There is no freedom of choice for humans,
if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,
but an obligation to the choice.
Give your child the freedom of choice

Quick Search

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Tuesday, May 20, 2008

Apabila tiba masanya dia akan makan

Antara alasan 'penasihat-penasihat tidak bertauliah' kepada ibu-ibu muda untuk mempercepatkan memperkenalkan makanan pejal (solid food) adalah...

"Baik kau bagi anak kau makan awal..nanti anak kau tak pandai makan..memilih makanan..etc"

Namun berdasarkan pengalaman saya, semua itu mitos.

Kita sebagai ibu haruslah menjaga permakanan anak kita.

1. Berikan susu ibu selama yang mungkin.
2. Hanya perkenalkan makanan pejal apabila anak sudah berusia 6 bulan ke atas
3. Masak sendiri makanan anak.
4. Usah kenalkan perisa makanan terlalu awal(bubur nasi tanpa garam/gula etc)
5. Ikuti/update diri anda tentang selera anak anda.

Anak saya kini berusia 2 tahun 8 bulan.
Dia mula makan dengan 'bersungguh-singguh' setelah mencecah usia 2 tahun.

Dan beberapa bulan(lebih kurang 2-3 bulan) yang lalu dia mula berminat makan makanan yang berperisa.

Dia sudah mula berkeinginan untuk makan ais krim, coklat dan lain-lain.
Dulu dia tak suka buah-buahan tapi kini sudah mula berminat untuk makan buah-buahan.

Apa yang ingin saya nytakan di sini, walaupun anak kita pada peringkat awalnya dikawal permakanannya, Insya Allah apabila tiba masanya dia akan makan juga makanan-makanan lain....

1 comment:

rizza said...

yea betul!!!!

sama je ngan hassan lepas 2th baru sungguh2 nak makan... sapa kata kecik2 tak bagi makan dah beso tak reti makan..hahhahha tak logik