Nak menulis tentang my favorite breastpump.
1. Avent ISIS.- Memang bagus pam ini. Kalau mengepam waktu breast ‘full’ memang sekejap sahaja boleh dapat 9oz, dan walaupun mengepam waktu tidak ‘full’ pun tetap boleh pump out 5-6oz. Cara menggunakannya amat mudah dan senang dibawa ke mana sahaja. Jika anda rasa lenguh mengepam, anda boleh juga berlatih menggunakan kedua-dua belah tangan anda. Saya sudah mampu mengepam menggunkan salah satu tangan, kiri atau kanan. Betullah ‘practice make perfect’. Saya sangat ‘enjoy’ menggunakan pump ini. Dengan menggerakkan jari jemari anda ‘pressing’ ‘handle pump ini sedikit sebanyak dapat juga kita ‘aktifkan’ otak kiri dan kanan kita. Hehehehehe.
2. Spectra 3 – Pump ini jenis elektrik. Juga amat mudah dikendalikan. Cuma bagi saya jika mengepam sewaktu ‘breast full’ paling ‘mujarab’, paling selesa. Berbeza dengan Avent ISIS spectra 3 lebih efisyen jika saya gunakan pada masa ‘breast full’ berbanding ketika tidak penuh. Boleh juga mengepam ketika tidak penuh namun hasilnya hanya separuh dari hasil menggunakan Avent ISIS. Walaubagaimana pun, spectra 3 adalah electric breastpump yang saya amat suka! Amat sesuai sekali digunakan ketika menyusukan bayi, sebelah diberi kepada bayi dan sebelah lagi mengepam susu dengan Spectra 3.
Susuilah anak anda dengan susu ibu kerana susu ibu merupakan makanan terbaik bayi anda.
No comments:
Post a Comment