There is no freedom of choice for humans,
if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,
but an obligation to the choice.
Give your child the freedom of choice

Quick Search

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Sunday, August 24, 2008

susu ibu tiada gantinya

Memutuskan untuk menyusukan bayi anda dengan hanya susu ibu adalah satu keputusan yang bijak namun, sejajar dengan keputusan bijak itu kita perlu mengambil beberapa langkah bijak.

Menyusukan anak dengan susu ibu bagi ibu-ibu yang bekerja pada suatu masa dahulu pernah dikatakan 'tidak mungkin berjaya', tapi dengan kemajuan teknologi serta kajian-kajian yang telah dibuat oleh pihak yang terbabit membuktikan menyusukan anak bagi ibu yang bekerja adalah sesuatu yang tidak mustahil.

Bagi ibu-ibu yang ingin meneruskan penyusuan susu ibu sehingga usia anak 2 tahun, kita mesti bersedia mental dan fizikal.
Mulakan mengumpul stok susu perahan (EBM) sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum mula bekerja semula.
Latih anak anda menyusu EBM, tetapi pastikan latihan itu dijalankan setelah susu badan anda sudah stabil dan anak anda sudah 'master' menyusu.(anak tiada masalah mencari puting/memisahkan dari puting dan pelbagai masalah yang normal .Jika masalah ini belum diselesaikan minta nasihat pakar atau LC anda)

Pada peringkat awal anda mula mengepam usah gusar jika kuantiti susu yang diperolehi terlalu sedikit.
Itu perkara biasa.
(Saya dahulu untuk sesi mengepam pertama hanya dapat 2oz walaupun susu dirasakan penuh di 'breast')
Ini kerana payudara kita belum dapat disesuaikan lagi dengan 'breastpump'. Untuk ini kita perlu lebih kerap mengepam; melalukukan latihan menggunakan 'breastpump'.

Kekurangan susu/susu tidak mencukupi.
Adalah masalah lazim.
"Saya dah pam, dah makan semua yang orang kata bagus untuk tambah susu tapi susu saya tak banyak"
Yang paling utama. Susu terhasil mengikut keperluan.

Adakah anda memberi rangsangan secukupnya?

Kaji:
  • Adakah anda strees
  • Adakah anda mengandung lagi?
  • Berapa kali anda mengepam dalam sehari?
  • Berapa kali anak anda menyusu terus dari payudara anda?
  • Adakah anda menjaga makan anda?
  • Adakah anda mengambilan makanan seimbang?
  • Adakah anda mengambil ubat-ubatan?

Dari pengalaman saya, untuk membanyakkan susu perahan, kekerapan mengepam adalah satu faktor utama.
Kerapkan mengepam susu anda.
Walaupun hanya dapat 10ml-15ml sekali pam, teruskan juga.
Amalkan '2 hourly' pumping session.
Susu yang diperolehi boleh dicampur.

Harus kita ingat, setiap langkah-langkah membanyakkan susu yang kita lakukan tidak akan memberi kesan segera. Ada masanya mengambil masa berhari-hari, berbulan-bulan.
Bersabarlah.

Kawal emosi anda.

Kita ibu yang menyusuka mestilah sentiasa memastikan kita mendapat info terkini tentang breastfeeding
Bertanyalah kepada mereka yang berjaya menyusukan anak.Elakkan mendapatkan nasihat dari mereka yang gagal ataupun yang tidak menyokong penyusuan susu ibu.

Jika anda ingin terus menyusukan anak anda, elakkan memberi alasan.
Sebelum memberi alasan fikirkan terlebih dahulu penyelesaiannya.
Kenapa ada orang boleh melakukan.Kenapa tidak kita?

Elakkan meletakkan harapan kepada sebarang susu formula.Selagi anda tahu ada susu alternatif selagi itu anda tidak akan serius dalam breastfeeding
Anda boleh berikan anak anda susu formula jika anda mahu tapi, TIADA susu formula terbaik buat bayi anda. Itu mesti ingat.
Jangan sesekali bertanyakan apakah jenama formula terbaik buat anak anda diforum-forum pro-breastfeeding kerana kelak anda akan mendapat jawapan yang menyentap jiwa anda.

Susu formula ini bergantung kepada kesesuaian bayi itu sendiri. Tiada jalan lain melainkan anda sendiri try and error.

Maka yang terbaik tetap susu ibu.Memang sesuai untuk bayi anda setiap masa.

Namun bagi ibu-ibu yang menyusukan anak pastikan anda mengambil berat tentang makanan yang anda ambil.Kerana ada makanan yang boleh menjejaskan bayi anda.

Ada ibu yang kata "anak satya tak boleh minum susu saya ..kalau minum susu saya nanti dia cirit"
Bukan salah susu anda.
Salah anda.
Kaji semula apakah makanan yang anda ambil

Jika mengambil makanan yang bersifat 'detox'(yang mencuci usus etc itu) secara langsung bayi anda akan juga akan terlibat.
Berhati-hati, terutama pengambilan jamu.
Set lepas bersalin juga, pastikan anda mendapatkan maklumat secukupnya tentang kesesuaian dengan ibu yang menyusukan.

Bagi ibu-ibu yang sedang hamil dan merancang menyusukan anak, dapatkanlah maklumat secukupnya tentang penyusuan susu ibu.
Selamat berjaya!

No comments: