There is no freedom of choice for humans,
if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,
but an obligation to the choice.
Give your child the freedom of choice

Quick Search

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Wednesday, September 17, 2008

frozen EBM and fresh EBM...what does it taste like

petikan dari komen mama moderator susuibu.com

Susu ibu mengandungi pelbagai komposisi. Warna, bau dan rasa secara umumnya sama tapi ada sedikit kepelbagaian bergantung kepada keadaan semasa seperti pemakanan ibu, waktu penghasilan susu dan pelbagai lagi aktiviti berkaitan dengan ibu.

Antara faktor yang boleh merubah rasa, warna dan bau susu ibu. Antaranya:
1. Rasa susu boleh berubah mengikut pemakan ibu. Apabila ibu memakan bawang putih contohnya, susu ibu akan mengandungi sedikit perubahan rasa. Ada kajian yang dibuat, rasa ini amat digemari oleh sesetengah bayi.

2. Ibu yang baru selesai melakukan senaman yang berat boleh merubah rasa susu kerana asid laktik boleh meresap masuk ke dalam susu ibu.

3. Ibu yang mengambil alkohol juga boleh merubah rasa susu yang dihasilkannya.

4. Warna susu juga boleh berubah mengikut pemakanan ibu. Mungkin ada yang terbaca bagaimana tini007 pernah melakukan eksperimen ini terhadap susu yang dikumpulkannya. Apabila beliau mengambil banyak sayuran hijau, susunya juga menjadi agak kehijaun.

5. komposisi dalam susu ibu itu sendiri juga boleh merubah bau dan rasa susu ibu. Contohnya, enzim Lipase yang penting untuk menghuraikan lemak dalam susu ibu, jika berlebihan (benar bagi sesetengah ibu) boleh menyebabkan susunya berbau tengik kerana proses penghuraian berlaku sebaik sahaja susu itu dikumpulkan. Untuk mengatasi masalah ini, susu itu perlu dipanaskan sehingga sedikit sebelum ia mendidih. Proses ini dipanggil 'scald'. kemudian susu tersebut harus terus dibekukan. Proses ini akan menghapuskan enzim lipase dan penghuraian lemak tidak lagi akan berlaku semasa ia disimpan. (di dalam perut bayi masih ada enzim tersebut dan jangan bimbang tentang keperluan bayi untuk menghadamkan susu ini)

6. Cara penyimpanan susu juga boleh menjadi faktor terhadap perubahan bau dan rasa susu yang disimpan.

Apapun keadaan yang berlaku, kebanyakan fenomena ini tidak mendatangkan mudarat terhadap bayi. Namun sesetengah bayi agak lebih memilih. Maka sebagai ibu kita wajar prihatin terhdap permintaan bayi kita dengan mengambil langkah sewajarnya.

Rujukan:
http://www.kellymom.com/bf/pumping/lipase-expressedmilk.html

No comments: