There is no freedom of choice for humans,
if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,
but an obligation to the choice.
Give your child the freedom of choice

Quick Search

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Tuesday, March 20, 2007

My Scary Experience

Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman yang amat menakutkan saya.

My milk supply tiba-tiba 'drop', manakala my son tiba-tiba minum susu dengan banyaknya (susu=ebm), Kalau 'direct feeding' Alhamdulillah masih mencukupi.

Pada hari Jumaat lepas (16 March 2007) pukul 6:55am, saya masukkan 6 botol EBM ke dalam 'cooler bag' akif untuk dibawa ke Taskanya. Ketika itu baki EBM hanya ada 2 botol di dalam freezer.

Hati makin gundah gulana, namun saya yakinkan diri, saya ada 3 hari untuk terus mengepam.

16 March 2007 pukul 7:30pm, saya masukkan 3 botol EBM ke dalam freezer menjadikan jumlah keseluruhan 5 botol EBM. Hanya cukup untuk sehari, Untuk ke kedudukan 'selamat' , saya perlukan sekurang-kurangnya 15 botol EBM. Sempatkah?

17 March 2007, saya dapat 3 botol EBM..Menjadikan jumlah keseluruhan 8 botol EBM.Aduh....

18 March 2007, Saya hanya mampu dapat 2 botol EBM. Walaupun saya kerap mengepam, hasilnya tetap sama. Saya tetap teruskan usaha. Segala makanan yang dikatakan menambahkan penghasilan susu saya ambil. Rasa macam 'tong drum' plak.

19 March 2007, saya dapat lagi sebotol EBM di subuh hening Alhamdulillah. Menjadikan stok EBM keseluruhan 11 botol.

Saya ambil 5 botol dan bawa ke Taska Akif....Baki di dalam freezer hanya ada 6 botol EBM.

Saya cuba elakkan diri dari memikirkan tentang EBM.

Saya pesan kepada Akif, jika susu tak cukup, akif jangan menangis, tunggu mummy balik dan akif berdoalah agar segala kerja mummy di office berjalan lancar Insya Allah mummy balik awal.

Akif seperti biasa..Akan menganguk-angguk dan senyum, salam dan lambai...

Di pejabat saya tingkatkan sesi mengepam, dari normal 2X ke 3X....

Alhamdulilah saya dapat kumpulkan 5 botol EBM, cukup untuk penggunaan sehari.

Ketika mengambil Akif di Taska, pengasuhnya memberitahu ada sebotol lagi EBM yang belum digunakan. Maknanya Akif hanya minum 4 botol EBM.Mmmm...

Setelah mengambil Akif, seperti biasa dia akan minum susu di dalam perjalanan ke rumah.

Malamnya saya cuba meluangkan masa untuk mengepam, Akif seolah-olah tidak bersetuju, jadi saya batalkan plan saya itu. Saya berikan dia peluang direct feeding sepuasnya. Dan hasilnya pagi tadi, saya dapat mengepam keluar 2 botol EBM.

Pagi tadi saya bekalkan 6 botol EBM ke Taska menjadikan jumlah EBM di taska 7 botol dan EBM di rumah 7 botol. Insya Allah.......

Moral

Jika anda tiba-tiba mengalami masalah milk supply, jangan berputus asa. Jangan terlalu memikirkannya.Kerapkan sesi mengepam dan direct feeding.

Ini bukanlah kali pertama kali saya alami masalah ini, sudah kerap kali.Setiap kali masalah ini bakal menjelma saya sebenarnya sudah dapat menghidu akan kedatangannya. Memerhatikan stok EBM di dalam freezer yang makin susut, memikirkan expressed milk kuantiti yang makin berkurangan.

Namun ini bukan penghalang dan ini bukan melemahkan, semua ini makin menyemarakkan semangat untuk terus komited dalam dunia penyusuan susu ibu ini.

  1. kerapkan mengepam
  2. fikirkan yang positif sahaja
  3. tidak memikirkan sangat tentang masalah ini.
  4. yakin dengan kemampuan diri
  5. sokongan padu dari suami

5 faktor di atas merupakan antara elemen penting bagi menghadapi saat-saat genting kekurangan susu mendadak.

Insya Allah kita sama-sama berusaha dan teruskan perkara murni ini.

note: Sepanjang 3-4 hari ni saya ambil

  • lobak putih
  • kobis
  • halba
  • teh pegaga
  • oat

No comments: