There is no freedom of choice for humans,
if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,
but an obligation to the choice.
Give your child the freedom of choice

Quick Search

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Wednesday, September 3, 2008

Cara guna Avent ISIS- cara saya

Cara-cara menggunakan pam

Nota:
Penggunaan bergantung kepada keselesaan pengguna.
Cara-caea berikut boleh juga dijadikan panduan.

Cara memasang
Kat body pump letak diagfram(ejaan macam salah ja..bunyi lebih kurang la)
Masukkan betul-betul.Kira semua ngam-ngam..
Kemudian sangkutkan handle.
Lepas tu tutup dengan penutup pam.
Kemudian pasangkan botolnya.
Boleh bersedia untuk mengepam.

Cara mengepam susu
Terlebih dahulu urut perlahan-lahan payudara anda.
(Diurut dari bawah ketiak hingga ke seluruh payudara)
Boleh juga dituam dengan towel yang dibasahkan dengan air suam/panas.

1. Tekapkan corong pam ke payudara.Tak perlu tekan sangat tapi make sure jadi macam ruangan vacumm.
2. Dapatkan posisi yang selesa untuk anda
3. Mulakan dengan menarik handle pam sampai habis…I mean, sampai maximum yang kita boleh tarik. Dalam 4-5 kali macam tu.
4. Kalau dah ada susu mula keluar tarik handle dalam 50-70% dari had maximumnya
5. Terus mengepam sehingga mendapat let-down reflex (rasa merenyut/sengal-sengal gitu- ni bergantung kepada individu..too subjective)
6. Bila dah ada let-down, tarik handle mengikut keselesaan pengguna..Experiment sendiri kalau tarik sampai habis macam mana susu flow..kalau tarik sikit2 macam mana..so dari monitoring ni boleh dapat idea kita sesuai dengan cara macam mana.
7. Pam sampai rasa payudara kosong/ringan
8. Susu dari left and right side boleh campur.
9. Nak start dari side mana dulu pun OK.
10. Kalau nak gilir-gilir sekejap left sekejap right pun ok.
11. Tapi better pam bagi satu side kosong dulu then proceed with another side.

Mencuci pam.
Dismantle all the parts.
Then cuci dan sterile.
(sama le mcm cuci botol susu heheheh)
Tapi..
Kalau nak guna kerap2 tak perlu cuci
Lepas guna simpan dalam cooler bag ataupun peti sejuk ruangan sejuk tu
(untuk tempoh -8-12 jam)
Lepas tu kena juga cuci….

Menyimpan susu perahan
Boleh disimpan di dalam botol susu, disposable liner, Tupperware, bekas dadih yang kecil-kecil tu.
Makesure semuanya bersih.
Simpan dalam kuantiti yang kecil bagi setiap container untuk megelakkan pembaziran.
Biasanya 2oz-4oz each botol.
Monitor pattern bayi minum.
Kalau dia minum banyak isikan banyak kalau sedikit isikan sedikit
Susu perahan boleh disimpan dalam peti ais
- ruangan sejuk bagi yang nak guna dalam 2-3 hari
- ruangan beku bagi yang nak simpan lama up to 3 months


Cara nak bagi kat baby
A..susu yang simpan diruangan sejuk
Hanya perlu panaskan dengan cara merendam dalam air suam ataupun pemanas mknn bayi

B. susu yang dibekukan
Dicairkan dengan cara:
1. merendam di dalam air sejuk/dilalukan dengan air paip
kemudian bila dah cair baru direndam dalam air suam.

2. diletakkan/diturunkan dari ruangan beku ke ruangan sejuk semalaman.
Dipanaskan dengan merendamkan ke dalam air suam


Susu yang sudah dipanaskan tidak boleh disimpan dalam peti ais semula.
Susu yang dipanaskan mesti dihabiskan dalam tempoh 1 jam
Bau susu yang dibekukan kemudian dipanaskan memang tak sama dengan susu yang baru diperah.

Cara membanyakkan susu
Tiada cara lain melainkan stimulasi/rangsangan dengan cara hisapan dari bayi ataupun menggunakan breast pump.
Ambil makanan seimbang
Minum air masak secukupnya
Elakkan pengambilan ubat-ubatan dan jamu yang tidak sesuai untuk ibu yang menyusukan anak.
Elakkan stress (penghasilan susu dipengaruhi oleh hormone.)

8 comments:

Anonymous said...

fid, pepagi ni ku nak request cara2 guna pam spectra 3 pulak aci tak? hehehe nak tau camne fid adjust suction level tuh?

rasanyer nak sambar 1 manual pump laa...tgh berkira2 avent ke medela harmony? dah tau fid musti recommend avent nyer ;) hehehe
tapi medela harmony ader 2 phase kan..senang dpt letdown ker? penah try tak? dlm ati ni dok ingat nak beli avent sbb senang nak refer kat fid hihihii

tq again
-ziana-

Fid said...

ziana
harmony tak pernah try lagi....
so takleh komen
tapi org yg guna kata mmg bagus

ttg spectra 3 tu kena ambik masa sikit sbb den sebuk le ni
hahaaa

Zety Zin said...

saya guna avent isis jugak. baru dalam 3 bulan lebih. saya nak tanya, kadang2 masa pam tu, breast memang bengkak tapi dah pam lama2 pun breast tak kosong jugak. dah tuam dgn towel panas tapi still tak kosong jugak. ada tak tips supaya dapat pam sampai rasa kosong tu? kot masa pam kena picit2atau tekan2 breast ke...

takmo le pam tapi breast tak kosong. takut nanti production susu merudum pulak...

tq!

Fid said...

zety zin

ada rasa let down tak?

kalau ada maybe u kena mahirkan sikit cara guna pam..

if tak ada maybe bleh try ala2 cara saya ni...

satu lg
makesure pam awak tu diasang betul...
tak ada part yg rosak ke bocor ke...

kalau pam susu keluar bnyk?

Zety Zin said...

so far, setiap session tu dapat lah dalam 5-8 oz, depends pada masa. kalau pagi dapat 8oz. paling banyak pernah la dapat 11oz. alhamdulillah.

ada rasa let down tu. tang part bocor atau rosak, takde rasanya.

thanks for the advice. saya akan cuba pratikkan.

Marisa said...

fid.... kan pam avent tu kan.... kat bhgn tgh tu apa kebenda nama dia tah.... boleh ditanggalkan ke? aku tarik dia cam melekat jek kat situ.... kalau ko free2 ko ambik la gambar pam avent kau yg telah di dismantlekan?

Rozamimi said...

Kak Fid, salam singgah dari Sufira. Jumpa di SI.com. saya pun pakai avent ISIS..tapi tak reti nak pakai massage petal tu(betul ke namanya ni)..yang guna untuk dptkan let down reflex tu..kalau nak pumping saya cabut benda tu and then urut2 nips dapatkan let down reflex then baru pump..ehhe..betul ke agaknya caranya? ke rugi ek sebab elok dah manufacturer dia bagi benda tuh... lagi satu masa mengepam tu kekadang bunyi cam meletup pastuh takleh nak pump..rupanya part dia belah dalam kaler putih tercabut.... part tu dah wear ke ek... hehe..jakun sikit sebab tak sampai sebulan lagi pakai ISIS ni..

Rozamimi said...

Thanks Kak Fid for your reply;) Teruskan menulis, good info...