There is no freedom of choice for humans,
if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,
but an obligation to the choice.
Give your child the freedom of choice

Quick Search

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Saturday, December 1, 2007

Bolehkah bayi membesar dengan hanya meminum susu ibu?

Apakah pendapat anda?

Kini ramai yang bertanya "Bolehkah bayi membesar hanya dengan minum susu ibu?"

Ada yang memberi pelbagai alasan yang cenderung kepada 'tak boleh'

Namun pendapat saya..."boleh"

Kenapa saya kata boleh?

Baiklah mari kita rujuk jenis najis ini...

NAJIS MUKHAFFAFAH
Iaitu najis ringan seperti air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur 2 tahun kebawah dan hanya minum susu ibunya sahaja. Cara menyucikannya ialah memadai dengan memercikkan air ke atas benda yang terkena najis itu kemudian lapkannya

Saya bukan hendak menceritakan tentang najis tetapi ingin saya ajak semua memikirkan tentang

'air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur 2 tahun kebawah dan hanya minum susu ibunya sahaja'

Apa yang tersitat di sini?

Yaa..kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah boleh hidup dengan hanya minum susu ibu. Jika bayi itu HANYA minum susu ibu air kencingnya adalah najis ringan!

Antara yang tersirat adalah tentang tahap umur yang Insya Allah dijanjikan boleh hidup dengan hanya minum susu ibu!Maaf saya tidak pandai mengolah ayat agar senang difahami.

(Harus diingat DIA tidak jadikan sesuatu untuk menyusahkan makhlukNYA...)

Yaa..Ibu bapa tidak berdosa jika tidak menyusukan anak dengan susu ibu hingga 2 tahun. Tetapi susu ibu tetap menjadi makanan terbaik bayi 2 tahun ke bawah.

Bagi ibu yang menyusukan anak pula pengambilan makanan yang penuh dengan khasiat yang diperlukan oleh tubuh adalah satu kemestian. Ini adalah bagi memastikan susu yang dihasilkan adalah susu yang benar2 berkualiti kaya dengan zat-zat yang anak anda perlukan.

No comments: