Techni ice
Aku mula mengenali techni ice sejak aku ‘berkecimpung’ dalam dunia menyusukan anak ini.
Techni ice memang amat sesuai digunakan untuk membawa susu perahan sama ada susu yang baru deperah ataupun yang telah beku. Techni ice dapat menjadikan benda yang beku kekal beku dan yang sejuk kekal sejuk serta yang panas kekal panas.
Aku terpanggil untuk berbicara tentang techni ice ini setelah berpindah rumah baru-baru ini. Selama ini aku gunakan techni ice utk memastikan susu yang aku bawa dari rumah ke taska kekal beku bagi yg beku dan kekal sejuk bagi yang sejuk, dan aku gunakan juga untuk memastikan chiller yang aku bawa bersama cooler bag.
1. Techni ice yang membekukan chiler di dalam cooler bag
Memang tahan, chiller yang beku akan kekal beku hingga aku pulang ke rumah. Aku selalu masukkan chiiler dan techni ice ke daam cooler bag ada pukul 6:55 am, dan akan pulang ke rumah pada pukul 7pm. Chiller akan kekal beku dan susu berada dalam keadaan baik.
2. Susu perahan ke Taska
Aku akan masukkan susu beku, susu cair dan techni ice pada pukul 6:55 am juga setiap hari dan tiba di taska dalam pukul 7:30am. Susu yang beku masih beku.
3. Pengalaman memindahkan stok EBM.
Pada mulanya agak gementar hendak memindahkan susu-susu ini. Dikhuatiri mencair. Alhamdulillah.
Aku masukkan susu-susu ke dalam ice box dan cooler bag kemudian masukkan techni ice. Alhamdulillah tidak terjejas langsung.
Komen:
Jika anda ingin memindahkan stok susu beku anda saya cadangkan anda gunakan techni ice.Insya Allah susu akan kekal beku.
Saya amat berpuas hati dengan prestasi techni ice setakat ini .
1 comment:
kat ner nak dpatkan techi ice nie..cam besh jer..
Post a Comment