There is no freedom of choice for humans,
if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,
but an obligation to the choice.
Give your child the freedom of choice

Quick Search

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Thursday, December 28, 2006

Peti ais dan peti sejuk

Jangan keliru.

Jika kita membaca artikel tentang penyimpanan susu ibu yang ditulis dalam bahasa Inggeris, terdapat perkataan, refrigerator.

Refrigerator=fridge=a piece of electrical equipment in which food is keep cold so that it stays fresh, dalam bahasa Malaysianya PETI SEJUK

Manakala, freezer pula membawa maksud PETI AIS. ( a large piece of electrical equipment in which is you can store food for a long time at a low temperature so that it stays frozen).

Berbalik kepada penyimpanan susu di dalam peti sejuk dan peti ais.

(a) Susu ibu yang telah diperah boleh disimpan selama 2 hari di dalam peti sejuk, selepas tempoh 2 hari (48 jam) susu tersebut hendaklah digunakan. Adalah tidak digalakkan kita membekukan susu yang telah disimpan di dalam peti sejuk selama lebih dari 48 jam. Ini adalah kerana dikhuatiri kualiti susu telah menurun ataupun susu telah basi.

Bagi susu yang telah dibekukan, kemudian diturunkan/diletak di bahagian peti sejuk susu tersebut juga tahan/boleh digunakan dalam tempoh 48 jam.

(b) Susu yang disimpan didalam peti ais,

1. Untuk peti ais satu pintu (peti ais bahagian atas dan peti sejuk bahagian bawah berkongsi satu pintu utama) susu ibu yang telah diperah boleh disimpan selama 2 minggu sebelum digunakan.

2. Untuk peti ais dua pintu ( peti ais dan peti sejuk tidak berkongsi pintu, setiap bahagian mempunyai pintu sendiri) susu ibu yang telah diperah boleh disimpan selama 3 bulan sebelum digunakan.

Untuk deep-freezer/peti ais sahaja (selalu kedai menjual ais krim guna) susu perahan boleh disimpan selama 6 bulan.

No comments: