There is no freedom of choice for humans,
if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,
but an obligation to the choice.
Give your child the freedom of choice

Quick Search

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Monday, February 5, 2007

Panduan pemakanan

Panduan pemakanan untuk bayi baru lahir hingga 6 bulan

Pemakanan yang paling sempurna bagi bayi yang baru lahir hingga 6 bulan adalah susu ibu sahaja. Makanan atau minuman lain termasuk air kosong tidak diperlukan. Pemberian makanan atau minuman ini boleh memudaratkan bayi.

Kepentingan kandungan susu ibu:

a. Mengandungi zat makanan dan vitamin yang mencukupi mengikut keperluan bayi.

b. Mudah dihadam dan digunkan dengn berkesan.

c. Melindungi bayi dari penyakit

d. Mengandungi antibody dan bahan-bahan pelindung dari penyakit.

e. Mengandungi faktor tumbesaran.

f. Tiada pencemaran

g. Mengandungi enzim

h. Zat dan kandungan susu ibu berubah mengikut keperluan bayi.

Susukan bayi dengan kerap

Penyusuan yang kerap boleh memastikan bekalan susu yang mencukupi.

Kekerapan penyusuan:

  1. Susukan bayi dengan kerap mengikut kemahuannnya ‘on demand’.
  2. Menyusu kerap di sebelah malam
  3. Sentiasa bersama bayi bagi membolehkan menyusukannya dengan kerap.
  4. Bayi kecil yang tidur lebih dari 2-3 jam harus dikejutkan untuk disusukan.

Tanda bayi mendapat cukup susu

  1. Penyusuan kerap
  2. Kenaikkan berat badan yang memuaskan
  3. Kencing lebih dari 6 kali/hari
  4. Kerap membuang air besar adalah normal.
  5. Bayi puas, ceria, otot dan kulit bayi juga sihat
  6. Dengar bayi menelan
  7. Payudara penuh sebelum menyusu dan ‘kosong’ selepas menyusu.

Jangan campur penyusuan susu ibu dengan air kosong atau susu formula

Bayi tidak akan mendapat kebaikan susu ibu sepenuhnya jika diberi atau minuman lain kerana:

a. Bayi akan kurang kerap menyusu. Ini akan menyebabkan kurang penghasilan susu oleh ibu. Akibatnya bayi kurang mendapat zat makanan dan bahan – bahan pelindung penyakit.

b. Bahan pelindungan penyakit terkandung di dalam susu ibu yang bertindak menyalut usus bayi. Air kosong atau susu formula akan menghakis salutan tersebut. Bayti tidak akan mendapat perlindungan.

c. Bayi mudah terdedah kepada alahan dan pencemaran yang terdapat di dalam air kosong dan susu formula.

Panduan memberi makanan pelengkap (solid food)

Beri bayi makanan pelengkap apabila bayi anda sudah berumur 6 bulan ke atas.

Pada umur 6 bulan bayi perlukan makanan lain selain dari susu ibu. Teruskan penyusuan susu ibu dengan kerap siang dan malam. Makanan pelengkap yang seimbang diberi sebagai tambahan.

Apabila bayi berusia 6 bulan, ibu-ibu perlu bersedia untuk memberi makanan pelengkap kepada bayi mereka. Makanan pelengkap merupakan makanan yang diberi sebagai makanan tambahan kepada susu ibu. Jangan memulakan pemberian makanan pelengkap yang terlalu awal (kurang 6 bulan) atau terlalu lambat (lebih 6 bulan).

Mengapa tidak digalakkan memberi makanan pelengkap terlalu awal:

a. Sistem pencernaan dan penyerapan bayi berumur kurang dari 6 bulan belum matang.

b. Susu ibu adalah makanan utama untuk bayi. Pemberian makanan pepejal terlalu awal boleh mengurangkan pengambilan susu oleh bayi kerana lebih kenyang dengan makanan pejal.

c. Makanan yang diberikan sebagai gentian susu ibu selalunya bubur yang cair dan sup memandangkan ia mudah dimakan oleh bayi. Makanan ini mengenyangkan tetapi kurang nutrient daripada susu ibu dan oleh itu keperluan bayi tersebut tidak dapat dipenuhi.

d. Bahan makanan lain boleh mengurangkan penyerapan nutrient di dalam susu ibu seperti zat besi.

e. Bayi mudah mendapat alahan (alergi).

Mengapa makan pelengkap perlu diberi?

a. Menambah bekalan tenaga.

b. Membekalkan zat makanan

c. Memperkenalkan anak-anak kepada pelbagai jenis makanan dan raasa.

d. Memenuhi keperluan proses perkembangan dan kemalangan.

Panduan memberi makanan pelengkap

a. Berikan susu terlebih dahulu sebelum memberi bayi makanan pelengkap. Ini akan membolehkan ibu menghasilkan cukup susu bagi jangkamasa yang lebih lama.

b. Sediakan hidangan yang seimbang. Hidangan seimbang bagi bayi perlu mengandungi bahan dari 5 kumpulan makanan iaitu kumpulan bijirin dan ubi-ubian, kumpulan ikan, daging dan telur, kumpulan sayur dan buah serta kumpulan minyak dan lemak.

c. Pelbagai makanan bayi. Berikan bayi pelbagai jenis makanan agar dapat semua zat yang diperlukan. Ini juga dapat mengajar bayi kepelbagaian rasa dan warna.

d. Tambahkan minyak atau lemak di dalam makanan bayi. Bayi perlukan banyak tenaga untuk tumbesaran. Minyak atau lemak seperti marjerin atau mentega dapat menambahkan kandungan tenaga di dalam hidangan.

e. Tidak perlu tambah garam, gula atau bahan perasa di dalam makanan. Beri peluang untuk bayi menikmati rasa semulajadi makanan.

f. Sediakan makanan mengikut tekstur yang sesuai untuk umur. Tekstur makana hendaklah disediakan mengikut kebolehan bayi iaitu:

i. 6 bulan - dikisar

ii. 7 – 9 bulan - dilecek

iii. 10 - 12 bulan - dicincang

g. Mulakan dengan sedikit dan tambahkan kuantiti makanan secara beransur – ansur mengikut peringkat umur.

h. Jadikan masa makan sebagai masa yang menyeronokkan. Jangan paksa bayi makan jika dia belum bersedia atau tidak mahu makan.

3 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

salam perkenalan...

kita lame jugak dok belek blog awak ni... thanks.. banyak sangat info yg buleh dijadikan panduan...

kite mmg teringinnn sangat nk fully bf.. tp byk laks halangan...
sekrg tengah pantang 9 hari.. bb masih lagi campo2 formula, air masak n BM... BM nye supply cukup sangat... tapiii... nipple cedera parah.. skrg ni tgh nk pulihkan nipple dulu.. harap2 cepat pulih... cian cik bb..

Anonymous said...

dear lelosani,
i m working mum ( 7 -7 ) with 7 mths old bb boy.. jus 2 share with u.. alhamdulilah bb fully bf.. the secret is jgn campur2.. of cos there r halangan.. sakit 2 jgn cerita la... that why we have 2 determine n of cos get suppot frm huby .. i also get a frnd yg bf jgk.. so she can motivate u when u almst give up.. ttg niple cedera 2, letak asi... cpt baik... ok good luck wth bf... believe me.. we ll be 1 proud mummy when ur bb consume only asi..