Hari ini Jumaat 23 March 2007. Alhamdulillah.Minggu ini mampu juga saya 'hasil'kan susu buat Akif. Stok di dalam freezer hanya ada 6 botol. Tetapi tidak mengapa.Jika hari ini saya dapat 4-5 botol, esok 4 botol..Insya Allah semuanya akan kembali seperti sedia kala.
Pesanan saya:Kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah milk supply, jangan cepat berputus asa. Teruskan usaha.Pasti berjaya.Banyakkan minta pertolonganNYA.
Memang ini bukan kali pertama, namun inilah kali pertama saya hadapi masalah sekronik ini. Bila dikenang kembali, banyak sungguh dugaannya.
Pernah:
- Buang berpuluh-puluh botol EBM kerana keputusan bekalan electric
- Milk supply merudum sampai sehari dapat sebotol sahaja.
- Milk supply merudum stok pula tak ada..Dan banyak lagi.Jika dikenang akan jadi tidak percaya...
Alhamdulillah....Rezeki dariNYA masih ada untuk kami.
No comments:
Post a Comment