There is no freedom of choice for humans,
if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,
but an obligation to the choice.
Give your child the freedom of choice

Quick Search

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Sunday, June 29, 2008

Dari seorang 'daddy'

Dari seorang Daddy

please click HERE

Monday, June 23, 2008

Anak mengamuk ketika menyusu

Mungkin antara kita ada megahadapi 'masalah' ini.
Anak mengamuk ketika menyusu

Dan selalunya ibu-ibu menyimpulkan anak menangis kerana tiada susu/susu tak banyak.

Sebelum membuat sebarang kesimpulan sila periksa perkara-perkara berikut:

  • adakah payudara anda bengkak/keras?
  • adakah tiada langsung susu yang keluar?

Dari pengalaman dan pembacaan saya, anak mengamuk BUKANLAH kerana tiada susu tetapi kerana terlalu banyak susu sehingga dia tidak mampu menelannya.

Macam tak percaya kan?

Apakah tindakan yang boleh kita lakukan?

Jika benar anda mempunya banyak susu, susu ini akan mengalir laju ke dalam mulut anak jadi dia akan marah kerana memenatkan/memaksa dia menelan.

Antara tindakan yang boleh diambil,

1. Kepit sedikit 'nipple' anda ketika anak menyusu.

2. Pump dahulu sebelum susukan.

Taska dan penyusuan susu ibu

Bagi ibu yang bekerja, sokongan padu dari pihak taska juga merupakan faktor penting bagi menjayakan penyusuan susu ibu buat si kecil.

Ketika mencari taska pastikan anda menyediakan beberapa soalan tentang 'breastfeeding'

1. Adakah taska ini mahu menguruskan EBM
jika ya
2. Tanyakan bagaimana mereka menguruskannya. Nyatakan yang anda bukannya tidak percaya tetapi anda perlukan kepastian.
jika tidak
2. cari taska lain.

3. Tanyakan kepada para pengasuh/penyelia taska, cara bagaimana yang mereka inginkan.
Ini bagi kes simpan EBM bukan di dalam botol susu (liner/bekas puding etc)

4. Terangkan 'polisi' penjagaan anak anda.

5. Bertanya perkembangan bayi anda.
Tapi jangan terlalu cerewet.

Dari perbualan saya dengan pengasuh-pengasuh akif, mereka sebenarnya boleh mengikut 'polisi' kita jika kita sendiri juga mengikutnya. (ini suruh orang buat tapi kita tidak)

Good luck

Tuesday, June 17, 2008

Solid food or not?

Saya ingin berkongsi artikel ini bagi ibu-ibu yang masih di dalam dilema tentang memperkenalkan solid food.
Bacalah artikel di bawah ini.
Happy reading!

(klik ayat dibawah)

Many of you will be concerned that your baby is hungry just taking milk. Remember, milk is food, not just a drink. If your baby has ever spit up on you several hours after a bottle or nursing, you know that there is solid in his stomach. That's because even though the milk is liquid, it has protein in it

Kenapa ‘cereal’ tidak patut diberi melalui botol?

  • Ketika berusia 4 bulan(yang menyusu susu formula) -6 bulan(yang menyusu susu ibu), bayi akan mula bersedia untuk makan dengan cara disuap menggunakan sudu ataupun tangan(bukan botol berputing). Ini adalah langkah penting untuk setiap bayi pelajari. Memberi bayi makan cereal menggunakan botol dan puting menghalang bayi dari mempelajari pelajaran penting ini.
    Makanan pejal adalah sesuatu yang perlu dikunyah dan ditelan bukan dihisap.
  • Memberi bayi makan cereal menggunakan botol berputing juga boleh menyebabkan bayi anda tercekik kerana, anda pasti akan membesarkan lubang puting bagi membolehkan cereal melaluinya.
  • Mencampurkan cereal ke dalam susu dan diberi menggunakan botol berputing boleh menyebabkan anda memberi bayi anda makan berlebihan dari keperluannya. Ini boleh menyebabkan bayi anda obesiti ataupun kesan sampingan terhadap sistem penghadamannya.
    Bayi anda juga mungkin akan mengalami masalah sembelit.

2 tahun 9 bulan


Alhamdulillah, Akif sudah 2 tahun 9 bulan.

Tuesday, June 10, 2008

update on susu yang akif minum sekarang

Alhamdulillah 7 hari lagi genaplah usia akif hafiy 2 tahun 9 bulan.
Dah besar dah!

Sedikit update tentang susu/sumber kalsium yang diminum oleh akif.

Akif masih lagi breastfeed.
Namun, ketika mummy bekerja, di taska dia akan minum,
1. Susu kotak (dutch lady full cream 250ml)
2. Milo kotak untuk kanak-kanak (yang kotak kecil-kecil 125ml/kotak)

Ketika di rumah,
1. Breast-milk
2. Calsiyum
3. Yakult

Dia memang suka minum air masak.
Air sirap pun sudah ‘boleh’ diminum.

Monday, June 9, 2008

berpantang sendiri

Dari pengamatan saya, seluruh rakyat Asia memang beranggapan apabila lepas bersalin/dalam tempoh berpantang mesti dijaga oleh ibu-bapa sendiri ataupun mertua.

Namun, sejajar dengan kemajuan teknologi kita juga harus ingat berpantang boleh dilakukan sendiri. Hanya suami dan isteri (tidak perlu ibu bapa)

Ketika saya melahirkan Akif, semua tugasan menjaga kami dilakukan oleh suami saya.
Emak saya memang ada datang tapi sekadar ‘datang melawat’ dan menunjuk ajar serba sedikit.

Suami saya akan bangun awal pagi meyiapkan semua kerja rumah, cuci pakaian, sidai, kemas rumah dan sebagainya. Kemudian memasak nasi. Lauk saya sediakan sendiri.
Ketika 2 minggu pertama, suami juga yang memandikan Akif.

Apabila saya sudah ‘kuat’ (dalam 2 minggu selepas bersalin) saya turut membantu suami.
Dan apabila sudah habis pantang, kami melakukan kerja rumah dan menjaga anak bersama-sama.

Dan Alhamdulillah hingga ke hari ini kami bekerjasama melakukan kerja-kerja rumah.

Kesimpulan,
Kita boleh berpantang sendiri dengan syarat ada kerja sama antara suami dan isteri. Zaman sekarang ini juga sudah ada orang yang menawarkan khidmat menjaga orang berpantang. Jika ada budget berlebihan bolehlah.

Friday, June 6, 2008

Harga susu dipasaran naik, berikanlah susu ibu.PERCUMA!

Assalammualaikum

Satu Malaysia tergempar dengan pengumuman kenaikkan harga petrol sebanyak 78 sen.Malahan sebelum itu kita dikejutkan dengan kenaikan harga beras yang tiada noktahnya.

Bagi kita yang berkeluarga setiap kali kenaikan harga keperluan asas diumumkan pasti kita akan mula mengira budget bulanan.Betul tak?


Sepertimana kita ketahui, sebelum ini harga makanan berasaskan tenusu juga melambung harganya.Harga susu juga meningkat tanpa sempadan.Ramai ibu bapa mengeluh harga susu anak mahal, budget bulanan tersasar.

Maka dengan itu saya menyeru, susukanlah anak anda dengan susu ibu.
Insya Allah free seumur hidup!

Bagi saya, wang/duit merupakan motivasi terbaik buat saya. Saya akan berusaha untuk mendapatkan wang dan berusaha untuk menjimatkan wang. Jadi dari pengalaman saya, menyusukan anak memang menjimatkan wang.
Tidak perlu memikirkan tentang budget bulanan untuk susu.

Jika anda belum mencubanya anda WAJIB cuba...Susukan anak anda dengan susu ibu.

SUSU IBU ADALAH MAKANAN TERBAIK BAYI ANDA

Tuesday, June 3, 2008

Tidak perlu memaksa anak makan


Pada pandangan saya, kita tidak perlu memaksa anak kita makan sesuatu yang dia tidak mahu/tidak suka.


Dengan syarat, kita menjaga pemakanannya sejak dari lahir lagi.


Berikan dia susu ibu sahaja dalam tempoh 6 bulan pertama kelahirannya ke dunia.

Makanan pejal(solid food) hanya boleh diberikan apabila umurnya mencecah 6 bulan.

Tidak semestinya setelah berusia 6 bulan wajib diberi makanan pejal. Monitor perkembangan anak anda. Dapatkan nasihat pakar berkaitan jika perlu.


Apabila anak sudah mula makan makanan pejal, masaklah sendiri makanan untuk anak anda.


Mulakan dengan bubur nasi kosong, puree buah-buahan atau sayur-sayuran.


Dari pengalaman saya,

anak kami memang suka makan nasi kosong dan minum air kosong/air masak.

Namun setelah berusia 2 tahun lebih dia sudah mula menunjukkan minat terhadap makanan lain.


Sebagai contoh, dia tidak sukakan buah-buahan tetapi kini sudah mula makan buah-buahan: pisang(paling digemari-kami belikan dia pisang berangan atau pun pisang mas/emas) dan buah epal (dia sebut a-pol).


Anak kami memang masih 'bencikan' sayur namun saya tetap pastikan dalam makanannya ada sayur. Saya sagat/potong kecil-kecil/cincang sayuran dan dijadikan bahan perasa sup/mi untuknya.


Roti pula, tidak dipelawa kepadanya tapi saya nantikan dia memintanya, dan selalunya jika dia nampak ada roti dia akan minta.


Dia juga sudah mula berminat dengan coklat dan ais krim.

Namun kami masih boleh mengawal pengambilan makanan-makanan ini.


Sunday, June 1, 2008

Membentuk disiplin anak

Pada pandangan saya, pembentukkan disiplin anak wajib kita mulakan sejak dari kecil lagi.

Hari ini saya agak terkedu mendengar jiran-jiran menegur saya tentang 'kawalan' saya terhadap akif.
Selang sebuah rumah dari rumah kami ada majlis kenduri...Maka persediaannya mengambil masa 4 hari.

Jadi kami anak beranak pun berkunjunglah.
Walaupun belum hari kemuncak tetap ada jamuan makan.
Akif seperti biasa amat teruja dengan makanan luar.(mmmm...)

Tetapi hari ini dia mengambil keputusan untuk makan berjalan.
Dan sesungguhnya mummy tidak boleh memberi dia peluang melakukan sedemikian.

Ketika itulah suara-suara sumbang menegur saya tentang 'strict'nya saya dengan anak saya.

Mereka menyatakan anak mereka dahulu pun seperti akif.
Bagi saya ..saya masih ada ruang untuk betulkan disiplin..adat ..sopan santun anak saya.
Jadi biar saya bertegas sekarang.Biar nampak 'strict' sekarang jangan saya dipersalahkan kelak.

Cadangan:
1.Boleh mendenda anak jika dia melakukan kesalahan berulang, tapi didahului dengan penerangan yang jelas tentang kesalahannya.

2. Kanak-kanak yang sedang membesar ini memang banyak kerenahnya, jadi kita harus buka minda kita, banyakkan mengkaji perangai dan tingkah laku anak kita. Kalau rajin buat nota.

3. Mendisiplinkan anak memang tanggungjawap kita

Mencabar sungguh menjadi ibu bapa.