There is no freedom of choice for humans,
if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,
but an obligation to the choice.
Give your child the freedom of choice

Quick Search

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Sunday, April 27, 2008

bubur nasi berbrokoli dan ayam

bahan-bahan:
  • segengam beras
  • broccoli dipotong kecil-kecil
  • isi ayam dipotong dadu
  • unsalted butter
  • air

Cara-cara menyediakan:
Beras dicuci bersih
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk. Masukkan air. Masak atas dapur.hehehehehee

Taraaa..dah siap..

masa memasak:30minit+

Cream of mushroom and chicken

2 sudu besar tepung jagung
1 mangkuk tepung gandum
setengah kotak whipping cream
1 bj bawang besar dipotong dadu
3 ketul dada ayam dipotong kecil
1 tin cendawan butang dihiris halus
garam secukup rasa
2 sudu besar butter

cara2

1. masukkan butter ke dlm periuk. biar sehingga panas.
2. tumis bawang besar hingga layu.
3. masukkan ayam. kacau dan biar selama 5 minit.
4. kemudian masukkan cendawan butang
5. masukkan whipping cream diikuti 3-4 mangkuk air.
6. kacau dan biar hingga mendidih.
7. masukkan tepung gandum. kemudian tepung jagung yang telah dicampur dgn air. kacau hingga pekat.
8. masukkan garam secukup rasa dan tutup api.

Easy baked pasta

diambik dr myresipi.com(kadang2 takleh nak access la ini web.ish ish)


Bahan-bahan
• 500 gram pasta (sepeket pasta jenis pendek either penne, farfalle, shell or macaroni)
• 300 gram daging cincang (pilih ayam atau lembu)
• 1 ulas bawang putih – dicincang halus
• 1 labu bawang besar – dicincang halus
• 1 tin sedang tomato puri
• 1 tin cendawan butang - dihiris
• 1 biji lada benggala - didadu
• 1 kiub stok ayam atau lembu – ikut jenis daging yang digunakan
• 1 batang carrot – didadu
• 1 batang celery – didadu
• 1 sudu teh herba Oregano kering (dapatkan di mana-mana supermarket/hypermarket)
• 1 helai Bay leaf kering (kalau taknak beli boleh juga gantikan 2 helai daun salam/ serai kayu segar)
• Parutan keju samada Cheddar/Mozzarela/Romano atau Parmesan
• 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
• Garam dan gula secukup rasa

• Bahan sos putih :
• 2 sudu besar butter
• 1 sudu besar tepung gandum
• 2 kotak susu segar ( saya guna 2 kotak kecil Susu Dutch Lady full cream je)
• Secubit lada hitam dan garam

Cara-cara
1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan pasta. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
2. Buat inti daging. Goreng bawang besar dan bawang putih. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga daging keperangan.
3. Masukkan carrot, cendawan, lada benggala (capsicum) dan celery. Kacau sebati.
4. Masukkan tomato puri. Jika nampak terlampau kering masukkan sedikit air. Jangan sampai berkuah pula.
5. Masukkan kiub ayam/lembu (hancurkan dan tabur, jangan masuk seketul) herba Oregano dan Bay leaf. Biar mendidih dan naik bau.
6. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Garam tak perlu banyak sebab stok dah masin. Bila nampak pekat dan agak kering, tutup api dan ketepikan.
7. Buat sos putih. Masak butter atas api kecil (jangan sampai perang). Bila semua butter dah cair dan berbuih, taburkan tepung gandum, kacau cepat-cepat dengan senduk kayu. Kacau dalam 3-4 minit, kemudian masukkan susu segar.
8. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau hingga nampak sos sudah bersalut di belakang senduk kayu (agak pekat ). Tutup api.
9. Cara melapis : Dalam bekas tahan panas (Saya guna loyang kek aja..or aluminium container tu beli kat bagus seksyen 13 tu), mulakan dengan lapisan pasta, tabur rata. Lepas tu lapisan inti daging, kemudian ratakan sos putih.
10. Teruskan melapis dan akhiri dengan taburan parutan keju di lapisan paling atas.
11. Bakar dalam oven suhu 190 darjah Celcius selama 30 minit atau sehingga keju cair dan keperangan. Siap untuk dimakan, yummm!!

Gartan

Bahan A: Untuk isinya
½ bungkus Macaroni saiz sederhana
200 gm udang hidup (dipotong kecil-kecil)
2 sudu makan mentega
sedikit lada sulah
sedikit garam
sedikit gula
sedikit serbuk perasa

Bahan B:Untuk kuahnya
1 liter susu segar
5 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan mentega
5 sudu makan keju parmesan
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit gula

Cara penyediaan

Bahan A:
-Rebus Macaroni hingga lembut (Toskan)
-Panaskan mentega
-Masukkan udang dan kacau sehingga udang hampir masak
-Masukkan macaroni dan kacau lagi
-Kemudian masukkan garam , gula, serbuk perasa dan lada sulah ,kacaulah sehingga rata dan masak kemudian ketepikan

Bahan B:
-Panaskan mentega dengan api yang kecil
-Masukkan tepung gandum , kacau sehingga rata
-Masukkan susu segar sedikit-sedikit sambil dikacau sehingga susu segar habis. Jika tepung bergentel tapiskan dahulu bahan ini kedalam periuk yg lain
-kemudian baru masukkan garam, gula, serbuk perasa,lada sulah dan keju parmesan
-Kuatkan sedikit apinya dan kacaulah sehingga sederhana pekat (jangan terlalu pekat dan jangan juga terlalu cair), ketepikan.

Cara membakarnya:

1. Masukkan bahan A kedalam mangkuk yang tahan panas (size mangkuk untuk hidangan seorang makan)
(bantai guna loyang kek tu jerk kahkahkahkah)

2. Kemudian masukkan bahan B sebanyak 3/4 cawan atau sehingga bahan A tertutup

3. Kemudian masukkan kedalam oven dan bakar dengan menggunakan api atas sahaja , selama 1 atau 2 minit atau sehingga bahagian atas kelihatan berwarna kuning kecoklatan

4. Hidangkan panas-panas

Monday, April 7, 2008

Sup oat bersama ayam

Bahan-bahan
  • 1 labu bawang besar kuning didadu
  • 3 ulas bawang putih dicincang
  • 1 bahagian chicken breast(boneless) didadu/dicincang
  • setin cendawan butang dicincang
  • 1 cawan oats(saya guna quick cooked)
  • 31/2 cawan air
  • olive oil ataupun butter
  • garam secukup rasa


Cara menyediakan
  • Panaskan periuk, cairkan butter/panaskan olive oil
  • masukkan bawang besar dan bawang puting kacau sampai layu.
  • Masukkan ayam dan cendawan
  • Masukkan air
  • Tunggu sampai mendidih.Masukkan oats.
  • Masukkan garam secukup rasa.
  • Biarkan mendidih sekali lagi.
  • Siap.

Thursday, April 3, 2008

Nasi goreng saya suka

Bahan-bahan:

  • Nasi putih
  • ikan bilis digoreng
  • Ikan bilis mentah ditumbuk
  • bawang putih dan bawang merah ditumbuk
  • cili kecik ditumbuk
  • sayuran hijau(sawi atau bayam atau kangkung)
  • Telur (seorang sebiji)
  • Garam secukup rasa
(p/s: kuantiti bahan bergantung pada bilangan orang yang akan makan dan citarasa tukang masak)

Cara menyediakan:

  • Tumis bawang yang ditumbuk.
  • Kemudian masukkan cili kecil yang ditumbuk.
  • Biarkan kedua-duanya garing/naik bau.
  • Masukkan ikan bilis tumbuk.
  • Apabila ikan bilis sudah garing masukkan nasi putih.
  • Kacau rata.
  • Kemudian masukkan sayuran hijau diikuti dengan telur.
  • Kacau/goreng rata.
  • Masukkan ikan bilis goreng dan garam.
  • Gaul rata.
  • Siap.
p/s: Jika menggoreng untuk kanak-kanak 2 tahun 6 bulan cili kecil tidak diperlukan

takoyaki

Takoyaki

INGREDIENTS:

* 1 cup flour

* 2 1/2 cup dashi soup

* 2 eggs

* 1/2 lb. boiled octopus chunks

* 1/4 cup chopped green onion

* 1/4 cup dried sakura ebi (red shrimp)

* 1/4 cup chopped pickled red ginger

* *For topping: bonito flakes, aonori (green dried seaweed), worcestershire sauce or takoyaki sauce, mayonnaise

PREPARATION:

Mix flour, dashi soup, and eggs in a bowl to make batter. Thickness of the batter should be like potage soup. Put oil inside cups of a takoyaki grill pan. Pour batter in the cups to the full.

Add chopped octopus, red ginger, and green onion in each hole. Grill takoyaki balls, turning with a pick. When takoyaki become rounds and brown, remove them from the pan and place in a plate. Put sauce and mayonnaise on takoyaki and sprinkle bonito flakes and aonori on the top.

Dashi

INGREDIENTS:

* 4 cups water

* 1/2 cup katsuobushi (dried bonito flakes)

PREPARATION:

Put water in a pan and heat on medium heat. Just before the water boils, add katsuobushi flakes. When the water boils, stop the heat and strain the broth.


Beni syoga

INGREDIENTS:

* 2 lb fresh ginger root
* 3 cups vinegar
* 2 cups sugar
* 2 tsps salt

PREPARATION:
Wash fresh ginger root and rub off skin. Slice the ginger thinly and salt them. Leave salted ginger slices in a bowl for one hour. Dry the ginger slices with paper towels and put them in a sterilized container/jar.
Mix rice vinegar and sugar in a pan and bring to a boil. Pour the hot mixture of vinegar and sugar over the ginger slices. Cool them. The ginger change its color to light pink. Cover the jar and store it in the refrigerator.
*Makes about 2 cups

Sumber resepi: search from internet.

kentang lenyek untuk bayi

Bahan-bahan:

  • Kentang
  • express breastmilk (EBM)
  • unsalted butter

Cara menyediakan:

  • Kentang dikukus sehingga empuk (rebus atau bakar pun boleh)
  • Setelah empuk, dilenyek sehingga hancur (kalau malas blend pun boleh-guna blender jug khas untuk makanan bayi elakkan yang telah digunakan untuk kisar cili)
  • Masukkan unsalted butter gaul rata.(bagi bayi baru diperkenalkan 'solid food' tak perlu unsalted butter ni)
  • Apabila hendak diberi kepada bayi, campurkan sediit EBM.(Elakkan campur awal-awal dikhuatiri mudah basi)

kentang untuk bayi


saiz hidangan : 2 (boleh disimpan dalam peti ais selebihnya)

1 biji kentang potong dadu kecil
2 sudu kacang peas (dalam tin-basuh dan tos)
1 sudu ikan bilis goreng & kisar/tumbuk
2 sudu labu dipotong dadu kecil
1 ulas bawang putih

Labu, bawnag putih dan kentang direbus sehingga empuk.
Gunakan 2 cawan air. Api kecil. Lepas empuk, masukkan kacang hijau, biar sebentar. Kalau perlu masa masak ni air rebusan kering, tambah sikit air. Lenyek kasar kentang, labu dan kacang peas. Gaulkan dengan ikan bilis kisar. Cairkan dengan susu ibu..

Kalau baby bawah 8 bulan kisar halus masakan ni...

Nota :
- Labu boleh diganti dengan lobak merah/carrot.
- Ikan bilis boleh diganti dengan daging/ayam tetapi direbus awal bersama kentang dan labu.
- Bawang putih bagus untuk elakkan infeksi sebab khasiatnya sebagai antimikrob.