Salam
Rasanya sudah lama saya tidak ‘update’ blog ‘sweetstory’ ini.
Note: Isi kandungan yang ditulis di bawah adalah berdasarkan pengalaman peribadi.
Alhamdulillah, setakat ini potty training/diaperless mission kami mencapai target 90%.
(Hanya untuk buang air besar AKif masih belum bersedia untuk melakukannya di tandas.)
Saya sudah tidak ingat lagi bilakah kali pertama kami memulakan ‘potty trainning’. Mungkin saya perlu baca semula entry saya di blog ini dan di yuitsumuni.
Sebelum memulakan misi potty training. Apakah yang saya lakukan?
1. Bertanyakan kepada Mr.Google. Hanya perlu taip ‘Potty Trainning’ dan info mengenainya akan keluar begitu banyak sekali.
2. Membaca hasil ‘search’ yang Mr.Google paparkan
3. Membaca blog/tips mereka yang berjaya
4. Bertanyakan kepada mereka yang sudah berjaya
5. Membentangkan ‘proposal’ kepada suami dan pihak taska.
6. Mengkaji kemampuan anak.-->Ini amat penting
Mengkaji kemampuan anak.
Bagaimanakah kita boleh mengetahui yang anak kita sudah bersedia untuk diaperless?
Bilakah masa yang sesuai memulakan potty training?
Dari pengalaman saya, antaranya
1. Anak sudah tahu bercakap
2. Anak sudah faham apa yang kita katakana
3. Anak sudah boleh memahami arahan kita
4. Anak sudah boleh bersabar
5. Anak sudah bersedia, mengenali tandas, dapur, bilik tidur.
6. Anak memahami serba sedikit tentang kebersihan
7. Anak sudah tahu ‘how to express himself’ (suki kirai wakaru koto) Tahu menyampaikan kepada kita apa yang dia suka dan tidak suka etc
Perkara 1-3, 5 dan 6
Ketika kami mula potty training kepada AKif, dia sudah boleh menyebut/memberi tahu apa yang sedang dia lakukan.
(Makan, minum, main, nak tidur.)
Dia sudah tahu perkataan-perkataan asa potty training,
u-uh(buang air besar) dan kencing(buang air kecil)
Apa bila kita berpesan kepada dia sesuatu perkara dia sudah boleh mengikut pesanan kita dan melakukannya.
Dia juga sudah boleh memahami apa yang kita katakan
Bagi perkara 4
Anak sudah boleh bersabar.
Cara saya mengenal pasti yang dia sudah mampu mengawal perasaannya atau belum. Antaranya,
1. Bila dia minta susu(nenen), saya katakan kepadanya
“tunggu sebentar/sekejap mommy sedang masak”
Dia boleh menerimanya
“Lama ke?”
“Lagi satu jam”
“Sabar ya…”
Dan dia akan berkata kepada dirinya
“Acif syabar yeee”
Dia akan menanti sehingga saya berikan dia susu.
2. Bila dia meminta sesuatu.
Permaianan contohnya.
Saya akan cakap kepadanya
“tunggu ya…hujung minggu nanti kita pergi”
Dia akan berhenti meminta
Itu antara cara saya kenal pasti adakah anak saya sudah boleh mengawal perasaannya serba sedikit-Cara saya.
Untuk perkara 7
Bagi saya, ini amat penting
Mudah untuk saya terangkan
Kenapa dia perlu potty training.
Akifkan dah besar. Orang besar tak pakai diapers lagi.
Saya mulakan potty training dia di rumah ketika hujung minggu.
Kemudian saya minta jasa baik pihak taska memberi kerjasama dan bantuan, meneruskan potty training di taska.
Kaedahnya:
Mengajak dia ke tandas untuk buang air kecil setiap satu jam.
Sehingga dia sudah faham jika hendak membuang air perlu ke tandas.
Untuk Akif mengambil masa satu minggu.
Namun untuk membuang air besar, dia masih tidak bersedia hingga ke hari ini.
Untuk diaperless at night, kami baru mulakan hari sabtu yang lalu (081101)
Hari ini hari ke-5!
Alhamdulilllah. Berjalan lancar kecuali pada hari ke-3->Mommy dan daddy kena auta!
There is no freedom of choice for humans,
if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,
but an obligation to the choice.
Give your child the freedom of choice
if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,
but an obligation to the choice.
Give your child the freedom of choice
Quick Search
Custom Search
Cari@susuibu.com
Custom Search
Wednesday, November 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment