There is no freedom of choice for humans,
if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,
but an obligation to the choice.
Give your child the freedom of choice

Quick Search

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Friday, December 15, 2006

Meningkatkan penghasilan susu 1

Sebenarnya tiada makanan yang spesifik untuk menambahkan penghasilan susu badan, tetapi terdapat banyak perkara yang boleh membantu penghasilan susu. Yang lebih penting bukannya apa yang anda makan tetapi, bagaimana bayi anda makan. Apabila bayi anda menyusu dalam posisi yang betul dan menghisap dengan cara yang betul, semakin lama bayi anda menyusu semakin banyak susu akan dihasilkan. Ini adalah cara yang paling penting dalam meningkatkan penghasilan susu ibu.

Dari sudut diet dan nutrisi, terdapat dua faktor utama dalam penghasilan susu. Yang pertama, minum air secukupnya. Tidak kira apa yang anda minum susu, jus atau pun air kosong. Anda akan menhasilkan dalam 20 hingga 40 oz susu sehari,agak banyakkan? Merasa dahaga adalah tanda utama anda perlukan tambahan cecair dalam badan anda. Adalah sgt baik jika anda dapat mendisiplinkan diri anda dengan meminum lebih air.

Ibu yang menyusukan anak memerlukan 500 kalori lebih dari orang biasa sehari. Ibu yang yang menyusukan anak yang dalam proses diet menurunkan berat badan akan mengalami masalah kekurangan tenaga bagi menghasilkan susu

Bir merupakan minuman yang boleh menambahkan susu (Tapi bir kan alkohol haram untuk umat Islam) dan mengikut penyelidikan bayi tidak suka 'alcoholic breastmilk', dan menyebabkan bayi tidak mahu menyusu dan membawa kepada keengganan bayi menyusu dari ibunya seterusnya mengurang 'stimulasi' dan susu ibunya akan berkurang. (Jadi jangan minum bir)

Tekanan juga boleh menyebabkan kekurangan susu, jadi elakkan dari 'stress'.

'Caffeine' juga boleh merangsang pengeluaran susu badan namun ia akan juga merangsang bayi anda. 'Caffeine' akan bercampur dengan susu anda dan akan bertidak balas ke atas bayi anda.
Tidak salah jika anda sekadar minum secawan kopi sehari tetapi jika 4-5 cawan mungkin kadar 'caffeine' dalam badan anda akan dipindahkan kepada bayi anda.
Caffeine akan berada dalam sistem badan bayi lebih lama dari orang dewasa. Bayi mungkin akan mendapat kesan sampingan seperti, tidak lena tidur, mengamuk dan sebagainya.

Cara terbaik untuk memastikan penghasilan susu badan yang banyak adalah dengan;

  • kerapkan menyusu bayi ataupun kerapkan memerah susu.
  • Banyakkan mengambil cecair
  • Makan makanan berkhasiat
  • Rehat yang secukupnya

Akan bersambung.......

No comments: