Menyusu anak di tempat awam.Ya breastfeeding
Malu...Perasaan yang tidak dapat dihalang.
Kenapa malu? Kerana diperhatikan...
Pada pandangan saya, menyusu di tempat awam tiada masalah. Di pasarn sekarang banyak dijual pakaian/peralatan untuk ibu-ibu ynag menyusukan anak dengan susuan susu ibu.
Untuk menyusu anak di tempat awam kita boleh kenakan nursing top/blaus ataupun nursing cover.
Di pusat-pusat membeli belah juga ada disediakan nursing room.Boleh susukan anak di sana.
Surau juga boleh dijadikan salah satu spot untuk menyusukan anak.
Dari pengalaman saya.
Saya hanya perlu terkejar-kejar mencari nursing room/ spot sesuai untuk susukan anak, hanya dalam tempoh 6 bulan pertama kelahirannya.
Selepas dia berusia 6 bulan dia sudah mula faham akan situasi.
Saya susukan dia kenyang-kenyang sebelum keluar(susukan dalam kereta) kemudian baru keluar. Kami akan berada diluar dalam tempoh antara feeding. Contohnya dia menyusu setiap 2 jam. Maka selepas 2 jam di luar kami akan pulang dan boleh susukan dia di dalam kereta sekali lagi.
Ketika dia masih kecil saya hanya berkunjung ke premis yang menyediakan nursing room,.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Kita juga boleh train anak kita dan diri kita menepati masa. Saya selalu menceritakan kepadanya aktiviti kami..
Sebagai contoh jika keuar membeli pakaiannya.
Saya akan beritahu dia
"Ok sekarang minum kenyang-kenyang ya sekejap lagi kita akan pergi beli baju baby....Nanti kat kedai jadi baby yang baik ya...Kalau lapar tahan kejap tau dah habis beli kita boleh nenen ok?"
Selalunya dia akan angguk-angguk..Dan Alhamdulillah berkesan untuk kami....
Dia memang tidak akan meminta disusukan di tempat awam tetapi sebaik sahaja masuk ke kereta dia akan minta...
No comments:
Post a Comment