There is no freedom of choice for humans,
if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,
but an obligation to the choice.
Give your child the freedom of choice

Quick Search

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Sunday, April 1, 2007

Hukum Menyusukan....

soalan

SAYA seorang ibu dan masih menyusukan anak yang berumur dua tahun. Ramai orang berkata, tidak elok terus menyusukan anak yang umurnya melebihi dua tahun. Malah, ramai juga yang melarang menyusukan anak jika kita hamil lagi.

Apa pandangan Islam dalam hal ini? Bagaimana pula jika wanita itu mengandung setiap tahun? Adakah dia perlu berhenti memberi susu badan kepada anaknya dan menggantikan dengan susu formula?

Jawapan:

Penyusuan susu badan ibu sangat digalakkan dalam agama Islam. Bukan saja susu ibu baik daripada sudut kesihatan anak, tetapi ia boleh menjadi penjarak kehamilan bagi ibu.

Tiada tegahan dalam agama jika ibu masih mahu menyusu anak sehingga lebih umur dua tahun. Cuma yang disarankan dalam al-Quran ialah masa terbaik untuk memberi susu badan ialah selama dua tahun.

Tidak menjadi kesalahan agama juga mahupun daripada segi kesihatan terus menyusukan badan, walaupun hamil. Tiada istilah minum susu hak orang lain yakni minum susu bakal adik yang akan tiba seperti yang dikatakan setengah pihak kerana hak susu anak yang lahir ialah sebaik saja dia dilahirkan. Selama mana wanita itu mempunyai susu untuk diberikan pada anak, berilah kepadanya.

Dipetik dari soal jawap bersama Datuk Marshita Harian metro

No comments: