There is no freedom of choice for humans,
if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,
but an obligation to the choice.
Give your child the freedom of choice

Quick Search

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Thursday, November 1, 2007

hanya anda berdua

Penyusuan susu ibu bukan sahaja menyediakan khasiat makanan yang diperlukan oleh bayi baru lahir malahan ia merupakan jalinan kasih sayang antara ibu dan anak. Melalui penyusuan susu ibu , ibu dan bayi dapat menjalinkan hubungan yang erat, memuaskan dan berkekalan. Untuk menjadikan setiap saat anda bersama bayi anda lebih berharga amalkan petua2 berikut

Tenang dan sunyi
Pastikan tiada gangguan ketika anda menyusukan bayi anda. Pastikan ahli keluarga yang lain memahami kepentingan persekitaran yang sesuai untuk bayi menyusu

Utamakan keselesaan

Apabila menyusu anda perlu pastikan anda dan bayi anda selesa.Pastikan bayi diletakkan di dalam posisi yang betul. Pastikan anda duduk atau baring dengan selesa.

Beriteraksi dengan bayi
Semasa menyusukan bayi anda, anda boleh bercakap-cakap dengannya. Peluk, tepuk, sentuh dan bayi anda. Bayi anda akan merasa lebih tenang dan selamat

Kawal emosi anda
Bayi anda juga akan dapat merasa perasaan anda. Tenangkan diri anda. Elakkan fikiran anda dari dibelenggung kerisauan dan kebimbangan.
Jika anda senang marah, redakan dulu kemarahan anda sebelum anda susukan bayi anda.

No comments: