There is no freedom of choice for humans,
if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,
but an obligation to the choice.
Give your child the freedom of choice

Quick Search

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Friday, August 22, 2008

c-section dan saya

Salam

Saya terpanggil untuk berbicara lagi akan kisah penyusuan susu ibu dan ibu yang melahirkan anak secara ceasarian(c-section)

Seolah-olah menjadi satu taboo pula

"saya tak susukan anak saya sebab saya bersalin dulu c-section"

Apakah sangkut paut cara bersalin dan penyusuan susu ibu?

1. Ramai yang memberi alasan apabila ibu bersalin secara pembedahan, susu tidak akan terhasil.Susu terhasil dari mana?Susu dari payudara bukan dari tempat melahirkan

2. Ramai yang memberi alasan kesakitan pada jahitan diperut menghalang mereka menyusukan anak.Sudah menjadi ibu mestilah menjadi lebih kuat.Lawan perasaan anda.

3. Ramai yang terlalu mempercayai cakap-cakap orang-orang tua dari mempercayai nasihat doktor pakar.

Dari pengalaman saya,melahirkan Muhammad Akif Hafir pada 17 September 2005 adalah satu pengalaman yang tiada kayu pengukurnya.

Saya mula menyusukannya setelah lebih kurang 24 jam dia dilahirkan.

Dan yang pasti minuman pertamanya di dunia ini bukan susu ibu. Dan saya tak ingin tahu susu apa dia minum yang saya tahu puting pertama dia kenal tetap puting susu dari ibunya.
Ketika dia diberi 'minuman lain' sebelum saya pulih dia diberi minum menggunakan 'small cup'(cup ubat tu)

Apa yang masih saya ingat.saya melahirkan akif pada jam 1155am 17 sept 2005,(menurut apa yang doktor cakap dalam OT)

Dan keesokkan harinya dalam pukul 7am, 2 orang jururawat datang dan meminta saya bangun untuk 'latihan berjalan'

"Puan kena bangun juga walaupun sakit. Tegakkan badan..tahan sakit yaaa"

Alhamdulillah.

Dan Tak lama kemudian mereka datang lagi dengan membawa Akif bersama.

"kita susukan dia ya"

Bermula dari saat itu...Akif mula disusukan hingga ke hari ini.

Saya disuruh duduk di atas kerusi dan sebiji bantal diletakkan di atas riba saya, dan akif diletakkan dia atas bantal tersebut.
Seorang jururawat membantu saya mengampu akif.Dan setiap kali hendak menyusukan akif mereka akan membantu.
Saya juga diajar menyusukan sambil berbaring(mengiring)
Saya mengiring dan mereka membantu memposisikan akif.(hubby juga membantu)
Apabila sudah lenguh satu belah saya tukar sebelah lagi.(mengiring


Pada awalnya saya kekok untuk mengiring ke kiri tapi lama kelamaan sudah biasa.

Akif juga merupakan bayi yang amat memberi kerjasama
Ada juga latch on yang tak betul tapi mudah dibetulkan.


saya tidak nafikan, sakit memang sakit..sakit di tempat jahitan..diperut tapi keazaman untuk memberikan anak yang terbaik mengatasi segalanya.

Ohh kenapa saya c-section?
Kerana akif hafiy berat ketika dilahirkan adalah 4.41kg!

Kesimpulannya,walaupun melahirkan melalui c-section, anda tetap boleh menyusukan anak anda.

Sebarang pertanyaan berkaitan sila hubungi saya.:P

UPDATE:

Saya bersalin/akif lahir di SMC.

Dan kepada mommies yang bakal c-section/takut c-section jgn takut
Hanya sebentar sahaja.Dan Insya Allah semuanya selamat.
Usah pedulikan apa 'orang yang tak pernah lalui' cerita sebut atau cakap.

Bertanyakan kepada mereka yang telah lalui.Ambil yang positif abaikan yang negatif.

Berpantang
Bagi saya tiada susahnya jika kita faham konsep.
Bersalin cara mana sekali pun untuk kembali normal seperti biasa memang mengambil masa.
pastikan suami anda senantiasa membantu.

All the best

1 comment:

Anonymous said...

salam fid,
alhamdulillah tahniah utk awak,feel proud of u..me ida ur silent reader n mommy2be..so sy insyaAllah mmg bercadang nak fully breastfeed.. bila bc ur entry ni rasa dpt ilmu baru utk kes2 mommy yg akn c-sect,since sy pun xtau hw my turn lak wther normal or c-sect,so jus to b prepare..btw, may i know u bersalin gov or private? which hospital?