There is no freedom of choice for humans,
if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,
but an obligation to the choice.
Give your child the freedom of choice

Quick Search

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Thursday, December 28, 2006

Breast pam

Avent ISIS.Avent ISIS

Alhamdulillah, sudah 13 bulan aku menggunakan breast pump Avent ISIS. (Pam ini dibeli ketika baby Akif berumur 2 bulan).

Menggunakan pam ini amat mudah dan berkesan bagi aku. Jika kalian pernah menggunakan penyembur fabrik ‘febreez’ kalian pasti dapat memahami maksudku. Cara menggunakannya hanya seperti menyembur cecair febreez sahaja.Amat mudah.

Pada pendapat aku, pam ini memang unik dan selesa digunakan. Namun mungkin ia agak kekok digunakan oleh mereka yang biasa dengan pam elektrik. Pam ini, memang memerlukan kita menguasai sedikit ‘skill’ mengepam menggunakannya. Anda hanya perlu bayangkan bagaimana cara dan teknik bayi anda menghisap, jadi cubalah dapatkan ‘rhythm’ tersebut. Pada peringkat permulaan memang agak susah, namun, ‘practice makes perfect’. Cubalah anda pasti berjaya.

Aku gunakan Avent ISIS ketika mengepam di tempat kerja. Pam ini mudah dibawa dan boleh digunakan di mana-mana sahaja. Tambahan pula, tempat aku mengepam tidak ada punca elektrik, jadi manual avent ISIS breast pump amatlah berguna bagiku!

Spectra3

Spectra3 breast pump adalah electric operating breast pump. Aku membeli spectra3 breast pump semata-mata untuk digunakan di rumah ketika sedang menyusukan bayi. Aku membeli pam ini ketika aku di saat-saat ‘zaman kejatuhan susu’ ataupun ‘musim susu merudum’. Cara terbaik adalah dengan memperbanyakkan sesi merangsang penghasilan susu, bayi menghisap ataupun mengepam. Aku mulakan ‘double pumping’ , mengepam ketika menyusukan bayi dan mengepam dengan kerap. Jika menyusukan bayi dan mengepam dengan Avent ISIS baby Akif akan lebih berminat dengan pam terutama ‘handle’. Jadi aku gunakan spectra3 yang motornya diam dan hanya corong yang dapat Akif lihat.

Untuk kerap mengepam, (2-3 jam sekali ketika hujung minggu), aku memang perlukan spectra3 ini. Kalau tidak, lenguh jari jemari.

Spectra3 ini juga au guna untuk mengepam di awal pagi. Sejak ada specra3 ini aku tidak lagi kelam kabut mencuci pam diawal pagi kemudian mengelap dan sebagainya.

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, aku masih lagi menyusukan baby Akif hingga ke saat ini. Semoga aku akan terus diberi kekuatan meneruskan penyusuan susu ibu. Amin.

No comments: