Apabila saya membaca posting ibu-ibu lain tentang masalah penyusuan mereka di forum berkaitan, saya selalu ‘flash back’ pengalaman saya yang tida seberapa itu.
Antaranya
Masalah inverted nipple-puting tenggelam
Kebanyakkan menganggap ia masalah.
Saya ada pengalaman ini.
Jika kita kerap menyusukan bayi perkara ini akan hilang.
Inverted nipple bukan halangan bagi menyusukan bayi.
Bayi menyusu dari payudara bukan dari puting.
Betulkan latch.
Masalah susu tidak keluar pada awal kelahiran bayi
Perkara yang amat normal.
Air susu tidak akan keluar mecurah-curah seperti paip air syabas yang pecah.Ingat itu…
Pada awal kelahiran bayi kolostrum dihasilkan.Memang tidak akan kelihatan ‘susu’
Susukan bayi anda.
Bayi menangis tidak semestinya kerana tiada susu.Mungkin dia masih tidak dapat sesuaikan diri dengan dunia luar.
Masalah-Bila nak start bagi bayi solid food
Bukan masalah sebenarnya
Ikut guideline 6 bulan usianya dia boleh diberi makan lain selain susu ibu.
Bolehlah mulakan dengan bubur nasi kosong lecek/blended.
Bayi meniru kita makan tidak bermakna dia lapar, dia cuma belajar….
Bayi Insya Allah tidak aka jemu jika diberi makan menu makanan yang sama berhari-hari.
(Anak saya tak jemu makan nasi dan tak jemu minum susu ibu!)