There is no freedom of choice for humans,
if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,
but an obligation to the choice.
Give your child the freedom of choice

Quick Search

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Friday, April 7, 2006

Masalah susu kurang

Masalah susu kurang.Inilah antara dugaan bagi ibu-ubi yang ingin menyusukan anak secara "exclusive".Saya juga pernah melalui saat-saat penuh dugaan ini.(Padahal baru 6 bulan bergelar mommy)
Pada 4 bulan awal memang kuantiti susu amat bagus.Sehari boleh dapat 6-8 botol. Tetapi apabila umur anak mencecah 5 bulan++, tiba-tiba saya dapati "hasil" yang saya dapat berkurang!Pernah hanya dapat 2 botol sehari!Apa dah jadi????Nasib baik hari tu sehari aja dapat 2 botol hari-hari lain maintain 4 botol.Saya pun agak terperanjat dengan "pengurangan" kuantiti susu ini. Tapi bila dikaji-kaji balik didapati memang dah jadi macam satu "trend" kuantiti susu off/on..sesekali dapat sampai 8 botol sesekali nah 2 botol sahaja.Jadi untuk mengembalikan ke tahap "hasil yang "selamat" saya telah berusaha bersungguh-sungguh..Antaranya
Pergi berurut untuk elakkan berlakunya masalah "tersumbat"Ini kalau diurut sendiri pun boleh.Caranya: Urut bahagian atas bre*st anda hingga ke bahu. Urut setiap kali lepas mandi dan sebelum mengepam.Insya AllahMenambah sesi mengepam.Tambah dari 2 sesi/hari kepada 4 sesi/hari.Alhamdulillah menampakkan hasilSentiasa menenangkan fikiran.Fikirkan yang positif-positif sahaja.Makan & minumSentiasa mengamalkan pemakanan yang seimbang.Insya Allah.Direct feedingKalau berada di rumah pastikan kita sentiasa memberikan baby kita direct breastfeed.
Alhamdulillah sekarang saya mampu "mengekalkan" kuantiti susu 4-6 botol (16-24oz sehari.Cukuplah untuk menampung keperluan baby di Taska.Alhamdulillah.
Kesimpulan: Kalau tiba-tiba "hasil" kita berkurangan, jangan cepat mengelabah or berputus asa.Fikirkan alternatif-alternatif dan tindakan-tindakan yang kita boleh ambil.Yang paling penting kita mesti terus bersemangat.Hendak seribu daya..Tak mahu seribu dalih....

No comments: