There is no freedom of choice for humans,
if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,
but an obligation to the choice.
Give your child the freedom of choice

Quick Search

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Friday, February 23, 2007

Untu ibu-ibu yang bekerja

Persediaan ibu yang bekerja untuk menceburkan diri dalam ‘bidang penyusuan susu ibu sepenuhnya”.

1. Keazaman, kesungguhan, semangat, sokongan dan kerajinan.

2. Bila perlu mula mengepam?

2 minggu sebelum mula bekerja semula.

Saya dahulu, tidak berilmu maka saya mulakan 3 hari sebelum bekerja. Terkocoh-kocoh juga dibuatnya, Alhamdulillah sempat.

Mulakan mengepam dua minggu sebelum masuk bekerja ataupun apabila susu sudah benar-benar ‘established’.

3. Perkakas dan peralatan yang diperlukan.

l ‘breast pump’. Rujuk entry pump.

l bekas menyimpan susu yang diperah, botol susu ataupun ‘disposable liner’

l Bekas untuk membawa/menyimpan susu perahan – ‘cooler bag’

l Tempat mengepam di tempat kerja

4. Jangka hayat susu

l Susu yang baru diperah boleh tahan 8 jam dalam suhu bilik. Namun kita digalakkan menyimpan susu perahan di dalam cooler ataupun fridge. Saya simpan susu perahan di dalam cooler bag sahaja, Tak tumpang fridge pejabat.

l Susu perahan jika disimpan di dalam ruangan sejuk peti ais boleh tahan 48 jam. Ada juga pendapat/kajian menyatakan tahan sampai 7 hari, saya hanya simpan di ruangan sejuk paling lama 48jam.

l Susu perahan jika disimpan di dalam ruangan beku (freezer), peti ais satu pintu boleh tahan 2 minggu.

l Susu perahan jika disimpan di dalam ruangan beku (freezer), peti ais dua pintu boleh tahan selama 3 bulan.

l Susu perahan jika disimpan di dalam deep freezer boleh tahan sampai 6 bulan.

l Susu perahan yang telah dibekukan, kemudian telah dicarkan tidak boleh dibekukan semula

l Susu perahan yang telah dipanaskan harus diberi kepada bayi dalam masa 1-2 jam. Jika anda telah memanaskan lebih dari tempoh ini, sila rasa dahulu susu tersebut sebelum memberi bayi anda minum.

l Susu lebihan bayi minum tidak boleh dimasukkan semula ke dalam fridge, harus dihabiskan atau dibuang.

l Susu beku yang telah dicairkan boleh tahan 2 hari jika disimpan di dalam fridge.(bahagian sejuk). Jika anda was-was rasa dahulu susu tersebut sebelum diberi kepada bayi anda.

5. Cara memanaskan susu perahan.

a) Susu beku- Cairkan terlebih dahulu susu beku.

Cara mencairkannya- dibiarkan semalaman susu beku di ruangan sejuk peti ais atau pun direndam dengan air sejuk di dalam suhu bilik. Setelah susu mencair direndam dengan air suam/panas.

b) Susu cair- Direndam di dalam air suam/panas

Jangan sekali-kali memasak atau mendidihkan susu perahan kerana akan memusnahkan zat-zat penting di dalam susu.

Jangan ‘microwave’kan susu perahan.

6. Menyimpan susu di tempat kerja.

Anda boleh menyimpan susu anda di dalam fridge pejabat anda atau di dalam cooler bag anda.

7. Cooler bag.- saya menggunakan cooler bag untuk menyimpan dan membawa susu pulang ke rumah dan membawa susu ke Taska. Anda juga boleh gunakan ‘ice box’ atau apa sahaja bekas yang boleh mengekalkan suhu sejuk.

8. Gunakan chiller-ice brite/ais batu/techni ice untuk memastikan suhu cooler bag/ice box anda sejuk. Rujuk entry techni ice.

p/s: Weekend ni saya upload gambar-gambar (cooler bag, pump, techni ice, ice brite, etc)


No comments: