Sambuti si manja ke dunia baru yang mengkagumkan. Dunia yang menyayanginya di mana akan bermulalah satu kehidupan yang penuh bermakna.
Permulaan bibit-bibit kehidupan yang begitu indah dengan penyusuan susu ibu. Menyusukan bayi merupakan satu pengalaman indah buat semua insane yang bergelar IBU.
Menyusukan bayi dengan susu ibumerupakan langkah penting bagi perkembangan dan pembesaran yang sihat.Ini kerana susu ibu adalah bersih., seimbang dan paling sesuai untuk bayi.Susu ibu mengandungi semua khasiat dalm imbangan yang betul.
Susu pertama anda dinamakan 'kolostrum' dan hanya terdapat dalam susuibu.kolostrum mengandungi khasiat yang terbaik yang diperlukan oleh bayi anda untuk hari-hari pertama selepas lahir. Kolostrum juga mengandungi antibody untuk melindungi bayi daripada jangkitan seperti cirit-birit, radang paru-paru, dan selsema.
Ternyata susu ibu amat penting untuk bayi anda kerana tiada makanan lain yang dapat memberikan khasiat setanding susu ibu.
No comments:
Post a Comment