There is no freedom of choice for humans,
if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,
but an obligation to the choice.
Give your child the freedom of choice

Quick Search

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Wednesday, October 29, 2008

Anak sembelit

Alhamdulillah Akif tiada masalah ini.
Berkat dari susu ibu dan makanan yang dimasak sendiri mungkin.

Ada ibubapa yang mempunyai anak yang baru 6 bulan sudah mengalami masalah anak tidak membuang air besar.

1. Jika anak itu exclusive breastfeeding.
Hanya minum susu ibu tanpa makanan atau minuman lain.
Memang bayi EBF(exclusive brestfeeding) jarang membuang air besar.
Mungkin 2 hari sekali, 3 hari sekalai ataupun seminggu sekali.
Rasional: Susu ibu kaya dengan segala khasiat yang diperlukan untuk membesar jadi apabila hanya meminum susuibu semua khasiat telah menjadi bahan berguna maka tiada bahan buangan.
Tidak perlu risau jika anak anda EBF tidak membuang air besar berhari-hari.
Note: Walaupun demikian, monitor perkembangan bayi anda.Adakah dia selesa.Tidur nyenyak dan sebagainya.


2. Jika makanan pejal baru diperkenalkan.
Jika sebelum itu tiada masalah membuang air besar, maka makanan pejal(solid food) yang diberi adalah puncanya.
Langkah boleh diambil:Tanggungkan/hentikan terlebih dahulu pemberian makanan pejal sehingga anak anda bersedia. (bersedia dari segi luaran dan dalaman)
Perlu banyakkan try and error.

Jika anak sembelit tidak perlulah mencuba pelbagai petua yang tidak tahu kesahihannya. Apa yang perlu kita tahu ialah 'root cause'/punca masalah itu.

Kebiasaan anak-anak kecil ini akan sembelit disebabkan oleh
1. makanan yang diambil
2.susu

Bagi yang minum susu ibu- Ibu haruslah menjaga pemakanannya

Bagi yang minum susu formula- Kebarangkalian susu itu tidak sesuai untuk anak anda.Tukar susu lain.
Agak susah memilih susu formula bersesuaian dengan bayi.
Jika anda berkemampuan kembalilah memberikannya susu ibu! susu terbaik buat bayi anda.

1 comment:

asmaa said...

hai fid,
patutlah syifa' ia akan poo poo 2 @ 3 hari sekali...bby menyusu mmg normal lah ye... kkdg tertanya2 juga napelah syifa' tak membuang hari2...skrg tau lah saya...

thanks fid info tersebut :)