There is no freedom of choice for humans,
if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,
but an obligation to the choice.
Give your child the freedom of choice

Quick Search

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Monday, December 4, 2006

Menguruskan EBM amat mudah

Ramai berpendapat menguruskan susu ibu yang diperah; EBM menyusahkan. Saya menyangkal pendapat tersebut. Bagi saya menguruskan EBM adalah amat mudah.

Mungkin bagi mereka yang belum berpengalaman, hanya membaca pengalaman orang lain menyebabkan mereka merasakan penyelenggaraannya amat rumit. Usah risau, menguruskan EBM amat mudah. Semudah petik jari. Percayalah, kerana saya sedang menguruskannya.

Bagi ibu yang bekerja

Step 1

Setelah mengepam susu masukkan ke dalam botol/beg plastik pakai buang untuk menyimpan EBM tersebut. Isikan botol dengan kuantiti yang sesuai. (jika bayi anada minum 3 oz per ‘feeding’ isikan 3 oz).

Masukkan EBM tersebut ke dalam fridge/ cooler bag

Setelah sampai di rumah pindahkan EBM dari cooler bag dan masukkan ke dalam peti sejuk. Masukkan susu yang anda ingin berikan kepada bayi anda keesokkan hari ke dalam ruangan sejuk dan masukkan EBM yang anda ingin jadikan stok simpanan ke ruangan beku.

Step 2

Memberi susu kepada bayi

Bagi ibu yang bekerja, jika anda ingin memberikan bayi anda stok EBM yang beku, digalakkan anda menurunkan stok tersebut dr ruangan beku ke ruangan sejuk selama semalaman bagi memudahkan.

Susu yang telah cair dikeluarkan dari peti sejuk dan direndam dengan air panas suam. Setelah susu tersebut suam-suam, susu tersebut sedia untuk diberikan kepada bayi anda..

Senangkan?

Hanya rendamkan sahaja. Anda tidak perlu menceduk susu formula! Kerja anda mudah anak anda sihat.

No comments: