There is no freedom of choice for humans,
if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,
but an obligation to the choice.
Give your child the freedom of choice

Quick Search

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Monday, July 16, 2007

Soalan lazim

1. Berapa lama EBM boleh tahan di dalam suhu bilik?

Susu yang baru diperah boleh tahan dalam suhu bilik 26 degree Celsius) selama 6 jam, dan pada suhu 19- 22 degree celsius selama lebih kurang 10 jam. Adalah disyorkan agar kita tidak membiarkan susu perahan berada dalam suhu bilik lebih dari 4 jam kerana kandungan susu ibu bagi setiap ibu adalah berbeza, dan suhu bilik adalah terlalu subjektif.

2. Berapa lama EBM tahan di dalam peti sejuk?

Jika anda tidak menggunakan EBM yang segar dalam tempoh 4 jam selepas perahan susu tersebut hendaklah disimpan di dalam peti sejuk. Susu perahan boleh disimpan di dalam peti sejuk (0- 4 degree celsius) selama 8 hari. Jika anda was-was cukuplah selama24 jam.

3. Berapa lama EBM beku tahan disimpan di dalam peti ais?

  • Bagi peti ais 2 pintu- 3 bulan
  • Peti ais satu pintu- 2 minggu
  • Deep freezer- 6 bulan

4. Apakah bekas penyimpanan terbaik untuk menyiimpan EBM.

Menurut pembacaan saya botol susu diperbuat dari kaca adalah yang terbaiknamun, susah hendak dikendalikan. Jadi kita boleh simpan EBM dalam

  • Botol susu biasa
  • Disposable liner (avent/playtex/medela/spectra etc)- Diikat dengan rubber band. Untuk penyimpana jangka masa lama eloklah di 'double' liner.
  • Disposable cup (example; avent)
  • Ada yang menyimpan di dalam bekas puding, sebelum digunakan bekas ini eloklah kiranya disterile terlebih dahulu.
  • Penyimpanan di dalam plastik 'ais krim malaysia' adalah tidak digalakkan kerana diragui kebersihannya.

5. Berapa kuantiti EBM setiap bekas?

Isikan dalam kuantiti 2-4oz setiap bekas. ( Bagi mengelakkan pembaziran)

6. Susu mana hendak digunakan dahulu?

FIFO..First In First Out. Labelkan setiap EBM.

2 comments:

Anonymous said...

jika peti ais satu pintu dan nak unfreez peti ais tersebut, nak simpan dimana susu2 EBM tersebut.

b/mana fid lakukan...

Fid said...

saya guna yg tak de frze(org panggil apa mende salji nih?)

sblm tu dalam 3 bulan juga la guna yg jenis kena defroze tu..
apa saya buat
kalau saya defroze saya pindahkan ke taska or simpan kat opis..hehehe