salam
Teething ataupun gatal gusi kerana gigi bakal tumbuh bagi bayi adalah perkara biasa.
Apakah antara tanda-tandanya?
1. air liur yang banyak
2. bayi mengigit
3. kelakuan bayi seolah-olah hendakkan makanan.
Untuk mengatasi ataupun membantu anak kita yang sedang gatal gusi ini kita boleh berikan dia 'teething tool' di pasaran atau, bolehlah gunakan makanan sumber sayuran untuk dia.
Antara sayuran yang boleh digunakan.
1. carrot- dipotong dan direbus/dikukus.
2. Timun-dipotong
3. buah epal- mentah atau dikukus
4. buah pear-mentah atau dikukus
Tapi hati-hati jika memberikan dia sayuran/buah ini dikuatiri tercekik.
Pastikan anda mengawasi anak anda.
Dan bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, bayi anda mungkin akan mengigit ketika menyusu.
Elakkan memarahi atau berkasar dengannya.
Terangkan dengan baik.
Walauapun dia masih bayi Insya Allah dengan penjelasan dia akan faham
Cara menghentikan penyusuan jika bayi menggigit
1. masukkan jari kelingkin anda ke dalam mulutnya(sama seperti memisahkan bayi dari payudara)
2. picit hidungnya. dia akan membuka mulutnya untuk bernafas.Jangan pula sampai anak lemas.berpada-pada.
Jika bayi anda tetap tidak serik. Apa kata ketika dia mengigit masukkan jari dia sendiri agar yang digigit itu jarinya dan biar dia rasa sakit. Ini yang saya lakukan ketika akif hafiy kuat mengigit.
Selepas diberi gigit jarinya sendiri dia tahu yang perbuatan 'menggigit' itu menyakitkan dan dia menghentikannya.
Sertai dengan penjelasan.
Elakkan mencubit dengan kuat atau menengking bayi anda.
***************************************************************************************
http://www.babycenter.com/0_teething_11243.bc
http://kidshealth.org/parent/general/teeth/teething.html
http://www.kellymom.com/babyconcerns/teething.html
http://www.thenewparentsguide.com/baby-teething.htm
http://www.emedicinehealth.com/teething/article_em.htm
There is no freedom of choice for humans,
if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,
but an obligation to the choice.
Give your child the freedom of choice
if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,
but an obligation to the choice.
Give your child the freedom of choice
Thursday, October 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment