubur bayi.
Ikan bilis tersebut bolehlah digoreng tanpa minyak, ditumbuk dan tabur dalam bubur bayi anda.
3. Buah-buahan citrus seperti oren, anggur dan limau limau tidak digalakkan diberi kepada bayi berusia bawah 1 tahun. Begitu juga dengan yogurt dan telur.
4. Buah tembikai adalah buah yang baik dan boleh diberikan kepada bayi mengikut cara yang sesuai. Begitu juga dengan keledek dan labu.
5. Air yang ditapis (bukan mineral water) adalah lebih baik diberikan kepada bayi dibandingkan dengan air yang tidak ditapis.
6. Air teh dan kopi tidak dibenarkan diberi kepada anak berusia bawah 4 tahun.
7. Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, masa yang paling sesuai untuk mula makanan ialah ketika berusia 6 bulan manakala bayi yang menyusu formula, bergantung kepada kehendak bayi (4-6 bulan).
Ada pelbagai tanda yang ditunjukkan oleh bayi seperti sentiasa lapar dan tidak cukup dengan hanya menyusu dan mengecap seolah-olah ingin merasa apabila melihat orang makan.
8. Bagi memperkenalkan bayi tentang cara makan, ketika bayi berusia 5 bulan, anda boleh mula makan di hadapan bayi. Bayi anda akan menonton anda makan dan sekaligus akan faham apa yang anda lakukan.
9. Semasa memberi makan kepada bayi, pastikan anda menunjukkan muka yang gembira dan jadikan aktiviti makan sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan bukan paksaan.
Sebaik-baiknya, anda juga turut makan sedikit makanan tersebut kerana bayi akan mengikut apa yang ibu/ bapanya lakukan.
10. Makanan yang diawet seperti fruits puree yang boleh didapati di pasar raya adalah tidak sesuai diberi kepada bayi kerana mengandungi bahan pengawet yang tinggi.
Jangan terpedaya dengan label makanan yang menyatakan ‘no preservative’ atau ‘no sugar added’.
11. Untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan, perap ikan dengan asam jawa selama 15-20 minit dan basuh ikan sebelum disediakan sebagai makanan bayi.
12. Gunakan minyak bunga matahari, carotine atau minyak zaitun bagi makanan bayi kerana ia lebih berkhasiat berbanding minyak biasa.
13. Untuk memastikan bayi tidak allergy kepada sejenis makanan, cuba beri bayi makan dalam kuantiti yang sedikit selama 4 hari berturut-turut terlebih dahulu bagi melihat kesannya kepada bayi.
14. Cara yang paling baik memasak makanan bayi ialah dengan api yang kuat tetapi sebentar.
15. Ibu/ bapa perlu kreatif dalam menyediakan makanan bayi.
Peringkat pemakanan bayiPeringkat 1 (5-7 bulan)
*Pada peringkat ini, makanan yang paling sesuai diperkenalkan ialah buah-buahan. Buah-buahan yang sesuai ialah seperti epal, pear, tembikai, pisang, betik, mangga (pastikan tidak ada serat yang diberikan sekali dengan cara menapis buah mangga terlebih dahulu).
• Beri bayi satu jenis buah atau satu tekstur buah yang sama pada satu masa sahaja supaya bayi boleh memahami rasa dan tidak keliru.
• Buat permulaan, beri bayi makan sehari sekali (lunch- antara 11.30 hingga 12.30 tgh). Kemudian boleh ditambah kepada 2 kali sehari (lunch dan dinner- antara 5.30 – 6.30 petang). Selepas dari waktu tersebut, tidak perlu beri makan kepada bayi, memadai dengan susu sahaja.
• Cara penyediaannya fruit puree ialah seperti berikut:1. Potong buah kepada kiub-kiub kecil dan rebus atau steam buah-buahan tersebut sekejap sahaja (1-2 minit).2. Lenyekkan atau blender buah.3. Buat permulaan, beri bayi makan 2,3 sudu sekali makan sahaja dan tambahkan sedikit demi sedikit pada hari berikutnya.
Peringkat 2 (8 – 11 bulan)
Bentuk makanan yang sesuai adalah sayur-sayuran seperti bayam, saleri (boleh membuatkan makanan menjadi wangi dan menyelerakan) sawi, carrot, brokoli, labu, keledek dan kentang.
Boleh beri bayi makan campuran sayur-sayuran yang direbus atau di steam sahaja atau boleh juga ditambah ke dalam bubur nasi.
Pastikan sayur-sayuran tersebut separuh masak sahaja bagi memastikan vitamin dan khasiatnya tidak hilang.Ikan bilis, ayam atau ikan salmon juga boleh ditambah ke dalam bubur. Pastikan bubur dilenyek atau diblender terlebih dahulu.
Peringkat 3 (12 – 18 bulan)
Pada peringkat ini, air kopi, teh, dan kekacang masih belum sesuai diberi.
Jus buah-buahan yang segar seperti oren atau apple boleh diberi kepada bayi tetapi pastikan dicampur dengan banyak air masak.
Yogurt buah-buahan bukan citrus boleh mula diberikan kepada bayi sebagai campuran ke dalam fruits puree atau dimakan begitu sahaja semasa tea time.
Apabila bayi mencapai usia setahun, bilangan waktu makannya bertambah kepada 4 kali (breakfast, lunch, tea dan dinner).
Contoh makanan yang sesuai:
• Breakfast (7.30 – 8.30 pagi): Sekeping roti bakar @ cereal+susu (nestum, cornflakes)
• Lunch (11.30 – 12.30 tgh): Nasi panas+sayur yang dipotong halus+ikan salmon@ayam• Tea (3 – 4 ptg): Fruits puree + yogurt
• Dinner (6 – 6.30 ptg) : Keledek + kentang + carrot + daun saleri yang direbus sekejap, digaul bersama dan dilenyek.
Thursday, August 17, 2006
Sebab bayi tidak mahu menyusu badan
** Diberi susu formula (kadang kala)
** Penggunaan puting tiruan yang membawa kepada kekeliruan
** Teknik menyusu yang salah
** Menyumbat ke dalam mulut bayi dengan paksaan
** Gangguan ketika menyusu
** Berpisah dengan ibu dalam tempoh yang lama
** Bayi sukar bernafas selalunya disebabkan oleh selsema
** Bayi sukar menelan
** Kesakitan disebabkan kesan dari rawatan perubatan (ujian darah, suntikan dan sebagainya)
Jenis susu ibu
Transitional - Cair berwarna putih.Komposisinya hampir sama dengan susu matang
Susu Matang - Lebih cair hampir kebiru-biruan pada awal penyusuan tetapi berubah menjadi putih apa bila kandungan lemaknya bertambah.
Fakta
-Meningkatkan risiko athma
-Meningkatkan risiko alahan/alergi
-Mengurangkan pembangunan kognitif
-Meningkatkan risiko penyakit pernafasan akut
-Meningkatkan risiko jangkitan pada susu formula yang tercemar
-Risiko kekurangan nutrisi
-Meningkatkan risiko barah
-Diabetes
-Penyakit jantung
-Obesiti
-Jangkitan telinga
-Jangkitan bahagian gastrointestinal
Risiko Tidak Memberi Susu Badan
-Meningkatkan risiko barah payu dara
-Berhadapan masalah berat badan
-Berisiko terhadap barah ovari dan barah endometrial
-Meningkatkan risiko osteoporosis
-Mengurangkan peluang menjarakkan bayi secara normal
-Meningkatkan risiko rheumatoid arthritis
-Meningkatkan risiko tekanan dan kemurungan
-Meningkatkan risiko martenal diabetes.
Saturday, August 12, 2006
Panduan memberi susu perahan
2. Tuliskan tarikh dan masa perahan di setiap bekas simpanan susu.
3. Simpanan susu ibu:--
-Di dalam peti sejuk beku tahan selama 3 bulan.
- Di bahagian rak pertama bawah 'freezer' tahan selama 72 jam.
- Suhu bilik tahan selama 8 jam.
4. Susu ibu tidak boleh dimasak. Panaskan dengan merendam bekas susu ke dalam air suam.
5. Baki susu perahan yang telah dipanaskan tidak boleh disimpan semula.
--Dipetik dari "Penyusuan Susu Ibu Pilihan Terbaik" (Risalah keluaran Hospital Kuala Lumpur)
Persediaan di dalam pantang
2. Apabila pengeluaran susu sudah stabil lebih kurang 3 minggu sebelum keluar bekerja, berlatihlah memerah susu. (Anda mungkin telah pernah memerah susu sebelumnya terutama semasa payudara membengkak pada hari ketiga atau keempat sesudah bersalin). Waktu perahan yang sesuai adalah pada awal pagi atau pada bila-bila masa anda terasa pengeluaran susu agak berlebihan.
3. Setiap perahan susu haruslah di label mengikut tarikh dan disimpan di dalam bahagian beku peti sejuk. Pada permulaan perahan anda mungkin mendapat susu yang amat sedikit. Janganlah bimbang kerana dari masa ke semasa anda akan dapat menambah jumlah perahan susu anda. Biasanya perkara ini terjadi kerana anda masih belum biasa dengan teknik perahan yang anda pilih dan anda mungkin berasa sedikit tertekan, tetapi lama kelamaan apabila anda telah biasa dengan teknik perahan, anda akan berasa lebih yakin dan tenang, dan seterusnya pengeluaran susu juga akan bertambah.
4. Tentukan siapakah yang akan menjaga bayi anda semasa keluar bekerja. Anda perlu melatih penjaga bayi anda itu dengan kaedah yang betul mengenai cara pemberian susu ibu kerana beliau akan menjadi kunci utama kejayaan pemberian susu ibu kepada bayi, semasa anda keluar bekerja. Jika anda bercadang untuk menghantar bayi ke Pusat Penjagaan Bayi, anda harus pastikan Pusat Penjagaan tersebut mampu untuk meneruskan rancangan pemberian susu ibu kepada bayi anda, jika tidak carilah pilihan yang lain.
sumber:www.susuibu.com
Monday, July 31, 2006
Info EBM
Mengepam di tempat kerja.(Kena pam la kalau tak mcm mana nak buat stok EBM;expressed breastmilk).
Barang-barang yang diperlukan.(Nak kena bawa gi office nih)
1.Breast pump (kalau cekap perah guna tgn tak payah pump..saya guna yg avent manual at office)
2.Botol susu (saya bawa 4 botol 4 oz everyday + disposable plastic cap avent...in case botol tak cukup...kena plak hari rajin mengepam.)
3.Cooler bag & chiller (saya guna yg cap medela)kain lap (nak guna lap pump lps cuci)
Cara menyimpan susu (ketika di office)
Boleh simpan dalam fridge office jika ada
Jika tiada boleh simpan dalam cooler bag.(saya simpan dalam cooler bag walaupun ada fridge kat office...
Pagi2 datang tumpangkan kejap chiller dalam freezer then lps pam dalam pkl 11am tu ambil chiller masukkan dalam cooler bag simpan....)
Sampai aja kat rumah terus transfer susu ke dalam fridge/freezer
Tempoh penyimpanan susu
- ruangan beku peti sejuk 2 pintu- 3 bulan
- ruangan beku peti sejuk 1 pintu- 2 minggu
- ruangan sejuk peti sejuk - 1-3 days
Cara nak bagi kat baby
susu yg beku- cairkan semalaman dgn meletakkan di ruangan sejuk peti ais ataupun dicairkan dgn merendam/melalkan dgn air biasa...
bila dah cair panaskan dgn merendamkan dalam air panas/suam..agak2 suam2 kuku gitu blehlah diberi kepada baby.
susu sejuk-panaskan dgn merendam ke dalam air panas.
Bagaimana bawa ke nursery?
Saya gunakan coleman Xtreme double cooler bag.Ada 2 tingkat satu tingkat susu satu tingkat bubur.
chiller: guna techni ice
perhatian:
- Susu yg sudah dicairkan dalam ruangan sejuk peti sejuk boleh dibiarkan didalam ruangan sejuk selama 24 jam
- susu yg sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh di simpan/disejukkan/dibekukan semula
- susu lebihan bayi minum boleh tahan lebih kurang 1 jam under room temperature..Kalau tak habis juga..kena buang..alahai sayangnya....
- Labelkan susu dgn nama baby,tarikh dan masa.
Macam mn nak tahu susu masih elok..
rasa-kalau masih manis tu ok lg...bau-kalau bau tak masam okNote: EBM yg telah dibekukan memang bau pelik sikit..ada bau mcm sabun sikit....Tetapi jgn risau susu tu masih OK..masih berkhasiat.Insya Allah
Kat office pam kat mana? (Ikut persekitaran tempat)
saya pam kat in house klinik.ada kawan2 yg pam kat suraukalau ada bilik sendiri lagi bagus.kat store pun ada org pam.
Kat Office macam mana cuci pam?
Mmm..saya cuci dgn air paip kemudian saya cuci pula dgn air panas.kemudian lap dan simpan utk digunakan.Berapa kali pam sehari?
Kalau kat office selalunya pam 2 kali..kadang pam 3 kali..
Jadual pam kat office:
sesi1 : pukul 11am-12am
sesi 2 : pukul 3pm-4pm
Kat rumah:
week day - pukul 8-9pm & 5-6am
weekend -
sesi 1 : Pukul 6-7am
sesi 2 : Pukul 10-11am
sesi 3 : Pukul 4pmSesi 4 :Pukul 10pm
Kalau weekend ni depend juga..kadang2 pam setiap kali baby menyusu kecuali waktu malam.Kalau time stok tak ada tu..Pergi berjalan2 pun bawa pump hehehehe...
Wednesday, July 26, 2006
aduhaiii...toddler diarrhea.
Toddler diarrhea is a common pediatric condition. In infants it is referred to as chronic diarrhea of infancy and in older children as irritable bowel syndrome. Common clinical characteristics include:
Age between 6-30 months. Most are better by 4 years of age
2-6 watery stools per day. There can be periods of days without stools. Many stools contain undigested material and may drip down the child's leg from the diaper.
Normal weight, height, and head circumference growth curves without falling off
No evidence of infection
Stools are hematest negative
The child looks well and there is no evidence of malnutrition and no history of abdominal pain
Growth may be compromised if the diet manipulations that have been tried to control the diarrhea have not been enough calories.
There is often a history of colic, gastroesophogeal reflux, and family history of irritable bowel syndrome.
Differential Diagnosis
Malabsorption secondary to pancreatic insufficiency or intestinal mucosal injury
Children are frequently irritable and have loss of appetite
Stools are foul smelling and greasy
Poor weight gain and abdominal distention.
The child is often weak and displays decreased activity.
Anemia, hypoproteinemia, vitamin deficiencies.
Allergies to Food
Vomiting, diarrhea, and blood in stool
+ family history of atopy
Failure to gain and grow
History of eczema, reactive airway disease, urticaria, and allergic rhinitis
Loss of protein in the gut may lead to hypoproteinemia and edema
Lactose Intolerance
Genetic lactase deficiency is rare in young children and will manifest later on in life
Secondary lactase deficiency following gastroenteritis is usually transient and is improvedwithin 2 weeks
Giardia Infection
Foul smelling watery stools
Gassy and abdominal distention
Can develop into chronic condition and diagnosed by inspecting stool or duodenal fluid for cysts.
Usually waterborne but can be from person to person transmission
Cryptosporidium
Watery, foul smelling stools that may be mucousy.
Crampy abdominal pain
+ oocysts in stool specimen
Waterborne or animal or person to person transmission.
Pathogenesis
Increased colonic transit time and decreased inhibition of post-prandial transit time
Decreased fat in diet because of diarrhea that is needed to decrease transit time
Fluid load is increased because of fear of dehydration and this aggravates the condition
Increase sugar in diet that acts as an osmotic diuretic and causes more water in the gut.
Treatment
Increase fat in the diet
Decrease fluid in the diet
Avoid fructose and sorbitol- decrease fruit juices
Increase dietary fiber
Normal diet for age
Reassurance- this is difficult because parents have been to many physicians and are convinced that their child has a serious illness. It is important after making your recommendations to follow-up soon to reassure again and watch weight and height gains.
There is no role for medications.
The parents should be told that there is no serious sequelae and this is not a precursor to inflammatory bowel disease, chronic diarrhea as adults, or cancer
Most children are better by 4 years of age, and are better by the time they become potty trained.
Wednesday, July 19, 2006
Ayam masak masala kering
Bahan-bahan
Halba campur
Bawang merah/bawang putih/bawang besar (di potong)
daun kari
halia (dipotong nipis-nipis)
cili kerng (dipotong)
garam
gula
ayam
serbuk ketumbar
serbuk kari ayam
serbuk kunyi atau kunyit hidup ditumbuk halus
asam jawa (diambil airnya)
serbuk pati ayam (jika suka)
kulit kayu manis/bunga lawang etc..
minyak masak
air
Cara-cara memasak
Panaskan minyak masak
setelah minyak panas tumiskan halba campur dan kulit kayu manis, bunga lawang etc serta daun kari..
kemudian masukkan bawang putih, bawang merah, bawang besar,halia ,cili kering
Biarkan bahan-bahan yg telah dimasukkan itu garing dan naik bau, masukkan ayam.
Setelah ayam empuk sedikit maskkan serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk ketumbar.kacau hingga rata.Masukkan air asam dan sedikit air.
Masukkan serbuk pati ayam (jika suka).
Tambahkan garam dan gula.Jika anda menggunakan serbuk pati ayam tidak perlu menambahkan garam.
kacau perlahan hingga sebati
Apabila sudah kering (basah sikit-sikit) tutup api...
Taraaa..sedia utk dihidang...
Note:
Sukatan bahan ikut selera masing2..
Ayam juga boleh digantikan dgn ikan atau udang.Jika anda menggunakan ikan atau udang, sila guna serbuk kari ikan/udang dan tak perlu masukkan serbuk pati ayam.
Sedap dimakan bersama nasi putih panas dan juga ketupat serta lemang...
Monday, July 17, 2006
Ikan Asam berlobak Putih
bahan-bahan A
3 keping ikan tenggiri
sedikit kunyit
minyak masak
sedikit garam
bahan-bahan B
1 batang lobak putih (dikikis kulitnya)
5 ulas bawang merah dihiris nipis
1 inci halia muda dihiris nipis
1 biji cili merah dihiris nipis
125 ml perahan air asam jawa
garam
30ml minyak masak
2g serbuk lada sulah
gula
cara membuat
1. perap ikan tenggiri bersama garam dan kunyit. dengan menggunakan minyak yang panas, gorengkan ikan sehingga ia menjadi kekuningan
2. panaskan minyak di dalam kuali. tumiskan bahan-bahan hiris
3. masukkan serbuk lada hitam/lada sulah, garam gula dan air asam, kacau rata masukkan ikan dan lobak putih. kacau sebati sebelum hidang
resepi ilham: Pn sara
Wednesday, July 12, 2006
pam jangan tak pam
I bought new pump; spectra3 last night hehehehee.....Then trylah guna...Tak pandai nak guna kena "study" more....
Alahai...Ramai kata massager tu bagus..nak kena beli massager plak ke ni hehehe....
$$$$$ lagi...kalau buat "proposal" ade ke org nak approve nih?Mmmm....
Dah try guna tapi tak dapat bnyk..Tidak tahu mcm mana..Betul kot sbb benda baru so belom arif lagi...So this coming weekend will be my "study time"...hehehee...Nak cepat-cepat pandai guna specra3 ni...
Avent manual kalau bleh nak guna kat office..spectra3 guna kat rumah..so that pagi2 taklah terkocoh2 nak cuci & sterile pam utk dibawa ke office....
Pagi tadi yang naik anginnya..Kalau guna Avent sure dapat 6-7oz..tp disbbkan guna spectra3 hanya dapat 3 oz je...
Walaubagaimana pun..Tadi kul 10:30am dah gi pam dapat lah 6oz..then pukul 2:30pm gi pam dapat lagi 8oz..Alhamdulillah..Nampak gayanya hari ni bleh buat bnyk sesi nih....Semoga dapat banyak susu Amin....
Tadi sambil2 dok kunyah kacang ni bacalah instruction book spectra3....Ada tulis..lagi bagus pam kerap tp sekejap dr pam jarang tp lama..soooo...this weekend aku plan nak pam every 2-3 hours sekali......Wish me luck...I will do it..I can do it...AKU BOLEH!!!!Insya Allah
Monday, July 10, 2006
EBM oh EBM......
Dalam Freezer jumlah stok EBM = 0 (zero)
Jumaat 7pm
Dalam freezer jumlah stok ebm = 20oz
Sabtu 7pm
Dalam Freezer jumlah stok EBM = 32oz
Ahad 7pm
Dalam Frezer jumlah stok EBM = 48oz
Isnin 7am
Dalam Freezer jumlah stok EBM = 52oz
Isnin 7:15am
Dalam freezer jumlah stok EBM = 24oz
Aduh Jumaat hari tu stok habis terus..Bkn susu tak de tp Baby minum bnyk..So apa lg weekend baru ni aku pulun sakanlah Alhamdulillah dapat lah utk tampung keperluan dia...so minggu ni sehari at least aku kena kumpul 24oz..Insya Allah...
Aku skrg ambil suppliment food HPA industries punya product...
Aku ambil
Spirumadu (sprulina+madu+pegaga) -wajib
Mega-3 Kapsul (dr ikan tenggiri) - wajib
Jus pegaga -wajib
Teh Herba - bila suka
Alhamdulillah....Bnyk jg susu....Aku ambil semua ni lps membaca buku product info dr seorang Doctor dr Indonesia..Dia ada tulis produk utk "membanyakkan ASI"..Apa lg kita pun pulun laa..hahahahaa
During weekend lps..tiap kali baby menyusu aku akan pam...mmg "double pumping" lah...Cuma mlm aja tak sbb baby tak nak nyusu diriba dia nak ajak baring...mmmm...
Saturday, July 1, 2006
sibuk
Fahaman org tentang 'indah dan mulianya' susu ibu ni masih ditahap 'kritikal'...Macam mn nak cerita ya ttg kebaikan penyusuan susu ibu ni ya..Dah naik penat dah nak berkata2....should i ignore them?Biarkan mereka terus begitu?Or should I make them clear about breastfeeding?Nak cerita kat diaorg ni yg susah ni....Almaklumlah kita ni baru jd ibu 9 bulan 2 weeks..diaorg dah lama dahhhh....Apa2lah kan..yg penting jgn interfere dalam hal rumah tangga dan pendidikan anak aku dah laaa.....Susu apa aku nak bg kat anak aku suka hati aku la...Yg pasti anak aku dapat susu yg paling baik di dunia..Alhamdulillah
Wednesday, June 21, 2006
Jantung pisang
Sekarang tiap2 Jumaat kalau makan kat kantin Company sebelah ni mesti aku akan makan jantung pisang rebus buat ulam...sedap gak...
Jantung pisang ni pun petua org tua2 juga untuk meningkatkan penghasilan susu..so apa lagi..jom makan jantung pisang.
Friday, June 16, 2006
kuchai
Kuchai juga dikenal pasti sebagai salah satu makanan yg bagus untuk menambahkan penghasilan susu...Apa lg aku pun angkut laaa...Actually sodap la kuchai ni...Buat sup dgn lobak putih yummy.....Supply harus di"maintain"kan...Hehehe
Wednesday, June 14, 2006
semangat
"U ni jenis susu banyak kot.."
Mmmm...Susu banyak..Masa 3 bulan pertama kelahiran anakanda kami mmglah susu saya banyak sesangat Alhamdulillah...Sampaikan rasa cam over flow. Pernah mengeluh ooo...Tetapi apabila usia anakanda kami meningkat, milk productionku tiba-tiba merudum..Dari sehari berbotol-botol sampai tak terbilang jadi 2 botol sahaja..mean 8oz sahaja..Aduh..Terperanjat bukan kepalang ..Gelabah usah ditanya...Bagaikan tiada lagi esok utkku...Bak kata orang sudah terhantuk baru terngadah..(betul ke ni??)..Melatah la apa lagi....
Tapi Alhamdulillah dengan berbekalkan keyakinan da sokongan suami tercinta...Berjaya maintain balik supply...Dan jg petua2 dr forum susuibu.com.....Macam2lah try utk maintain nih...Penatlah juga tp bila difikirkan hasilnya...semangat oooo....
Pada pendapat aku...seksa bnyk sgt supply lagi bagus dr seksa tak de supply yg secukupnya..
Kalau bnyk supply bleh pamkan aja..kalau tak de supply??Nak buat cam mn??seksa2...Dr "seksaan" itulah....Lahirnya semangat yg membara hehehehhe
Tuesday, June 13, 2006
iklan
Iklan sikit ya
Insya Allah boleh membantu meningkatkan kadar penghasilan susu anda...Semuanya asas Pegaga.Keluaran HPA...
Tentang jus pegaga.& "sewaktu" dgnnya
1. Jus pegaga
2. Herba Teh
3. Teh asiatica (teh pegaga)
4. Dan banyak lagi
Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya
YM ID: idjeep06, Email:crafidah(at)gmail(dot)com
Telephone: 013-2023394
Alhamdulillah sepanjang saya mengamalkan product asas pegaga ni...Penghasilan amat memberangsagkan...
Product bkn asas pegaga pun ada juga...
Monday, June 12, 2006
Stok Lagi
Saturday, June 10, 2006
Stock & weekend
Memang target nak buat stok banyak2 weekend ni..Alhamdulillah setakat ni dah 4 sesi...Dapatlah 4-5 oz persesi....Jap lg nak pump lg..Insya Allah...
Actually gundah gulana gak ni baby tak baper nak minum susu..Dia kerja nak mainnnn aja memanjang..kalau dah dahaga giler2 baru dia nak.ish2 ...memang ni stage dia bermain bnyk kot...Hehhehehee...
Angan2 nak dapatkan at least 8 botol EBM ni hehehee...Harap2 berjayalah.
Thursday, June 8, 2006
Lagi
Memandangkan semalam aku EL kerana baby kena demam "campak"...(bkn campak...rashes biasa aja!..Ingat kan tak nak pam Tetapi terpaksa pam...tul dapat 8oz...Kemudian pam lagi dapat 2 oz..kemudia dapat 5oz..Tak sangka dalam masa seharian di rumah bleh juga kumpul stok....Alhamdulillah
Pagi tadi pukul 6am pam dapat 5 oz..Aku sekarang dah jarang bangun pam pada pukul 3-4am dah...Mmg dah fixed bgn pukul 6am aja hehehe...
Ahaaaa..Hari ni first time guna double lunch cooler bag (coleman)..Buat bawa susu dan bubur baby..Guna techni ice...oklah techni ice tu...cayalah....
