MEMISAHKAN BAYI DARIPADA BUAH DADA
1. Biarkan bayi anda menyusu seberapa lama yang dikehendakinya pada buah dada yang pertama supaya dia mengendalikan susu pada dada anda. Buah dada anda akan kelihatan kecil dan berasa ringan apabila semua susu telah habis dihisap. Bayi anda biasanya akan berhenti seketika ketika penyusuan dan hanya menghisap sebentar. Selepas beberapa minit, apabila bayi anda tidak menyusu lagi, alihkan dia dari buah dada anda untuk menyendawakannya. Jangan tarik puting anda darinya. Ini akan menyakitkan anda. Sisipkan satu jari anda di antara rahangnya untuk menghentikan penghisapannya
2. Lekapkan sehelai tisu ke dalam coli anda pada bahagian buah dada yang telah dikeringkan oleh bayi anda. Pada penyusuan berikutnya, letakkan bayi anda pada buah dada yanfg satu lagi untuk memulakannya supaya kedua-dua buah dada mendapat ransangan yang sama. Dudukkan bayi anda secara menegak untuk menyedawakannya
MENAWARKAN BUAH DADA YANG SATU LAGI
1. Selepas bayi anda menyendawa satu atau dua kali atau mungkin tidur sebentar, tawarkannya buah dada anda yang satu lagi. Dia mungkin cukup lapar sehingga mengeringkan juga susu dari bahagian buah dada ini, atau dia mungkin hanya menghisap untuk keselesaan. Ini merupakan suatu keperluannya sama seperti susu
2. Apabila bayi anda telah kenyang, dia akan tertidur dalam lengan anda dan puting anda akan terkeluar dari mulutnya. Jangan bimbang yang dia belum menyusu secukupnya. Anda boleh mempercayai bayi anda tentang berapa banyak susu yang diperlukannya pada sebarang masa
3 comments:
macamana pula kalau baby minum sampai termuntah? perlukah kita hentikan dulu penyusuan bila kita rasa dia dah minum banyak?
sendawakan dia lps dia minum..
over feed kot tu
tp perkara biasa le bb kecil minum sampai muntah heheee
Post a Comment