Walaupun anda bekerja anda masih boleh menyusu bayi anda secara eksklusif..Bagaimana caranya?
Sediakan susu perahan..Expressed Breast Milk (EBM)
Bila anda harus mula memerah?
1. Terlebih dahulu anda perlu mewujudkan penyusuan susu ibu yang berjaya
2. Mulakan berlatih memerah susu ibu 2 minggu sebelum mula bekerja
3. Perahan boleh dibuat menggnakan pam atau tangan.
4. Beri peluang kepada pengasuh/penjaga bayi anda berlatih menyusukan bayi anda dengan susu perahan. (boleh minta suami membantu)
Cara menyimpan susu perahan
1. Pilih bekas menyimpan yang tertutup.Cuci bekas dan steril/rebus.
2. Masukkan susu perahan ke dalam bekas.
3. Tutup bekas dan labelkan. (nama anak, tarikh dan masa)
4. Simpan dalam peti sejuk (fridge atau freezer)
Tempat & tempoh menyimpan
suhu bilik 4-8jam
peti srjuk bahagian bawah 24-48 jam
peti sejuk ruang beku 3 bulan
tempat pembeku (-2 darjah celcius) 1 tahun.
Cara memberi perahan susu kepada bayi anda
* Susui bayi anda sebelum anda pergi bekerja dan setelah balik bekerja
* Jadualkan pemberian EBM.(beritahu pengasuh bayi anda)
* Jika susu disempan di ruangan pembeku, keluarkan dan etakkan dibahagian bawah sebelum digunakan.
* Panaskan dengan merendam di dalam bekas yang berisi air panas.
* Gocang bekas susu bagi menyatukan cecair dgn lemak susu.
* Beri EBM kepada bayi anda.
No comments:
Post a Comment