Memandangkan Akif tak nak sangat minum EBM, mummyakif telah mencadangkan agar para penjaga akif di Taska meletakkan EBM ke dalam bubur akif.
Kalau Akif tak dapat 'detect' susu OKlah..kalau dia dapat 'detect' mungkin dia tak akan makan...Walau macam mana pun sekarang mummyakif dah tak risau sangat bila akif tak nak minum EBM. Dia kenyang. Semalam mummy akif balik awal dan telah pergi ke Taska akif awal. Mummy akif pergi tanya 'timetable' makan akif.
- 8:00am-makan nasi
- 11:am makan nasi
- 3:00pm makan nasi
- 5:30pm :makan nasi lagi
Patut la tak nak EBM..Dah kenyang dengan nasi. So Mummyakif berpendapat, tak perlulah paksa akif minum EBM kalau dia tak nak. Cuma skrg dalam bubur tu tambahkan aja EBM.
:-) semoga akif akan sentiasa sihat dan ceria.
Akif masih batuk-batuk dan selsema sedikit. Tapi ada 'improvement' sejak sehari dua ini.
Semalam, akif dilaporkan telah mengetuk kepala dia di lantai dan pintu kerana marahkan pengasuhnya yang tidak melayan dia. Aduh.....benjol dahi akif....
Kenapalah akif ni bila dia marahkan orang lain dia sakitkan diri sendiri...????
No comments:
Post a Comment