Step 1
Pastikan anda mencuci tangan anda sebelum memulakan proses mengepam.
Pastikan anda memasang pam dengan betul sebelum memulakan proses mengepam.
Urut bahagian ‘breast’ anda terlebih dahulu sebelum mengepam. Ini adalah penting bagi memastikan proses mengepam berjalan lancar.
Step 2
Mengepam.
Ambil pam dan lekapkan corong pam pada ‘breast’ anda
Tarik handle pam anda sehingga habis sebanyak 3-4 kali.
Kemudian apabila terdapat susu mula keluar, lajukan proses menarik handle tetapi hanya separuh. Teruskan menarik handle separuh sahaja.
Apabila terdapat banyak air susu sudah keluar teruskan mengepam.
Tarik handle hingga habis dan lepas bagi memastikan susu mengalair masuk ke botol.
Ketika menggunakan pam, hanya 3 jari digunakan, jari ibu, jari telunjuk dan jari hantu.
Jari ibu menyentuh badan pam dan jari telunjuk dan jari hantu menyentuh handle.
Jika anda pernah menggunakan penyembur Febreez, seperti itulah caranya menarik handle pam.
Cara mengepam ini adalah ilham dari cara saya menggunakan pam Avent ISIS.
Setakat ini, saya mengamalkan cara ini. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment