There is no freedom of choice for humans,
if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,
but an obligation to the choice.
Give your child the freedom of choice

Quick Search

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Friday, July 6, 2007

Mengepam

Untuk meningkatkan kadar penghasilan susu, salah satu caranya ialah kerapkan stimulasi..

Bagaimana?

Kerap memberi bayi menghisap ataupun boleh kerapkan mengepam.

Berapa kali sehari?

Bagi ibu yang tidak bekerja tiada masalah dalam hal menyusukan bayi kerana anda akan sentiasa bersama bayi anda namun bagi ibu-ibu bekerja yang komited dengan penyusuan susu ibu, kekerapan mengepam/memerah susu merupakan langkah yang bijak bagi membantu meningkatkan kuantiti susu yang terhasil.

Cadangan saya,

Ketika di pejabat/tempat kerja pamlah 3 kali sehari dan di rumah juga 3 kali. Total 6 kali.

Sela masa bagi sesi pengepaman di pejabat,

2-3 jam sekali 10-25 minit setiap sesi.

Manakala di rumah pula,

  • Waktu subuh
  • Waktu maghrib (lepas maghrib)
  • Lewat malam

Bila pula hendak menyusukan bayi secara direct?

  • Ketika mengepam
  • Mengikut pemintaan bayi.

Apa yang saya lakukan,

Saya mengikut situasi, ada masa anak saya ‘benarkan’ saya mengepam ketika susukan dia ada masa dia tidak ‘izin’.

Haruslah kita faham bayi merupakan ‘pelakon utama’ dalam ‘filem’ ini, jadi kita perlu pertimbangkan ‘perasaan’ dia.

Berapa kali direct feeding?

Bergantung kepada keadaan, bagi kes anak saya 4-7 kali bagi hari bekerja dan ‘uncountable’ bagi hujung minggu.

Berapa lama?

Anak saya 10 minit hingga 2 jam.

p/s:Ditulis berdasarkan pengalam sendiri.

No comments: