Pada pandangan saya, kita tidak perlu memaksa anak kita makan sesuatu yang dia tidak mahu/tidak suka.
Dengan syarat, kita menjaga pemakanannya sejak dari lahir lagi.
Berikan dia susu ibu sahaja dalam tempoh 6 bulan pertama kelahirannya ke dunia.
Makanan pejal(solid food) hanya boleh diberikan apabila umurnya mencecah 6 bulan.
Tidak semestinya setelah berusia 6 bulan wajib diberi makanan pejal. Monitor perkembangan anak anda. Dapatkan nasihat pakar berkaitan jika perlu.
Apabila anak sudah mula makan makanan pejal, masaklah sendiri makanan untuk anak anda.
Mulakan dengan bubur nasi kosong, puree buah-buahan atau sayur-sayuran.
Dari pengalaman saya,
anak kami memang suka makan nasi kosong dan minum air kosong/air masak.
Namun setelah berusia 2 tahun lebih dia sudah mula menunjukkan minat terhadap makanan lain.
Sebagai contoh, dia tidak sukakan buah-buahan tetapi kini sudah mula makan buah-buahan: pisang(paling digemari-kami belikan dia pisang berangan atau pun pisang mas/emas) dan buah epal (dia sebut a-pol).
Anak kami memang masih 'bencikan' sayur namun saya tetap pastikan dalam makanannya ada sayur. Saya sagat/potong kecil-kecil/cincang sayuran dan dijadikan bahan perasa sup/mi untuknya.
Roti pula, tidak dipelawa kepadanya tapi saya nantikan dia memintanya, dan selalunya jika dia nampak ada roti dia akan minta.
Dia juga sudah mula berminat dengan coklat dan ais krim.
Namun kami masih boleh mengawal pengambilan makanan-makanan ini.
2 comments:
allu.. ive been ur silent reader.. really like the topics dat u posed up.. byk membantu! especially bab breastfeeding! =D
babydragonfly
thank u kerana sudi membaca
Post a Comment