if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,
but an obligation to the choice.
Give your child the freedom of choice
Quick Search
Cari@susuibu.com
Thursday, September 13, 2007
Family Planning - Kaedah Kalendar
kaedah kalendar sesuai digunakan utk wanita yg mempunyai kitar haid yg tetap samada 26-30 cycles atau 32-36 cycles.
dlm kaedah ini kita kena kenalpasti waktu subur kita.
cuba lihat blk kitar haid kita dlm masa 4 -6 bulan lepas.
kenalpasti kitarhaid yg terpanjang (cth 30 hari) dan kitar haid terpendek (cth 26 hari) dlm masa 4 -6 bulan tersebut.
cth:
kitar haid terpendek (26) - 14 = 12
kitar haid terpanjang (30) -10 = 20
Jadi antara hari ke 12 hingga hari ke 20 dlm kitar haid anda dikira waktu subur dan precautions kena diambil utk mengelakkan pregnancy (cth kondom atau abstinence)
kitar haid dikira bermula hari pertama haid anda pada bulan ini hinggalah hari sbl dtgnya haid bulan depan.
satu lg kaedah kalendar yg boleh diaplikasikan, katakan kitar haid anda ialah 29-30 hari, so ambik 29 - 14 = 15.15 ini dikira waktu ovulasi.jadi kondom atau abstinence haruslah dilakukan /guna 5 hari sblm dan 5 hari selepas hari ke 15.
ini kerana ovum boleh hidup (viable) selama 3 hari tanpa disenyawakan dan kemudian akan mati dan bersedia utk stimulate next kitar haid...dan sperma pula viable dlm rahim selama 24-36 jam.
Tuesday, September 11, 2007
Menambahkan Susu
makanan/minuman
- WATER CHESTNUT/SENGKUANG CINA
- LONGAN KERING direbus dan minum airnya
- MADU
- JANTUNG PISANG
- PUCUK MANIS
- KUCHAI
- PUCUK BETIK
- BETIK MUDA
- PUCUK BERUAS
- FENUGREEK/HALBA direbus minum air atau dikisar
- LOBAK PUTIH
- HORLICK/OAT
- ALFALFA
- KURMA
- SOYA
- SAWI
- KOBIS
- CARROT
- PEGAGA
- PERIA
- KURMA
- BROCCOLI
- BARLI
- SPIRULINA
- IKAN TENGGIRI
- SEAWEED
Perbuatan
- KERAPKAN MENGEPAM
- MENGURUT
- TANGANI STRESS
dipasaran
- PIL ASI
- SHATAVARI PILS
- MOTILIUM
- MAXOLON
- MILKMAID TEA
- HABATUSSAUDA
- OMEGA 3
sumber Forum susuibu.com
Wednesday, September 5, 2007
Antara Soalan Lazim
Ini adalah antara yang saya dapat melalui internet dan pembacaan.
"Anak saya ntiasa menyusu/kerap menyusu, adakah susu saya tidak mencukupi?"
Susu manusia (jika dibandingkan dengan susu lembu) adalah lebih mudah dihadam. Jangka masa antara satu penyusuan dengan penyusuan yang lain adalah dalam tempoh satu setengah jam hingga 3 jam. Bayi anda juga perlu disendawakan , jadi dia boleh minum dengan lebih banyak.
- Jika bayi berat bayi anda bertambah bermakna dia mendapat susu yang mecukupi.
- Jika dalam tempoh 24 lampin bayi anda basah 6-8 kali (membuang air kecil), dia Insya Allah mendapat susu secukupnya
- Sendawakan dia apabila dia mula memperlahankan hisapannya, dengan cara ini dapat mengejutkan dia dari tidur dan dia akan bangun untuk minum sehingga kenyang.
"Perah/pam tapi susu tak keluar, saya tak ada susu ke"
Memerah dan mengepam memerlukan teknik dan tidak setanding dengan hisapan seorang bayi. Apa yang anda dapat pada kali pertama memerah/mengepam adalah bukan menunjukkan kuantiti sebenar susu anda
- Perahan tangan dan megepam memerlukan latihan untuk anda menguasainya.Kerapkan berlatih
- Mandi air suam ataupun tuam dgn tuala yang dibasahkan denan air suam selama 10 minit sebelum mula memerah.
- Urut payudara anda sebelum memerah
- Guna 'breast pump' yang berkualiti.
"My nipples are sore all the way through the feeding. What can I do?"
Nipple-chewing caused by improper positioning of the baby can cause nipple pain for the duration of the feeding.
- Reposition your baby.
- Make sure your baby is facing your breast, with his/her tummy facing your tummy with the initial latch-on. Bring your baby close to you very quickly before their mouth closes.
- Be certain you are holding your breast behind the areola.
- Wait for your baby to open his/her mouth wide, then quickly pull him in close.
- If the pain continues, remove your baby from your breast and reposition.
- Consult a Lactation Consultant or your physician for support and advice.
"Should I wash my breasts before each nursing?"
No, a daily shower is adequate, but avoid using soap on your breasts. Always wash your hands before feeding or expressing your milk, whether by hand or with a breast pump.
Monday, September 3, 2007
Mother's Diet and Bbaby's Brain Development
Sila rujuk link di atas untuk informasi mengenai pengaruh diet ibu dan perkembangan minda bayi yang disusukan.
Sedikit info tentang link di atas:
- Memberikan informasi tentang kepentingan DHA kepada perkembangan minda bayi
- Memberikan penjelasan tentang kandungan DHA dalam susu ibu.
- Menjelaskan pengaruh diet ibu kepada IQ bayi.
Wednesday, August 15, 2007
Salmon Kukus
Resepi untuk Akif
Bahan2
- 1cm halia dicincang
- 2 ulas bawang putih dicincang
- setangkai daun bawang dipotong kecil2
- butter
- carrot
- broccoli
- ikan salmon
Panaskan steamer pot.
Masukkan semua bahan2 ke dalam bekas tahan panas.
masukkan ke dalam steamer, masak selama 15 minit..
Taraaaaaa siap..sedap
Monday, August 13, 2007
Resepi: Sup lobak putih dengan daging
Bahan-bahan:
- Lobak putih
- Daging
- Bawang putih
- halia
- halba
- Garam
- minyak masak
- air
Cara-cara:
- Panaskan minyak dan tumis (halia,bawang putih dan halba)
- Bila naik bau masukkan daging. Kemudian masukkan air.
- Setelah mendidih masukkan lobak putih.
- Masukkan garam.
- Bila dah empuk sedia untuk dimakan.
Resepi: Steak Lobak Putih
Bahan-bahan
* 5 keping lobak putih (setebal 1.5cm)
* 100gm daging (potong nipis)
* 2sb sos daging bakar/bbq or equavalent
* 1 biji bawang besar(potong bulat)
* sedikit minyak untuk menggoreng
* garam secukup rasa
* 1sk bijan
* 1 biji timun jepun
Cara-cara
1. Kupas kulit lobak putih, balut dengan plastik wrap, masukkan dalam microwave selama 5 minit.
2. panaskan frypan dengan sedikit minyak, goreng lobak putih sedikit keperangan kedua belah. angkat dan letak dalam pinggan.
3. dalam frypan yang sama, goreng bawang besar sampai layu. angkat dan letak atas pinggan.
4. tambah sedikit minyak dalam frypan, goreng daging yang telah digaul dengan garam. agak sudah masak, masukkan sos bbq dan bijan. angkat dan letak atas pinggan.
5. slice timun menggunakan peeler. tabur garam dan biarkan sekejap supaya layu. basuh dan lap air. hiaskan atas pinggan bersama lobak putih dan daging.
Lobak putih adalah salah satu makanan yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu..dan baik untuk kesihatan ginjal.
Monday, August 6, 2007
Artikel dari berita harian online- susu ibu
Kisah Aminah upah Halimatusaadiah sebagai ibu susuan Nabi Muhammad peringatan penting
MUNGKINKAH parahnya penyakit sosial di kalangan masyarakat hari ini adalah akibat meminum susu lembu sebagai ganti susu ibu? Mahu atau tidak, inilah hakikat yang perlu dipertimbangkan semula kerana bijak pandai mengatakan, ‘Kita adalah apa yang kita makan’.
Tidak hairanlah manusia yang dilahirkan, tetapi diberi minum susu lembu memiliki ciri seekor lembu atau kata lain, bersifat kebinatangan. Bunyinya keras, tetapi lihatlah masyarakat hari ini yang lebih ganas daripada binatang liar
Wednesday, July 18, 2007
petu aketika hamil
Petua hendak banyakkan susu selepas bersalin ketika pregnant amalkan,
* take a glass of water
* start with basmalah (3x/10x/100x) and selawat.
* recite Allahs' name "Ya Maatin" 70x (Ya Maatin maknanya Maha Sempurna Kekuatan-Nya)
* end with selawat and basmalah (3x/10x/100x)
* drink with intention to breastfeed.
Bagi kita yang dah lama bersalin ni jom jugalah kita amalkan..Hehehehehe..Amin.
sumber:
Forum susuibu.com
Tuesday, July 17, 2007
risau??
Tidak!Tidak lagi.
Sejak akhir_Akhir-akhir ini saya hanya mampu mendapat kuantiti susu untuk kegunaan keesokan harinya sahaja.Namun saya tidak risau lagi. Saya sudah ada 'agenda' tersendiri. Simple...Yang mana ada yang itu guna..Kalau tak cukup baby sabar ya....
Macam zalim ke?
Saya berpendapat untuk usia anak saya, saya tidak menzalimi dia. Saya telah terangkan kepadanya apa yang kami sedang hadapi.
Susu masih ada. Ada juga hari yang saya mendapat hasil lebih dari pemintaan. Namun tidak lagi mampu membuat stok berpuluh/beratus botol namun bagi saya syukur Alhamdulillah...22 bulan telah kami tempuhi....
Tahukah anda, meningkatkan sesi mengepam merupakan pejana terbanyak dalam usaha saya mencukupkan kuantiti susu yang diperlukan.
Jika anda hadapi masalah kurang EBM tingkatkan usaha mengepam.
Buangkan perkataan malas dalam hidup anda. Anda mampu mengubahnya. (macam iklan TV plak)
Monday, July 16, 2007
Soalan lazim
1. Berapa lama EBM boleh tahan di dalam suhu bilik?
Susu yang baru diperah boleh tahan dalam suhu bilik 26 degree Celsius) selama 6 jam, dan pada suhu 19- 22 degree celsius selama lebih kurang 10 jam. Adalah disyorkan agar kita tidak membiarkan susu perahan berada dalam suhu bilik lebih dari 4 jam kerana kandungan susu ibu bagi setiap ibu adalah berbeza, dan suhu bilik adalah terlalu subjektif.
2. Berapa lama EBM tahan di dalam peti sejuk?
Jika anda tidak menggunakan EBM yang segar dalam tempoh 4 jam selepas perahan susu tersebut hendaklah disimpan di dalam peti sejuk. Susu perahan boleh disimpan di dalam peti sejuk (0- 4 degree celsius) selama 8 hari. Jika anda was-was cukuplah selama24 jam.
3. Berapa lama EBM beku tahan disimpan di dalam peti ais?
- Bagi peti ais 2 pintu- 3 bulan
- Peti ais satu pintu- 2 minggu
- Deep freezer- 6 bulan
4. Apakah bekas penyimpanan terbaik untuk menyiimpan EBM.
Menurut pembacaan saya botol susu diperbuat dari kaca adalah yang terbaiknamun, susah hendak dikendalikan. Jadi kita boleh simpan EBM dalam
- Botol susu biasa
- Disposable liner (avent/playtex/medela/spectra etc)- Diikat dengan rubber band. Untuk penyimpana jangka masa lama eloklah di 'double' liner.
- Disposable cup (example; avent)
- Ada yang menyimpan di dalam bekas puding, sebelum digunakan bekas ini eloklah kiranya disterile terlebih dahulu.
- Penyimpanan di dalam plastik 'ais krim malaysia' adalah tidak digalakkan kerana diragui kebersihannya.
5. Berapa kuantiti EBM setiap bekas?
Isikan dalam kuantiti 2-4oz setiap bekas. ( Bagi mengelakkan pembaziran)
6. Susu mana hendak digunakan dahulu?
FIFO..First In First Out. Labelkan setiap EBM.
cara memberi bayi minum EBM
Berikut adalah cara memberi bayi minum EBM yang boleh kita praktikkan.
- syringe feeding - This is a good method to be sure a baby is getting food in the early days if it is clear the baby will need help getting his nutrition or if the baby is showing distress at the breast. The volume of colostrum is small and feeding the baby by syringe at the breast can assure he is getting enough. He feels successful at the breast as the underlying difficulties are being identified and fixed without the pressure to continue with a poor position or latch. It is often a short term tool, but can be used long term. It is the tool of choice for The Lactation Institute for babies who are not yet able to breastfeed exclusively
- spoon feeding - If baby has to be fed away from the breasts a spoon can be used. In the early days when the baby is receiving a small volume of colostrum or milk. The spoon does not dwarf the volume and allows for slow and steady feeding. One spoon can be placed near the baby's lips and another spoon used to pour the colostrums or milk into the spoon. A medicine spoon can also be used. Boleh juga guna botol bersudu. Di Jusco pun sudah ada jual jenama tollyjoy
- cup feeding - Cup feeding can work, even for a newborn. It is a good method for providing milk without introducing artificial nipples. For cup feeding milk is placed in a small, smooth rimmed, shallow cup. The infant can sip the milk from the cup that is placed at his lips. There are specially designed cups for cup feeding an infant or small medicine cups work well too. Medela makes a specialty feeding device called a SoftFeeder^(TM) for use when cup feeding is recommended. It is made from soft silicone and has a special reservoir that controls fluid. Some mothers use this long term when a baby needs milk in another way than direct from the breasts.
- finger feeding - The finger feeding method involves a tube or syringe that delivers milk to the baby. It can be the tube of a supplemental feeding device or a special one made by Medela called The HazlebakerTM FingerFeeder. In the case of the tube, a small flexible tube is connected to a container of milk--think of it as a small soft drinking straw. It can be taped on a caregiverfs finger. The baby sucks on the finger and receives milk. When using a feeding syringe the baby sucks on the caregiver's finger and the milk from the syringe is released to run down the finger feeding the baby. These methods work well for incorporating suck retraining and other oral motor therapies
- nipple shield -A nipple shield is a thin silicon disk with a nipple that is placed over the motherfs nipple. Nipple shields have been around for a long time. However the ancestors of todayfs thin flexible ones were not very effective. The older models did not have much flexibility and didn't allow for much milk transfer and breast stimulation. The reputation has remained to plague today's models. Nipple shields can be effective tools. Using nipple shields can result in keeping a baby happy at the breasts who would otherwise become frustrated, overwhelmed, or disinterested in the breast. Many babies need to have a supplemental feeding device in place either over or under the shield to keep the milk flow steady for them depending on why the nipple shield is needed. It is important that he gets the quantity of milk he wants at the flow rate he finds most enjoyable though, or he will quickly reject the shield, and perhaps the breast as well. Other mothers find their babies relax into nursing when they use a nipple shield to moderate mothers too-fast milk flow.
Some other babies who do well on nipple shields are ones that are confident with bottle feeding but not breast feeding. A nipple shield may help them become more confident at the breast because the shield feels more like the bottle nipple they are used to.
There are other reasons to use a nipple shield. - bottle and nipple feeding - Ini yang selalu orang kita guna dan selalu menjadi fikiran sempit bila berdepan dengan botol dan puting ini. Kalau anak menolak puting tiruan cubalah cup feeding, syringe feeding, spoon feeding.
p/s: Ketika di Taska anak saya menggunakan botol bersudu untuk minum EBM.
Friday, July 6, 2007
Mengepam
Untuk meningkatkan kadar penghasilan susu, salah satu caranya ialah kerapkan stimulasi..
Bagaimana?
Kerap memberi bayi menghisap ataupun boleh kerapkan mengepam.
Berapa kali sehari?
Bagi ibu yang tidak bekerja tiada masalah dalam hal menyusukan bayi kerana anda akan sentiasa bersama bayi anda namun bagi ibu-ibu bekerja yang komited dengan penyusuan susu ibu, kekerapan mengepam/memerah susu merupakan langkah yang bijak bagi membantu meningkatkan kuantiti susu yang terhasil.
Cadangan saya,
Ketika di pejabat/tempat kerja pamlah 3 kali sehari dan di rumah juga 3 kali. Total 6 kali.
Sela masa bagi sesi pengepaman di pejabat,
2-3 jam sekali 10-25 minit setiap sesi.
Manakala di rumah pula,
- Waktu subuh
- Waktu maghrib (lepas maghrib)
- Lewat malam
Bila pula hendak menyusukan bayi secara direct?
- Ketika mengepam
- Mengikut pemintaan bayi.
Apa yang saya lakukan,
Saya mengikut situasi, ada masa anak saya ‘benarkan’ saya mengepam ketika susukan dia ada masa dia tidak ‘izin’.
Haruslah kita faham bayi merupakan ‘pelakon utama’ dalam ‘filem’ ini, jadi kita perlu pertimbangkan ‘perasaan’ dia.
Berapa kali direct feeding?
Bergantung kepada keadaan, bagi kes anak saya 4-7 kali bagi hari bekerja dan ‘uncountable’ bagi hujung minggu.
Berapa lama?
Anak saya 10 minit hingga 2 jam.
p/s:Ditulis berdasarkan pengalam sendiri.
Tuesday, July 3, 2007
My Fvorite Breastpump
Nak menulis tentang my favorite breastpump.
1. Avent ISIS.- Memang bagus pam ini. Kalau mengepam waktu breast ‘full’ memang sekejap sahaja boleh dapat 9oz, dan walaupun mengepam waktu tidak ‘full’ pun tetap boleh pump out 5-6oz. Cara menggunakannya amat mudah dan senang dibawa ke mana sahaja. Jika anda rasa lenguh mengepam, anda boleh juga berlatih menggunakan kedua-dua belah tangan anda. Saya sudah mampu mengepam menggunkan salah satu tangan, kiri atau kanan. Betullah ‘practice make perfect’. Saya sangat ‘enjoy’ menggunakan pump ini. Dengan menggerakkan jari jemari anda ‘pressing’ ‘handle pump ini sedikit sebanyak dapat juga kita ‘aktifkan’ otak kiri dan kanan kita. Hehehehehe.
2. Spectra 3 – Pump ini jenis elektrik. Juga amat mudah dikendalikan. Cuma bagi saya jika mengepam sewaktu ‘breast full’ paling ‘mujarab’, paling selesa. Berbeza dengan Avent ISIS spectra 3 lebih efisyen jika saya gunakan pada masa ‘breast full’ berbanding ketika tidak penuh. Boleh juga mengepam ketika tidak penuh namun hasilnya hanya separuh dari hasil menggunakan Avent ISIS. Walaubagaimana pun, spectra 3 adalah electric breastpump yang saya amat suka! Amat sesuai sekali digunakan ketika menyusukan bayi, sebelah diberi kepada bayi dan sebelah lagi mengepam susu dengan Spectra 3.
Susuilah anak anda dengan susu ibu kerana susu ibu merupakan makanan terbaik bayi anda.
Tuesday, June 26, 2007
Bio-Faktor Susu Ibu
- Bio-faktor susu ibu
Mengandungi pelbagai protein, lemak, karbohidrat dan mineral yang saling ‘bekerjasama’
EMPAT bulan pertama selepas kelahiran adalah saat paling penting dalam kehidupan setiap bayi dan kekurangan walau satu nutrien dalam tempoh ini boleh menjejaskan perkembangan si kecil, terutama sekian sistem saraf dan imun.
Secara umumnya bayi memerlukan sekurang-kurangnya 30 jenis nutrien yang boleh diperoleh secukupnya dalam susu ibu. Susu ibu mengandungi pelbagai jenis protein, lemak, karbohidrat dan mineral yang saling ‘bekerjasama’ dan gabungan ini dikenali sebagai bio-faktor.
Walaupun kebaikan susu ibu diketahui sejak zaman berzaman, banyak perkara masih menjadi misteri kepada pakar perubatan dan saintis, terutama mengenai komposisi kandungannya yang berubah-ubah mengikut keperluan bayi.
Secara umumnya susu (sama ada susu manusia atau haiwan, terutama lembu) ada banyak jenis protein yang dipanggil protein casein dan whey. Berbanding dua jenis protein ini, protein whey dianggap lebih baik kerana ia mudah dihadam.
Sehingga kini banyak kajian dilakukan ke atas susu ibu, terutama terhadap kandungan proteinnya dan antara yang istimewa ialah penemuan komponen utama protein whey iaitu alfa-laktalbumin (protein alfa).
Apa keunikan protein alfa? Ia sejenis protein mudah larut yang membabitkan banyak jenis asid amino perlu seperti triptofan, sistein dan leusin. Semua asid amino ini memainkan banyak fungsi penting dalam memastikan tumbesaran dan perkembangan bayi berlaku dengan sempurna.
Tidak kira bagaimana corak pemakanan si ibu, kajian menunjukkan susu dihasilkan secara umumnya mengandungi kandungan protein alfa yang lebih kurang sama di seluruh dunia, kata Pensyarah Jabatan Sains Makanan dan Nutrisi Manusia, Universiti Illinois, Profesor Eric Louis Lien.
“Keperluan protein bayi adalah sangat khusus. Kekurangan satu jenis amino asid boleh menjejaskan perkembangan mereka secara keseluruhan. Setakat ini, hanya susu ibu boleh membekalkan semua keperluan bayi dan belum ada susu formula dapat menandinginya.
“Susu ibu ada komposisi asid amino yang tepat mengikut umur bayi. Ini sebabnya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan wanita menyusukan bayi secara eksklusif sekurang-kurangnya enam bulan supaya anak mendapat semua manfaat yang diperlukan dalam tempoh awal kehidupan mereka,” katanya.
Uniknya, kandungan susu, khususnya protein alfa, tidak banyak berbeza, walaupun corak pemakanan tidak sama. Kajian ke atas 450 sampel susu ibu dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Jepun, Filipina, Chile, Kanada, China dan Mexico mendapati tahap protein alfa agak sama, iaitu dengan purata 2.5 g/l.
Perbezaan diet (contohnya bagi wanita Kanada yang banyak makan daging dengan wanita China (nasi dan sayur-sayuran) tidak menunjukkan perbezaan ketara kandungan protein alfa dalam susu ibu.
Bagaimanapun, Dr Lien tidak menolak amalan pemakanan yang sangat buruk boleh menjejaskan kualiti susu ibu, terutama paras protein, sesetengah jenis vitamin dan mineral.
Namun, perkara ini jarang berlaku kerana kebanyakan wanita kini mempunyai kesedaran tinggi terhadap penjagaan makanan ketika mengandung.
Namun, bukan semua wanita dapat menyusukan anak secara eksklusif selama enam bulan. Ramai ibu bekerja beralih kepada susu formula sebagai makanan alternatif sementara mereka di pejabat dan kembali memberi susu badan apabila pulang ke rumah.
Tindakan ini disifatkan amalan baik kerana bayi masih boleh mendapat manfaat susu ibu. Untuk menyaingi kebaikan susu ibu, kebanyakan pengusaha terpaksa meningkatkan tahap protein.
Dr Lien berkata, secara umumnya susu ibu mengandungi 60 peratus protein whey dan 40 peratus protein casein, manakala susu lembu mengandungi 20 peratus protein whey dan 80 peratus protein casein.
Dalam susu formula (susu lembu) kandungan protein alfa hanya sekitar 0.5 g/l dan 1.3 g/l (dalam susu formula diperkaya protein whey) berbanding 2.4 g/l dalam susu ibu.
Untuk menyamai kebaikan susu ibu, pengusaha cuba meningkatkan kandungan protein dalam susu formula. Kandungan protein susu formula biasanya lebih tinggi (antara 14 hingga 18 g/l) berbanding hanya 9 hingga 11 g/l dalam susu ibu.
Namun, kandungan protein berlebihan ini ada keburukannya kerana boleh menyebabkan beberapa masalah atau tekanan kepada sistem pencernaan dan organ bayi yang masih kecil untuk bekerja lebih kuat.
Malah, kajian dilakukan untuk membandingkan kesan ketoleranan usus (GI) antara susu ibu dan formula. Didapati bayi yang diberikan susu ibu tidak banyak mengalami masalah GI seperti sembelit, sakit perut, asid refluks, perubahan pada najis, cirit-birit, gangguan pada rektum (bahagian akhir usus besar) dan keradangan usus.
Justeru, kata Dr Lien, wanita perlu menyusukan bayi mereka sekurang-kurangnya enam bulan secara eksklusif dan penyusuan boleh diteruskan selagi terdaya kerana walaupun selepas dua tahun, susu ibu masih banyak khasiatnya.
>Kesan protein berlebihan
Tekanan metabolik.
Muatan berlebihan ke atas buah pinggang bayi.
Insulinogenik (berlebihan asid amino merangsang badan menghasilkan lebih banyak insulin, sedangkan ia tidak diperlukan).
Mengubah kandungan air dalam badan.
Kemungkinan mengalami obesiti.
- Artikel ini di 'copy' dari forum www.susuibu.com
Saturday, June 9, 2007
Update
Sudah lama saya tidak mengemaskini blog ini. Sibuk dan tiada pengalaman sesuai untuk dikongsikan.
Tuesday, May 22, 2007
Anak Tak Mahu Menyusu Terus Dari Ibu
Ada masalah ini?
Kaji,
- Ada tukar sabun?
- Ada tukar perfume?
- Ada tukar sabun pencuci pakaian?
- Pernah marah bayi anda?
- Puting anda bermasalah?
Adakala bayi hanya sekadar 'ubah selera'..
ANak saya pernah buat perangai tak mhu 'direct feeding'
saya tetap paksa dia. Dia marah.
Saya pula buat-buat merajuk, tidak mempelawa....Dan akhirnya dia sendiri meminta. Ketagih agaknya.
Anak Tak Mahu EBM
Anda pernah alaminya?
Saya?YA..Saya pernah.
Anak saya memang tidak minum susu formula.Jadi masalah sukakan susu formula tidak ada.
Apa yang saya buat bila anak saya menolak EBM.
1. Anak saya tidak suka puting tiruan. Kami berikan dia botol bersudu...
2. Anak saya mogok EBM. EBM tidak diberikan langsung sehingga dia sendiri memintanya.
Adakala anak kita tak mahu EBM kerana dia sudah kenyang makan makanan lain..bubur nasi/roti.
Bagi kanak-kanak yamg sudah mengambil makanan pejal, mungkin selera terhadap susu perahan sudah berkurang. Kalau hendak dipastikan, bolehlah kurangkan kuantiti 'solid food' banyakkan EBM....hehehehe

Dapat dari forwarded Email 