There is no freedom of choice for humans,
if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,
but an obligation to the choice.
Give your child the freedom of choice

Quick Search

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Tuesday, September 30, 2008

terkenang

Saya tertarik dengan satu topik kat forum susuibu.com tentang pengurusan EBM yang terlalu banyak...
Terkenang..kisah hampir 3 tahun yang lalu...
start masuk kerja..kat office sahaja dapat 40oz..kat rumah 16oz...
Dan time merudum dapat 4oz sahaja....
Alahai....

moral:time susu mewah ini..Kumpullah EBM sebanyak yang mungkin....

komen saya kat forum adalah sepeti di bawah:
dear mommies
saya bukan nak riak ke apa ya
just nak share...

masa saya baru start kerja dulu...3 thn lepas la..pam susu 5X kat opis...dalam tempoh 8 jam tu..
saya dapat EBM time pam kat opis saja...10 botol X 4 oz...
maknanya 40oz....
saya pernah post /open topik susu terlalu bnyk kat forum ni..at that time hahahaaa

then pam kat rumah 2X...16oz...so..total satu hari saya dapat 56oz..macam tipu ja bunyinya...
dari peti ais sepintu upgraded 2 pintu...dari guna botol tukar guna disposable liner...
anak saya reverse cycling..then ada plak time sehari 10-12 botol..dan macam2 lagi ikut selera dia....

Dan....tak ingat bila..tapi pernah terjadi dari 56oz sehari jatuh tergolek 4oz!

so time mewah ni....kena kumpul bnyk2....

Saturday, September 27, 2008

Salam

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Tuesday, September 23, 2008

cooler bag save budget

Komen saya kat forum susuibu.com
Rasa relevan untuk diletakkan di blog ini

just nak share satu cerita tentang cooler bag

1.bag bentou/cooler/hot bag yang jual kat kedai hinode rm5 sahaja...
saya ada ni...saya kalau nak gi beli cheesse/butter etc akan bawa beg ni...
Alhamdulillah tahan beku/sejuk
kalau diletak chiller(techni ice lagi tahan....)
so kalau ada yang nak save budget bleh beli cooler bag ni rm5..tapi beli dua...doublekan..Insya ALlah tahan...
chiller guna techni ice combine dgn brite ice..tapi beg ni tak muat la nak masuk pam sekali....
setakat 6 botol ebm je la..hiks

2.cooler bag cap tesco..rm4 ke rm5 ntah...(saya dpt free 2 lagi hahaha)
itu pun tahan....
saya pernah bawa guna beg tu...memang tahan....
so bleh combine dgn beg rm5 hinode etc...

1. dan 2. utk yang nak save budget...

Thursday, September 18, 2008

3 tahun

3 tahun (17 hari sebelum genap 3 tahun masihi)

3 bulan

4 bulan..sedap dia tidur

3 tahun sudah berlalu
Akif sudah 3 tahun
Alhamdulillah

Wednesday, September 17, 2008

frozen EBM and fresh EBM...what does it taste like

petikan dari komen mama moderator susuibu.com

Susu ibu mengandungi pelbagai komposisi. Warna, bau dan rasa secara umumnya sama tapi ada sedikit kepelbagaian bergantung kepada keadaan semasa seperti pemakanan ibu, waktu penghasilan susu dan pelbagai lagi aktiviti berkaitan dengan ibu.

Antara faktor yang boleh merubah rasa, warna dan bau susu ibu. Antaranya:
1. Rasa susu boleh berubah mengikut pemakan ibu. Apabila ibu memakan bawang putih contohnya, susu ibu akan mengandungi sedikit perubahan rasa. Ada kajian yang dibuat, rasa ini amat digemari oleh sesetengah bayi.

2. Ibu yang baru selesai melakukan senaman yang berat boleh merubah rasa susu kerana asid laktik boleh meresap masuk ke dalam susu ibu.

3. Ibu yang mengambil alkohol juga boleh merubah rasa susu yang dihasilkannya.

4. Warna susu juga boleh berubah mengikut pemakanan ibu. Mungkin ada yang terbaca bagaimana tini007 pernah melakukan eksperimen ini terhadap susu yang dikumpulkannya. Apabila beliau mengambil banyak sayuran hijau, susunya juga menjadi agak kehijaun.

5. komposisi dalam susu ibu itu sendiri juga boleh merubah bau dan rasa susu ibu. Contohnya, enzim Lipase yang penting untuk menghuraikan lemak dalam susu ibu, jika berlebihan (benar bagi sesetengah ibu) boleh menyebabkan susunya berbau tengik kerana proses penghuraian berlaku sebaik sahaja susu itu dikumpulkan. Untuk mengatasi masalah ini, susu itu perlu dipanaskan sehingga sedikit sebelum ia mendidih. Proses ini dipanggil 'scald'. kemudian susu tersebut harus terus dibekukan. Proses ini akan menghapuskan enzim lipase dan penghuraian lemak tidak lagi akan berlaku semasa ia disimpan. (di dalam perut bayi masih ada enzim tersebut dan jangan bimbang tentang keperluan bayi untuk menghadamkan susu ini)

6. Cara penyimpanan susu juga boleh menjadi faktor terhadap perubahan bau dan rasa susu yang disimpan.

Apapun keadaan yang berlaku, kebanyakan fenomena ini tidak mendatangkan mudarat terhadap bayi. Namun sesetengah bayi agak lebih memilih. Maka sebagai ibu kita wajar prihatin terhdap permintaan bayi kita dengan mengambil langkah sewajarnya.

Rujukan:
http://www.kellymom.com/bf/pumping/lipase-expressedmilk.html

Tuesday, September 16, 2008

SUSU IBU PENYEMAI KASIH



RAMAI tahu khasiat susu ibu daripada sudut kesihatan, malangnya masih ramai tidak bersungguh-sungguh menyusui bayi kerana alasan tertentu yang kadangkala kurang munasabah.

Susu ibu sepatutnya menjadi santapan pertama anak ketika lahir dan berterusan sehingga si kecil mencapai usia dua tahun sebagaimana dituntut Islam.

Berapa banyak pun susu formula yang menggunakan teknologi masa kini dicipta, ia tidak mampu menyamai keunggulan makanan ajaib ini.

Melihat kelebihan susu ibu dalam jangka panjang membentuk keperibadian seseorang, Presiden Pertubuhan Wanita Muslim Antarabangsa Malaysia, Dr Robiah Kulop Hamzah, berkata anak yang diberi susu ibu lebih senang dibentuk atau dilentur.

Menurutnya, cairan ini adalah unsur pertama bagi menyemai kasih sayang dan kejiwaan dalam diri anak, iaitu secara fizikal melalui pelukan erat ibu ketika menyusu anak. Ia adalah lesen pertama membentuk dan membangun kekuatan personaliti anak, membentuk jiwa hamba Allah, jujur dan berketrampilan.

Susu ibu terjamin kebersihannya kerana tiada sentuhan tangan manusia dan jika betul cara didikan ibu bapa, anak akan menjadi insan yang baik.

Memberi susu ibu ialah konsep memberi dan menerima, menjadikan hubungan antara anak dan ibu akrab kerana selama dua tahun menyusu ibu, si anak membesar menjadi individu yang patuh pada orang tua dan tidak banyak melukakan hati ibu.

“Susu ibu dapat menurunkan darjah sikap melawan atau menentang ibu kerana rangkulan si ibu ketika menyusui bayinya memberi aura ketaatan. Malah, dalam jangka panjang, susu ibu menjadikan kesihatan mental, fizikal dan emosi anak lebih mantap.

“Jika ketika mengandungkan anak, ibu sering membaca ayat suci al-Quran sebagai makanan rohani anak dalam kandungan, selepas melahirkan, amalan boleh diteruskan ketika menyusu anak. Ketika menyusu bayi, ibu digalakkan membaca doa yang baik untuk kesejahteraan anak, ayat al-Quran serta harapannya supaya anak itu menjadi orang berguna. Ruang mendoakan anak terbuka selebar-lebarnya ketika menyusu anak. Melalui cara itu, anak bukan saja sihat daripada segi fizikal dan mental, tetapi juga rohani,” katanya.

Anak yang menyusui susu ibu sangat dekat hubungan kejiwaannya dengan ibu dan bapa dan emosinya tidak mudah terganggu.

“Amalan menyusu berserta doa dan harapan juga baik jika dibuat dengan menyentuh ubun-ubun anak dan membelainya. Anak mendapat tumpahan kasih sayang dan perhatian mutlak daripada ibu ketika menyusu.

“Degil macam manapun, anak yang menyusu ibu akhirnya akan mendengar cakap ibu. Begitu juga jika setinggi manapun pangkatnya, jika penyusuan ibu lengkap dan disertai amalan doa, anak akan menghormati dan taat padanya,” katanya.

Dr Robiah berkata, kebanyakan ibu yang memberi alasan tidak dapat menyusu anak kerana susunya kering berpunca daripada tindakan memakan ubat yang menyebabkan masalah itu atau tidak gembira ketika memberi susu badan.

“Ibu perlu membuat persediaan untuk menyusukan anak ketika hamil lagi, iaitu dengan mengambil makanan berkhasiat. Jika menghadapi masalah susu kering, ibu boleh mengambil ubat penggalak susu atau makan makanan yang boleh memperbanyakkan susu ibu.

“Ada sebilangan ibu berpendapat, susah hendak kembali bekerja selepas cuti bersalin jika menyusukan anak. Malah, ada juga berpendapat, jika tidak menyusu anak, mudah sedikit jika dia hendak pergi kursus,” katanya.

Oleh : NORAINON OTHMAN - Harian Metro

Saturday, September 13, 2008

bayi susu ibu dan air masak

Bayi yang menyusu susu ibu TIDAK perlu minuman atau makanan lain selain daripada susu ibu kerana:

  • susu ibu mengandungi cukup air dan zat untuk bayi
  • pemberian air atau makanan lain akan menyebabkan bayi kurang menyusu susu ibu
  • bayi yang menyusu susu ibu tiada masalah sembelit (kecuali faktor pemakanan ibu)

polisi penyusuan susu ibu MALAYSIA

Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir hingga umur bayi 6 bulan dan meneruskannya hingga dua tahun (atau lebih)
Makanan pelengkap boleh dimulakan pada umur 6 bulan.

Jamu

Ketika menyusukan anak elakkan mengambil ubat tradisional dan jamu tanpa mendapat nasihat doktor.
Ini adalah kerana ada antara jamu dan ubat tradisional yang memberi kesan sampingan kepada bayi yang disusui.

pengambila ubat-ubatan

Berhati-hati mengambil ubat ketika hamil dan menyusukan bayi.
Jangan makan ubat jika tidak memerlukannya
Sekiranya perlu mengambil ubat sila nyatakan kepada doktor yang anda menyusukan anak.
Dapatkan penjelasan terperinci tentang kesan pengambilan ubat tersebut terhadapt bayi dan penghasilan susu.
Ubat batuk dan selsema terutamanya boleh menyebabkan penghasilan susu berkurang dan kesan sampingan terhadapa anak yang disusukan.
Kebanyakkan ubat-ubatan tidak menjejaskan kesihatan bayi jika diambil dengan dos yang betul.

Kafein&alkohol&rokok

  • Kafein dan alkohol boleh melalui susu ibu dan pengambilan yang banyak boleh menyebabkan bayi anda kekurangan tidur.
  • Alkohol boleh menukarkan bau susu ibu serta mengurangkan penghasilan susu badan.
  • Merokok pula boleh mengurangkan pengahsilan susu dan menyebabkan bayi loya dan muntah.

makanan yang membahayakan bayi

ALKOHOL
Elakkan mengambil alkohol ketika hamil terutama pada 3 bulan pertama(1st trismester) kerana pada waktu ini janin mudah terdedah kepada kesan toksik daripada alkohol. Alkohol boleh melalui uri dan menyebabkanmasalah mental, fizikal dan perkembangan bayi.
Begitu juga ketika menyusukan anak.Alkhol boleh melalui susu anda.

ROKOK
Elakkan merokok ketika hamil kerana ibu2 yang merokok berisiko mendapat bayi yang kurang berat lahir.Meroko juga boleh menyebabkan bayi lahir pramasa, keguguran,kematian ketika lahir dan merencatkan pertumbuhan dan perkembangan bayi.

KAFEIN
Kopi, teh, minuman bercoklat dan berkola(bergas) mengandungi kafein. Pengambilan minuman perkafein perlu dikurangkan kerana kafein boleh mengurangkan penyerapan zat besi yang ada di dalam makanan. Jika ingin mengambil minuman berkafein elakkan mengambilnya ketika makan utama atau bersama makanan yang tinggi zat besinya.

Wednesday, September 3, 2008

Cara guna Avent ISIS- cara saya

Cara-cara menggunakan pam

Nota:
Penggunaan bergantung kepada keselesaan pengguna.
Cara-caea berikut boleh juga dijadikan panduan.

Cara memasang
Kat body pump letak diagfram(ejaan macam salah ja..bunyi lebih kurang la)
Masukkan betul-betul.Kira semua ngam-ngam..
Kemudian sangkutkan handle.
Lepas tu tutup dengan penutup pam.
Kemudian pasangkan botolnya.
Boleh bersedia untuk mengepam.

Cara mengepam susu
Terlebih dahulu urut perlahan-lahan payudara anda.
(Diurut dari bawah ketiak hingga ke seluruh payudara)
Boleh juga dituam dengan towel yang dibasahkan dengan air suam/panas.

1. Tekapkan corong pam ke payudara.Tak perlu tekan sangat tapi make sure jadi macam ruangan vacumm.
2. Dapatkan posisi yang selesa untuk anda
3. Mulakan dengan menarik handle pam sampai habis…I mean, sampai maximum yang kita boleh tarik. Dalam 4-5 kali macam tu.
4. Kalau dah ada susu mula keluar tarik handle dalam 50-70% dari had maximumnya
5. Terus mengepam sehingga mendapat let-down reflex (rasa merenyut/sengal-sengal gitu- ni bergantung kepada individu..too subjective)
6. Bila dah ada let-down, tarik handle mengikut keselesaan pengguna..Experiment sendiri kalau tarik sampai habis macam mana susu flow..kalau tarik sikit2 macam mana..so dari monitoring ni boleh dapat idea kita sesuai dengan cara macam mana.
7. Pam sampai rasa payudara kosong/ringan
8. Susu dari left and right side boleh campur.
9. Nak start dari side mana dulu pun OK.
10. Kalau nak gilir-gilir sekejap left sekejap right pun ok.
11. Tapi better pam bagi satu side kosong dulu then proceed with another side.

Mencuci pam.
Dismantle all the parts.
Then cuci dan sterile.
(sama le mcm cuci botol susu heheheh)
Tapi..
Kalau nak guna kerap2 tak perlu cuci
Lepas guna simpan dalam cooler bag ataupun peti sejuk ruangan sejuk tu
(untuk tempoh -8-12 jam)
Lepas tu kena juga cuci….

Menyimpan susu perahan
Boleh disimpan di dalam botol susu, disposable liner, Tupperware, bekas dadih yang kecil-kecil tu.
Makesure semuanya bersih.
Simpan dalam kuantiti yang kecil bagi setiap container untuk megelakkan pembaziran.
Biasanya 2oz-4oz each botol.
Monitor pattern bayi minum.
Kalau dia minum banyak isikan banyak kalau sedikit isikan sedikit
Susu perahan boleh disimpan dalam peti ais
- ruangan sejuk bagi yang nak guna dalam 2-3 hari
- ruangan beku bagi yang nak simpan lama up to 3 months


Cara nak bagi kat baby
A..susu yang simpan diruangan sejuk
Hanya perlu panaskan dengan cara merendam dalam air suam ataupun pemanas mknn bayi

B. susu yang dibekukan
Dicairkan dengan cara:
1. merendam di dalam air sejuk/dilalukan dengan air paip
kemudian bila dah cair baru direndam dalam air suam.

2. diletakkan/diturunkan dari ruangan beku ke ruangan sejuk semalaman.
Dipanaskan dengan merendamkan ke dalam air suam


Susu yang sudah dipanaskan tidak boleh disimpan dalam peti ais semula.
Susu yang dipanaskan mesti dihabiskan dalam tempoh 1 jam
Bau susu yang dibekukan kemudian dipanaskan memang tak sama dengan susu yang baru diperah.

Cara membanyakkan susu
Tiada cara lain melainkan stimulasi/rangsangan dengan cara hisapan dari bayi ataupun menggunakan breast pump.
Ambil makanan seimbang
Minum air masak secukupnya
Elakkan pengambilan ubat-ubatan dan jamu yang tidak sesuai untuk ibu yang menyusukan anak.
Elakkan stress (penghasilan susu dipengaruhi oleh hormone.)

Tuesday, September 2, 2008

masalah susu kurang.Perlukah FM?

Salam.

Ibu-ibu yang bekerja dan menyusukan anak tidak akan dapat lari dari masalah susu badan berkurang(disukat dari kuantiti perahan yang diperolehi.)
Saat-saat begini selalunya ibu-ibu akan cuak dan tidak keruan(bagi yang mahu menyempurnakan penyusuan susu ibu)

Adakah kita perlu 'top-up' dengan formula milk?

Bagi saya, 'top-up' FM adalah pilihan terakhir.

Apa yang kita perlu buat.
Usahakan untuk menambahkan penghasilan susu badan kita.
Kerapkan mengepam/memerah.
(buat 2hour-ly)

Ambil suppliment tertentu.
Elakkan stress.

Insya Allah.

'Top-up' dengan FM, bagi saya akan mengundang kegagalan kita kelak.
Bila anak kenyang dia akan kurang direct feeding seterusnya menyebabkan kurang stimulasi dan menyebabkan susu kita terus kering.

Usaha tangga kejayaan.