There is no freedom of choice for humans,
if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,
but an obligation to the choice.
Give your child the freedom of choice

Quick Search

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Friday, December 29, 2006

pisang

Makanlah pisang yang sudah matang(masak), sebab ini akan mudah dicerna, dan gula di dalamnya diubah menjadi glukosa dan cepat diserap ke dalam peredaran darah.

Manfaat Pisang yang berbagai ....

1.Sumber Kekuatan Tenaga

Pisang mudah dicerna, gula yang terdapat di buah tersebut diubah menjadi sumber tenaga dengan cepat. Ini baik untuk pembentukan tubuh, untuk otot, dan sangat baik untuk menghilangkan rasa letih.

2.Manfaat untuk ibu yang mengandung.

Pisang juga disyorkan untuk dimakan oleh wanita yang mengandung kerana ia mengandungi asid folat, yang mudah diserap janin melalui rahim. Asid folat perlu untuk tumbesaran sistem saraf janin

3.Manfaat untuk orang yang kurang darah (anemia).

Dua biji pisang yang dimakan oleh pesakit anemia setiap hari sudah cukup, kerana pisang mengandungi Fe (zat besi) tinggi.

4.Manfaat bagi Penyakit Usus dan Perut

Pisang yang diambil bersama susu cair dapat mengubati penyakit usus; dapat mengimbang masalah acid berlebihan (hyper acidity). Pisang mempunyai ciri anti-radang(inflamation) kerana Vitamin C dapat secara cepat diproses.

Ia juga boleh transform bacillus berbahaya menjadi bacillus yang perlu di dalam usus.

5.Manfaat bagi penyakit hati(liver)

Penderita penyakit hati disarankan makan pisang bersama madu; ia akan menambah nafsu makan dan membuat jadi kuat.

6.Pisang dan Kecantikan

Paste pisang dicampur dengan sedikit susu dan madu, disapu pada muka setiap hari selama 30-40 minit. Kemudian basuh dengan air suam, dan di bilas dengan air sejuk. Ini diulang selama 15 hari. Hasilnya: Kulit yang cantik.

7.Pisang untuk Mengawal Berat Badan

Pisang juga mempunyai peranan di dalam penurunan berat badan seperti juga untuk menaikkan berat badan.

Seseorang boleh mengurangkan berat badan dengan memakan 4 biji pisang dan 4 gelas susu non-fat setiap hari sekurang2nya 3 hari dalam seminggu; jumlah kalori hanya 1250 dan menu ini cukup menyehatkan. Selain itu, diet ini juga membuat kulit wajah tidak berminyak dan bersih.

(Harus ingat diet ini tidak lengkap untuk program kontrol berat badan yang ideal).

Jangan lupa bahawa meminum satu gelas banana milk-shake dicampur madu, buah-buahan, kacang, dan mangga sesudah makan, akan menaikkan berat badan.

8.Lain2 khasiat

Pisang mempunyai manfaat dalam penyembuhan anemia, menurunkan tekanan darah, tenaga untuk berpikir, kaya serat untuk membantu diet, kulit pisang dapat digunakan sebagai cream anti nyamuk, membantu sistem saraf, dapat membantu perokok untuk menghilangkan pengaruh nikotin, stres, mencegah stroke, mengimbang suhu badan terutama bagi ibu hamil, neutralise acid berlebihan, dan sebagainya.

Kandungan pisang terdiri dari

Mineral,

Vitamin,

Karbohidrat,

Serat,

Protein,

Lemak, dan lain-lain.

Nutrien yang terdapat di dalam setiap 100 gm pisang matang adalah sebagai berikut:

Kalori 27 kcal,

Protein 1.6 g,

Lemak 0.45 g,

Karbohidrat 5.4 g,

Serat 3.4 g,

Gula 1.95 g,

Kalsium 14 mg,

Besi (ferrum) 0.5mg

Magnesium 17 mg,

Fosfor 32 mg,

Potasium 256 mg,

Sodium 13 mg,


MORE

No comments: