There is no freedom of choice for humans,
if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,
but an obligation to the choice.
Give your child the freedom of choice

Quick Search

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Thursday, December 4, 2008

alahan

Sudah lama tak update blog ini. Sebenarnya tiada perkara yang hendak dikongsikan. Lebih kepada celoteh merapu yang lebih sesuai di yuitsumuni.

Di sini ingin berkongsi sedikit tentang anak yang sensitive.

Cik Akif saya mengalami masalah ekzema sejak lahir lagi.
Dia dikenal pasti alah kepada
Susu lembu
Habuk
Semua makanan hasil tenusu
Peluh

(ini sahaja yang masih boleh diingati)

Jika minum susu lembu/produk tenusu badannya akan naik ruam. Ada yang jenis kering ada yang jenis berair dan dia akan menggaru sehingga luka.
Begitu juga jika dia berpeluh

Jadi cow’s milk based food is a BIG NO to him sampailah dia berusia 2 tahun lebih.
Selain gatal-gatal dia juga akan cirit birit jika minum susu lembu.(ketika usianya masih belum mencecah 2 tahun)
Ini termasuk jika dia makan biskut yang mengandungi susu lembu
(cheese/yogurt juga-NO)

Mengelakkan berpeluh.(berpeluh tetap berpeluh cuma mengelakkan memudaratkan)
Ketika dia sudah pandai berjalan dan sudah boleh memahami arahan, kami bekalkan dia sapu tangan/tuala kecil untuk dia. Dia akan bawa ke mana sahaja. Jika dia berpeluh dia akan lap sendiri, ketika bermain di halaman taska juga dia akan membawa kain lap peluh.
(ohhh soooo cute my baby!)

Alahan terhadap makanan
Sampai ke hari ini dia masih alah kepada beberapa jenis makanan dan kesan alahan akan dapat dilihat segera.
Oleh kerana itu kami amat menitik beratkan tentang makanan yang diambilnya.
Pihak taska juga ‘alert’ tentang hal ini.

Apa yang patut kita lakukan jika anak kita didapati alah dengan sesuatu (makanan atau apa jua)
*Lakukan pemerhatian yang teliti terhadap perkembangannya
*Minta pihak pengasuh/taska bantu kita
*Berjumpalah dengan pakar yang sewajarnya
*Elakkan mempraktikkan petua-petua yang kita tahu akan kesahihannya
*Elakkan mencuba ubat-ubatan yang tidak dapat dikenal pasti asal usulnya.

Masih ingat lagi, kami amat kerap berjumpa doctor. Tidak cukup satu medical center kami ke medical center yang lain dari satu pakar ke satu pakar yang lain….
Paling teruk ketika ekzema menyerang telinganya. Sampai jadi kamceng dengan ENT specialist!
Kelakar pula bila ingat!Hahahaa

Opss..lupa

Alahan akan hilang ikut individu..

Ekzema paling cepat 2 tahun...paling lama? Ada yang sampai dewasa. Akif masih alah dengan peluh. Satu lagi dia pakai losyen pelembap kulit dan mandi menggunakan mandian yang disyorkan oleh doktor.

Macam Akif sekarang dah OK dengan cow's milk...Seafood.

Kena try and error.

4 comments:

Anonymous said...

oh...lap peluh sndiri..hehe!! mesti comel..kecik2 dh pandai jga diri..

so alahan tuh smpai bila?? brpanjangan ker smpai dia dewasa??

sdhouse said...

kak fid..semua sal ibu2 ke?huhu..pasal bapak2 xde ke?

Fid said...

sharudin hashim
samalah ibu bapa pun
bapak2 kena tahu pasal ibu2 juga ooo

elly juhari said...

mukhreez pun ader ekzma jugaa..sy xkisah pun but bila org lain yg memandnag pasti akan ckp.."mami dia mala snak lap pipi anak dia"..sy senyumaje lahhh