Anak mengamuk ketika menyusu
Dan selalunya ibu-ibu menyimpulkan anak menangis kerana tiada susu/susu tak banyak.
Sebelum membuat sebarang kesimpulan sila periksa perkara-perkara berikut:
- adakah payudara anda bengkak/keras?
- adakah tiada langsung susu yang keluar?
Dari pengalaman dan pembacaan saya, anak mengamuk BUKANLAH kerana tiada susu tetapi kerana terlalu banyak susu sehingga dia tidak mampu menelannya.
Macam tak percaya kan?
Apakah tindakan yang boleh kita lakukan?
Jika benar anda mempunya banyak susu, susu ini akan mengalir laju ke dalam mulut anak jadi dia akan marah kerana memenatkan/memaksa dia menelan.
Antara tindakan yang boleh diambil,
1. Kepit sedikit 'nipple' anda ketika anak menyusu.
2. Pump dahulu sebelum susukan.
No comments:
Post a Comment