There is no freedom of choice for humans,
if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,
but an obligation to the choice.
Give your child the freedom of choice

Quick Search

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Saturday, October 14, 2006

Bila sudah setahun

Alhamdulillah Akif Hafiy sudah pun setahun!
Macam-macam perangai sekarang ini.
Namun yang paling merisaukan Mummy ada;lah Akif tak mahu minum EBM.Sudah seminggu Akif berperangai begini.
Sehari hanya 2 botol EBM sahaja, itupun setelah dipaksa oleh'kakak'nya. Dia lebih sanggup minum air masak daripada minum EBM.
Hendak dikatakan dia tidak mahu breastmilk tidak mungkin!!!Kalau 'direct breastfeed' memang dia jaguh.
Minum hingga sendawa. Adakah EBM tidak selazat 'fresh breastmilk'?Ya..memang tidak selazat yang segar. Adakah dia lebih suka makan nasi di siang hari dan susu di malam hari?Mungkin juga...Kanak-kanak sedang membesar.....Pada mulanya Mummy agak risau dengan keadaan Akif ini tetapi apabila melihat kadar pengambilan susu ketika berada bersama Mummy amat baik sekali, Mummy berpendapat Akif tidak suka EBM. Walaupun begitu Mummy tetap akan terus menghasilkan EBM. Pada firasat Mummy akan tiba masanya Akif akan 'suka' EBM semula.
Selera kita pun ada 'ON' dan "OFF'......Tentu Akif juga begitu.

No comments: