There is no freedom of choice for humans,
if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,
but an obligation to the choice.
Give your child the freedom of choice

Quick Search

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Friday, November 21, 2008

kenapa susu saya tak banyak?

“Kenapa susu saya tak banyak?saya dah makan makanan yang berkhasiat.Apa orang kata bagus untuk banyakkan susu saya akan ambil, tapi susu saya tetap tak banyak bila saya pam. Ketika direct feeding pun tak tahulah cukup atau tidak anak saya dapat susu“

Soalan saya:
1. Berapa kali sehari anak anda direct feeding?

2. Berapa kali anda pam susu?(2 kali tak cukup ya...sekurang-kurangnya 6 kali)

Kekerapan direct feeding dan mengepam adalah factor utama yang membawa kepada penambaha susu badan
Ingat konsep susu ibu…Supply on demand.Jika banyak demand makan banyaklah hasilnya.
Kerapkan mengepam Insya Allah.

Anak direct feeding cukup susu atau tidak?
Tiada kayu pengukur namun, kita dapat kenal pasti dari,
1. berapa kali anak kita membuang air
2. bagaimana dengan tidurnya.lena atau terganggu
3. adakah terdapat penambahan berat badan?
4. anak anda aktif atau tidak?

Anak yang medapat susu secukupnya akan,
Perlu menukar lampin 5-8 kali sehari(jika tidak salah saya)
Tidur dengan nyenyak
Peningkatan berat badan yang ‘cantik’
Aktif dan cergas.

Masalah susu perahan tidak mencukupi adalah satu perkara biasa dalam menyusukan anak bagi ibu-ibu bekerja.
Jadi kuatkan semangat anda teruskan perjuangan.
Menyusukan anak bukanlah lama…Cuma 2 tahun sahaja..
(Saya selalu cakap bukannya lama paling lama pun 10 tahun… nanti dia akan berhenti..Tak malukah sudah 10 tahun masih hanen akif???)

picky eater

Kerap kita mendengar ibubapa (ibu teritamanya) mengadu/menyatakan yang anaknya memilih makanan, picky eater.
Picky eater adalah satu perkara biasa yang berlaku kepada kanak-kanak.

Kenapakah anak-anak menjadi picky eater?

1. Sepertimana kita tahu anak kecil selalunya mengambil masa untuk menyesuaikan dirinya dengan sesuatu yang baharu, jadi apabila sesuatu makanan ‘baru’ diperkenalkan dia memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.--> Saya pernah mengalami masalah memberikan anak saya makan sayur, Alhamdulillah sekarang sudah OK…”ini bukan sayur la ini vitamin!”
2. Kanak-kanak beranggapan bila dia menolak sesuatu makanan itu membuktikan dia sudah boleh independence.
3. Dari ‘food fight’ anak-anak kita dapat mempelajari kesan dan akibat membantah suruhan ibubapanya. Mereka amat teruja melihat respon an reaksi ibubapa mereka jika mereka membantah.
4. Ada kanak-kanak yang tidak perlu makanan dalam kuanttti yang banyak.Cukup sekadar 3-4 full spoon. Dan jika anak anda banyak minum susu kebarangkalian dia makan sedikit amat tinggi ataupun langsung tidak mahu makan kerana sudah kenyang dengan susu.

Sebaik-baiknya elakkan anak kita mengambil makanan ringan.

kalsium & iron

Hari ini, hari Jumaat, waktu rehat tengahari lebih panjang dari hari lain.
Jadi saya telah meluangkan sedikit masa untuk membaca perihal nutrisi untuk kanak-kanak.

Berikut adalah antara perkongsian ilmu yang dapat kita sama-sama pelajari

  • Kalsium

    Jika anak anda kurang menyusu (tidak kira susu ibu atau susu formula ataupun wholemilk).
    Berikut adalah makanan yang Insya allah boleh menampung keperluan kalsium anak anda.
    Cheese
    yogurt
    Tofu
    Broccoli
    Kidney beans
    Whole wheat bread
    Fortified orange juice
    Canned salmon

    Jika anak anda sudah berusia 6 bulan ke atas, bolehlah berikan dia makanan disebut di atas.

    Untuk anak yang masih makan bubur nasi, bolehlah dicampurkan broccoli di dalam buburnya.- cadangan.
  • Iron
    Kekurangan iron boleh menyebabkan penyakin anemia
    Iron penting dalam penghasilan hemoglobin iaitu pengakut oksigen di dalam darah.
  • makanan kaya dengan iron:
    dried beans
    winter squash
    sweet potatoes
    broccoli
    mushrooms
    meat & poultry (beef, beef & chicken liver, , turkey, chicken)
    greens (spinach, broccoli, beet, tomato )
    egg yolks
    dried fruit (figs, apricots, prunes, raisins)
    prune juice
    tofu
    grains (cooked cracked wheat, wheat germ, cornmeal, millet, brown rice, farina, bran, breads, iron fortified cereals)
    blackstrap molasses
    brewer's yeast, shellfish (clams, oysters, shrimp - only after age 2 yrs or older, consult your pediatrician!)
    tuna, sardines, canned salmon

p/s: Sejak Akif berusia 3 tahun saya sudah memperkenalkan dia makanan laut seperti sotong dan udang.Alhamdulillah dia boleh makan (tiada kesan alergi)

Wednesday, November 19, 2008

3 tahun 2 bulan

3 tahun 2 bulan sudah berlalu.
Maka dengan ini 3 tahun 2 bulanlah Akif 'menikmati' khasiat susu ibu
Tiada tanda-tanda yang dia jemu
Tiada tanda-tanda yang dia akan berhenti.
Layannnnnn

Dan tiada lagi soalan-soalan
"bila kau nak berhenti menyusu?"
(tapi ada soalan lain...)

Alhamdulillah

Bagaimanakah dengan 'supply'?
Alhamdulillah..Rezeki dariNYA buat kami
Dan Akif MASIH boleh tahan satu hari tak makan hanya dengan susu ibu...
Sungguh tak tercapai akal mommy....
Taksub sungguh dia!

Yang best, selepas menyusu dia akan cakap "tekyu(thank u) nenen!"
or " ma kashih nenen" kiss kiss

Wednesday, November 12, 2008

Carbonara

Bahan-bahan
180g spaggety/linguinie
100g krim masakan
50ml susu cair(saya guna DL full krim-akif punya!)
10g bawang putih
30g ayam/daging cincang (nak gantikan dengan sutong/udang etc also OK)
30g cendawan butang/shitake(yang mana anda suka)
1 biji telur kuning
30g keju parmesan
Sedikit black pepper/oregano/basil
Garam secukup rasa.
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan
Bahan (1)
Campurkan susu cair dank rim masakan.
Masukkan kuning telur ke dalam campuran susu cair dank rim masakan. Kacau rata.Pastikan semuanya bercampur sebati
Masukkan perasa(garam)
Ketepikan

Panaskan minyak masak
Tumis bawang sampai kelayuan
Masukkan ayam/daging cincang dan cendawan/shitake
Apabila ayam/daging cincang dan cendawan/shitake sudah half cook bolehlah masukkan spaggety/linguinie
Masukkan spices
Masukkan bahan (1), kacau rata
Masukkan parmesan cheese, kacau lagi hingga semuanya bercampur rata.
Siap.

p/s: Resepi di atas adalah resepi yang telah di’alter’ serba sedikit oleh saya mengikut selera saya!
Jika untuk Akif saya tidak masukkan black pepper.

Sunday, November 9, 2008

Kenapa perlu simpan EBM banyak-banyak?

Antara sebab kenapa perlu ada EBM banyak-banyak:

1.Jika anda ingin menyusukan anak anda sehingga berusia 2 tahun atau lebih tanpa susu lain.

2. Anda bekerja
3. Susu bukan selalu banyak.Kalau kita stress pun boleh jadi kurang jadi, simpanlah ketika banyak
4. Andai kata ibu pergi dulu...paling tidak dalam proses memperkenalkan susu lain anak kita masih dapat susu ibu.
5. Kalau ibu bekerja luar kawasan
6.Kalau ibu sakit
7. Tak salah kalau ada banyak stok EBm..sediakan payung sebelum hujan.

Wednesday, November 5, 2008

Potty tranning execution

Salam

Rasanya sudah lama saya tidak ‘update’ blog ‘sweetstory’ ini.

Note: Isi kandungan yang ditulis di bawah adalah berdasarkan pengalaman peribadi.

Alhamdulillah, setakat ini potty training/diaperless mission kami mencapai target 90%.
(Hanya untuk buang air besar AKif masih belum bersedia untuk melakukannya di tandas.)

Saya sudah tidak ingat lagi bilakah kali pertama kami memulakan ‘potty trainning’. Mungkin saya perlu baca semula entry saya di blog ini dan di yuitsumuni.

Sebelum memulakan misi potty training. Apakah yang saya lakukan?
1. Bertanyakan kepada Mr.Google. Hanya perlu taip ‘Potty Trainning’ dan info mengenainya akan keluar begitu banyak sekali.
2. Membaca hasil ‘search’ yang Mr.Google paparkan
3. Membaca blog/tips mereka yang berjaya
4. Bertanyakan kepada mereka yang sudah berjaya
5. Membentangkan ‘proposal’ kepada suami dan pihak taska.
6. Mengkaji kemampuan anak.-->Ini amat penting

Mengkaji kemampuan anak.
Bagaimanakah kita boleh mengetahui yang anak kita sudah bersedia untuk diaperless?
Bilakah masa yang sesuai memulakan potty training?

Dari pengalaman saya, antaranya

1. Anak sudah tahu bercakap
2. Anak sudah faham apa yang kita katakana
3. Anak sudah boleh memahami arahan kita
4. Anak sudah boleh bersabar
5. Anak sudah bersedia, mengenali tandas, dapur, bilik tidur.
6. Anak memahami serba sedikit tentang kebersihan
7. Anak sudah tahu ‘how to express himself’ (suki kirai wakaru koto) Tahu menyampaikan kepada kita apa yang dia suka dan tidak suka etc

Perkara 1-3, 5 dan 6
Ketika kami mula potty training kepada AKif, dia sudah boleh menyebut/memberi tahu apa yang sedang dia lakukan.
(Makan, minum, main, nak tidur.)
Dia sudah tahu perkataan-perkataan asa potty training,
u-uh(buang air besar) dan kencing(buang air kecil)

Apa bila kita berpesan kepada dia sesuatu perkara dia sudah boleh mengikut pesanan kita dan melakukannya.
Dia juga sudah boleh memahami apa yang kita katakan

Bagi perkara 4
Anak sudah boleh bersabar.
Cara saya mengenal pasti yang dia sudah mampu mengawal perasaannya atau belum. Antaranya,
1. Bila dia minta susu(nenen), saya katakan kepadanya
“tunggu sebentar/sekejap mommy sedang masak”
Dia boleh menerimanya
“Lama ke?”
“Lagi satu jam”
“Sabar ya…”
Dan dia akan berkata kepada dirinya
“Acif syabar yeee”
Dia akan menanti sehingga saya berikan dia susu.

2. Bila dia meminta sesuatu.
Permaianan contohnya.
Saya akan cakap kepadanya
“tunggu ya…hujung minggu nanti kita pergi”
Dia akan berhenti meminta

Itu antara cara saya kenal pasti adakah anak saya sudah boleh mengawal perasaannya serba sedikit-Cara saya.

Untuk perkara 7

Bagi saya, ini amat penting
Mudah untuk saya terangkan

Kenapa dia perlu potty training.
Akifkan dah besar. Orang besar tak pakai diapers lagi.

Saya mulakan potty training dia di rumah ketika hujung minggu.

Kemudian saya minta jasa baik pihak taska memberi kerjasama dan bantuan, meneruskan potty training di taska.

Kaedahnya:

Mengajak dia ke tandas untuk buang air kecil setiap satu jam.
Sehingga dia sudah faham jika hendak membuang air perlu ke tandas.
Untuk Akif mengambil masa satu minggu.

Namun untuk membuang air besar, dia masih tidak bersedia hingga ke hari ini.
Untuk diaperless at night, kami baru mulakan hari sabtu yang lalu (081101)
Hari ini hari ke-5!

Alhamdulilllah. Berjalan lancar kecuali pada hari ke-3->Mommy dan daddy kena auta!