Akif sekarang suka buat perangai. Degil pula tu. Aduss mencabar betul ya jadi ibu ni...
Akif sekarang kalau dia nakkan sesuatu kita tak bagi dia akan menjerit2, berguling2 dan meronta2. Terlalu dimanjakan ke? Atau tak cukup dimanjakan?
Minum susu.Bila bersama mummy semestinya Akif minum susu segar form the factory lah! Di Taska pun dia sudah kembali minum EBm tetapi perlu disuap oleh pengasuhnya. Risau juga mereka jemu melayan Akif ni. Harap-harap mereka tak jemulah Doakanlah ya....
Makan nasi. Baru sekejap tadi Mummyakif telefon Taska tanyakan Akif makan ke tidak. Alhamdulillah dia makan. Kat rumah semalam dia tak nak makan. Lunch bg spaggetty, petang bagi bubur nasi with soup..Dia makan sikit sahaja. Main banyak!Malam pula dia makan roti+biskut.Mungkin Akif suka makan bersama kawan-kawan. Nampak gayanya Akif kena selalu ke sekolahlah.
No comments:
Post a Comment