Memperkatakan  dugaan ketika menyusukan anak, memang banyak dugaannya.Namun  begitu kita harus tabah dan sabar mengharunginya.
Ada kala dugaan itu datang dari insan yang paling dekat dengan  kita; suami,anak, ibu,bapa dan ramai lagi.
Bagaimana kita hendak hadapi semua ini??
Jawapannya: TETAPKAN PENDIRIAN 
Jangan perdulikan apa orang kata.
Dugaan 1-Di tempat kerja.
Cooler  bag disangka bag camera.
Maklumlah bekerja di syarikat yang membuat camera...Nampak bag pelik sikit mesti disangka bag camera. Siap ada adegan tarik menarik lagi tu.Kalaulah cooler bag tu tak tahan..sah dah terburai...
Haru juga..
Terpaksalah aku jumpa leader security terangkan yang "This is cooler bag not camera's bag looo...I use cooler bag to store EBM laaaa.."
Kenalah cerita panjang lebar.
Actually aku nak terus aja buat complaint kat General Affair tapi macam mana ntah ada plak kerani yang suka jadi "jurucakap"..Email baru kukarang berita dah sampai ke pihak security.Mmmm....
Dugaan 2-Supply merudum
Ini memang yang paling berat nak hadapi. Tapi jgn putus  asa..Teruskan usaha.
Insya Allah..
My case, pada mulanya gelabahlah juga. Tapi berkat kesabaran  Alhamdulillah...
Dugaan 3-Tekanan kerja
Walaupun banyak kerja buat-buat rilex..Kalau rasa stress tu surf  ke sekejap...Chat ke..jgn kantoi dah laaaa
Dugaan 4-Tekanan perasaan
Ini pun susah nak hadapi ni.Kalau tertekan cepat-cepatlah cari jalan penyelesaian...Luahkan apa yang terbuku di hati.Jika idak percaya pada orang tulislah di mana-mana..Create blog pun ok juga hehehehe..

 
   
   

No comments:
Post a Comment