There is no freedom of choice for humans,
if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,
but an obligation to the choice.
Give your child the freedom of choice

Quick Search

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Sunday, August 3, 2008

ceasarian birth and breastfeeding

Adakah bersalin secara c-section/ceasarian menghalang anda dari menyusukan anak anda?
Ada yang memberi alasan c-section sebagai penyebab mereka gagal susukan anak mereka..
Bagi saya TIDAK.

kerana anak menyusu dari payudara bukan dari tempat dia 'dikeluarkan'

Ada pula yang memberi alasan sakit.
Oleh kerana c-section, sakit pada jahitan diperut penghalang untuk susukan anak..TIDAK sama sekali

Ibu yang melahirkan anak secara c-section, Insya Allah boleh menyusukan anaknya jika dia mahu.
Sebaik sahaja kita melahirkan hormon penghasilan susu akan mula diaktifkan.
Hormon ini bukan bergantung kepada 'laluan' keluarnya si bayi. (Saya perlu baca lebih bab ini, nanti saya 'update')

Apa yang kita boleh buat,

susukan bayi dalam posisi duduk atau berbaring(mengiring)

Bagi posisi duduk.

Bantal diletakkan diatas riba ibu dan bayi diletakkan di atas bantal tersebut. Dengan cara ini mengelakkan tekanan secara terus ke perut ibu seterusnya bekas jahitan.

Cara berbaring pula, minta tolong suami atau sesiapa sahaja yang menjaga anda agar membantu anda mengiring dan posisikan bayi.

Dari pengalaman saya hari ke-7 saya sudah mampu melakukan semuanya dengan sendiri. Sudah boleh mengangkat Akif(4.7kg pada hari ke-7, lahir 4.41kg)
Boleh menyusukannya.Alhamdulillah.

Jika berasa sakit, bersabarlah demi kebaikan anak kita juga.Sakit hanya sementara.

Selamat berjaya!

4 comments:

Anonymous said...

b'kaitan dgn tajuk. pendapat saya tiada mslh utk susu kan ank jk operetion. saya baru shj 1 bln b'salin scr operet (kali p'tama). salah satunya saya bg susu scr berbaring, slps seminggu baru saya blh m'giring n bg SI scr m'giring.

jd bg saya tiada alasan utk tidak BF bby.... :)

Crazee Choc's said...

dalam masa tak sampai sebulana ku dah melawat 2 org kwn yg bersalin caesar.... mmg bg alasan itu utk tidak breastfeed. Bukan tak breastfed... i mean.. awal dah start camput dgn formula... (dalam hati aku.. kesian kat baby).. but what to do ... ibu tu sendiri tak dak inisiatif nak tanya ka apa ka... bila aku tanya nape tak breastfeed... dia kata tak larat.... sakit belakang.... yg sorang lg lak bg alasan sisi tak dak. lepas tu masing2 melarikan diri dari topik itu.. macamana nak bantu... mereka yg tak nak dibantu.

Anonymous said...

Saya juga bersetuju caesarian bukan alasan tak mahu breastfeed. Saya juga bersalin caesarian. Selepas keluar sahaja dari dewan pembedahan dan recovery wad, saya cuba utk breasfeed baby dgn bantuan ibu dan nurse tetapi gagal sebab kesan bius masih belum hilang dan saya tak berupaya nak mengiring. Kesian anak saya menangis2 sebab tak dapat menyusu. Selepas kesan bius hilang, saya gagahkan diri utk duduk dan akhirnya berjaya susukan anak saya. Sakit bukan halangan.

~Ummi Mujahid~ said...

saya pun czer 1st baby saya dan saya still bf until now cuma sejak 3bln stgh my baby mula kenal fm sbbnya saya x sempat nak simpan stok susu yg mencukupi lantaran kena berkursus 2minggu (masa ni bawak jugak my baby stay kat hotel) dan bersambung lagi 5hari kursus btn(kali inilah yg meruntun hati krn 6 days x menyusui my mujahid.sedih rasanya tiap kali pam susu dan buang begitu saja)

itulah pengalaman sedih saya dan sehingga kini saya masih bf mujahid cumanya dah x sepenuhnya bila dia fm semasa dgn pengasuhnya.