There is no freedom of choice for humans,
if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,
but an obligation to the choice.
Give your child the freedom of choice

Quick Search

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Wednesday, December 24, 2008

Apabila saya membaca posting ibu-ibu lain tentang masalah penyusuan mereka di forum berkaitan, saya selalu ‘flash back’ pengalaman saya yang tida seberapa itu.

Antaranya

 

Masalah inverted nipple-puting tenggelam

Kebanyakkan menganggap ia masalah.

Saya ada pengalaman ini.

Jika kita kerap menyusukan bayi perkara ini akan hilang.

Inverted nipple bukan halangan bagi menyusukan bayi.

Bayi menyusu dari payudara bukan dari puting.

Betulkan latch.

Masalah susu tidak keluar pada awal kelahiran bayi

Perkara yang amat normal.

Air susu tidak akan keluar mecurah-curah seperti paip air syabas yang pecah.Ingat itu…

Pada awal kelahiran bayi kolostrum dihasilkan.Memang tidak akan kelihatan ‘susu’

Susukan bayi anda.

Bayi menangis tidak semestinya kerana tiada susu.Mungkin dia masih tidak dapat sesuaikan diri dengan dunia luar.

 

Masalah-Bila nak start bagi bayi solid food

Bukan masalah sebenarnya

Ikut guideline 6 bulan usianya dia boleh diberi makan lain selain susu ibu.

Bolehlah mulakan dengan bubur nasi kosong lecek/blended.

Bayi meniru kita makan tidak bermakna dia lapar, dia cuma belajar….

Bayi Insya Allah tidak aka jemu jika diberi makan menu makanan yang sama berhari-hari.

(Anak saya tak jemu makan nasi dan tak jemu minum susu ibu!)

tambah susu badan

Sekadar ulang posting

 

Antara cara saya memastikan susu badan kekal ada 

1.      Kerap mengepam(ketika masih mengepam)

2.      Galakkan direct feeding jika ada bersama anak

3.      Minum air secukupnya

4.      Kawal stress

5.      Pastikan suami senantiasa menyokong dan membantu

6.      Makan makanan yang sesuai dengan diri yang boleh membantu membanyakkan susu.

 

Antara Makanan yang ‘ngam’ dengan saya

1.      water chestnut/sengkuang cina

2.      kobis

3.      halba

4.      laici

5.      longan

6.      daikon/lobak putih

7.      sawi

8.      kailan

9.      tenggiri

10.  bayam

11.  peria

12.  jantung pisang

13.  soy based product

14.  carrot- kalau buat jus carrot susu sedap!

15. Madu lebah asli

16. Spirulina

17. pegaga-jus atau ulam segar

Itu sahaja yang masih ingat.


Sampai sekarang saya masih tambahkan sedikit halba dalam nasi.

Masak sendiri makanan anda, kalau boleh elakkan makan di luar.


Susu ibu adalah makanan terbaik bayi anda

sayonara magic cup

Akif menggunakankanavent magic cup untuk minum air masak. Tetapi semalam kami telah mengucapkan 
"Sayonara magic cup...mou anatani aitakunai!"

Akif bawa tumbler ke taska.Hehehehehe

Akif sudah besar tetapi masih perasan dia baby.
Mmmm....

Bila dikenang kembali
Senang juga anak tak menggunakan puting tiruan, tak perlu nak fikir macam mana nak pisahkan (orang kampung saya sebut 'lah'-contoh ayat ' senang nak 'lah' = senang nak pisahkan)

Akif minum susu kotak guna straw dan dia juga boleh menggunakan cawan dan gelas seperti orang lain.

Gambare!

Wednesday, December 17, 2008

benefit of sugar cane-untuk saya baca kelak

livestyle

dan banyak lagi.
Hanya perlu taip 'benefits of sugar cane'

Sugar cane/Tebu.
Entry ini ditulis kerana saya ada terbaca satu statement yang menyatakan 'air tebu tidak boleh diminum oleh ibu ynag melahirkan anak secara c-section'

Saya perlukan kesahihannya.Bukan sekadar amalan tanpa bukti.

Tuesday, December 16, 2008

Pengumuman

ShoutMix-LiveChat have been removed from this blog kerana terdapat gangguan dari pihak yang tidak bertanggungjawap.

Sebarang pesanan/mesej bolehlah disalur terus kepada saya melalui email/YM/Gtalk

Harap maklum

Monday, December 15, 2008

Mengajar anak yang suka menonton TV mengenal 123

TV selalu dikaitkan melalaikan dan boleh menghilangkan minat belajar seseorang terutama kanak-kanak-

Adalah dinasihatkan agar ibubapa sentiasa menemani anak menonton TV, elakkan membiarkannya sendirian.

 

Anak saya memang suka menonton TV.

Channel kegemarannya CH616-CARTOON NETWORK

Show kegemaran: BEN-10 (animation or movie)

 

Jadi,

CH-616àBEN-10

 

Astr* remote control

 

1 2 3

4 5 6

7 8 9

  0

 

Press 6 then 1 then 6..

6 is next to 5. –Maka kena kenal 5 untuk jumpa 6

Between 3 and 9 is 6 – kena kenal 3 and 9 untuk kenal 6

 

Where is no.1?

Next to no.2 near no.4…Where is it???

 

Dan number-number lain.

 

Berikutnya

BEN-10

B-E-N-1-0

10=TEN

 

B-Baby

E- Egg

N- Nose

 

Baby-Acif Baby katanya

Egg- Egg itu telur

Nose- Ini nose Acif…

 

Nose-Eye-ear-mouth-hair-head-forehead-chin-cheek-neck itu leher…armpit? (Sambil point kepada benda yang disebutnya)

 

Begitulah caranya si Akif belajar sedikit demi sedikit.

 

Kalau angin nak belajar bab ‘Egg’ dia akan pergi buka peti ais ambil telur, maka terjerit-jeritlah mommynya!

 

Saya berpendapat hanya dengan BEN-10 ia boleh dikembangkan menjadi satu sesi pembelajaran berkesan buat kanak-kanak yang baru belajar seperti anak saya itu.

 

 

Digimon Adventure.

 

Berbola api…

Agumon bertukar menjadi kagumon etc!

 

Agak tidak logic.

Digimon=Digital Monster

Juga kegemaran anak saya.

Jadi ‘kadai’ / task untuk dia…

Kena tahu/boleh nyanyi lagu “I wish’ (lagu tema digimon- of course in Japanese!)

Dan kelak intensif japanese class will be started. WAIT ya Baby!

Friday, December 12, 2008

Antara cabaran

Cabaran menyusukan anak meman banyak

Jika anak yang bawah 2 tahun ramai yang akan bertanyakan kenapa tidak diberi susu ini ..ini dan ini…

Dahulu saya rasakan itulah cabaran yang paling dahsyat.

 

Namun kini setelah lebih 3 tahun menyusukan Akif, cabarannya tetap ada namun dalam ‘bentuk’ yang berbeza.

 

Ramai mempertikaikan extended breastfeeding.

Ramai yang bertanyakan hukumnya

Dan ramai yang mengejek

 

Extended breastfeeding

Tidak akan menjadikan anak anda tidak boleh berdikari jika dididik dengan betul.

Dari pemerhatian saya terhadap Akif, dia memang boleh bawa diri jika ibubapanya tiada bersamanya

Amat behave etc, namun perangai kanak-kanak(manusia mungkin) jika ada ibubapanya dia tetap akan jadi anak manja.

Akif sudah boleh mandi sendiri(dengan diperhatikan dari jauh), ke tandas sendiri(bagi urusan yang ‘kecil’),

Menukar pakaian sendiri etc.Alhamdulillah (tapi ikut mood juga-samalah dengan orang dewasa ada anginnya)

 

Hukumnya

Harus.

Selagi tidak memudaratkan mana-mana pihak.

 

Ejekkan…

Abaikan.

Ataupun jawapan Akif “bukan curi tak malu..kalau curi malu laa”

susu perahan

Menyusukan anak

Sekarang ini makin ramai yang ‘celik’ tentang pemyusuan susu ibu dan ramai juga yang masih keliru

 

Ada yang walaupun ada bersama anak, memberikan anak susu perahan, dan memerah untuk stok susu.

Mmm..

Bagi saya itu satu cara yang kurang betul.

 

Kita hendaklah membanyakkan sesi ‘direct feeding’ kerana dengan hisapan bayi kita, susu akan dirangsang dan itulah cara yang paling baik.

 

Kita meengumpul stok susu adalah untuk diberi kepada bayi jika kita tiada bersamanya(ke pejabat atau keluar tanpa bayi)

 

Ada juga ibu yang tidak mahu susukan bayi pada malam hari kerana hendak berehat maka bayi diberikan susu perahan menggunakan botol dan sebagainya.

Juga kurang tepat tindakan itu.

Night feeding adalah perangsam penghasilan susu yang baik.

Boleh membantu menghasilkan susu yang banyak


dari komen:

From: Pn Salzahani

sbnrnya night feeding juga menggantikan balik masa kita bersama anak bila peghi keja...kalau tak smpt main pun (kes anak tido awal),time direct feeding merupakan most precious moments dgn anak! adalah normal sorang ibu tidur kurang..lagipun kalau nak bf bukannya setiap jam pun anak terbangun. selak kan lagi senang dari bangun & bancuh/rendam?

Thursday, December 4, 2008

alahan

Sudah lama tak update blog ini. Sebenarnya tiada perkara yang hendak dikongsikan. Lebih kepada celoteh merapu yang lebih sesuai di yuitsumuni.

Di sini ingin berkongsi sedikit tentang anak yang sensitive.

Cik Akif saya mengalami masalah ekzema sejak lahir lagi.
Dia dikenal pasti alah kepada
Susu lembu
Habuk
Semua makanan hasil tenusu
Peluh

(ini sahaja yang masih boleh diingati)

Jika minum susu lembu/produk tenusu badannya akan naik ruam. Ada yang jenis kering ada yang jenis berair dan dia akan menggaru sehingga luka.
Begitu juga jika dia berpeluh

Jadi cow’s milk based food is a BIG NO to him sampailah dia berusia 2 tahun lebih.
Selain gatal-gatal dia juga akan cirit birit jika minum susu lembu.(ketika usianya masih belum mencecah 2 tahun)
Ini termasuk jika dia makan biskut yang mengandungi susu lembu
(cheese/yogurt juga-NO)

Mengelakkan berpeluh.(berpeluh tetap berpeluh cuma mengelakkan memudaratkan)
Ketika dia sudah pandai berjalan dan sudah boleh memahami arahan, kami bekalkan dia sapu tangan/tuala kecil untuk dia. Dia akan bawa ke mana sahaja. Jika dia berpeluh dia akan lap sendiri, ketika bermain di halaman taska juga dia akan membawa kain lap peluh.
(ohhh soooo cute my baby!)

Alahan terhadap makanan
Sampai ke hari ini dia masih alah kepada beberapa jenis makanan dan kesan alahan akan dapat dilihat segera.
Oleh kerana itu kami amat menitik beratkan tentang makanan yang diambilnya.
Pihak taska juga ‘alert’ tentang hal ini.

Apa yang patut kita lakukan jika anak kita didapati alah dengan sesuatu (makanan atau apa jua)
*Lakukan pemerhatian yang teliti terhadap perkembangannya
*Minta pihak pengasuh/taska bantu kita
*Berjumpalah dengan pakar yang sewajarnya
*Elakkan mempraktikkan petua-petua yang kita tahu akan kesahihannya
*Elakkan mencuba ubat-ubatan yang tidak dapat dikenal pasti asal usulnya.

Masih ingat lagi, kami amat kerap berjumpa doctor. Tidak cukup satu medical center kami ke medical center yang lain dari satu pakar ke satu pakar yang lain….
Paling teruk ketika ekzema menyerang telinganya. Sampai jadi kamceng dengan ENT specialist!
Kelakar pula bila ingat!Hahahaa

Opss..lupa

Alahan akan hilang ikut individu..

Ekzema paling cepat 2 tahun...paling lama? Ada yang sampai dewasa. Akif masih alah dengan peluh. Satu lagi dia pakai losyen pelembap kulit dan mandi menggunakan mandian yang disyorkan oleh doktor.

Macam Akif sekarang dah OK dengan cow's milk...Seafood.

Kena try and error.

Friday, November 21, 2008

kenapa susu saya tak banyak?

“Kenapa susu saya tak banyak?saya dah makan makanan yang berkhasiat.Apa orang kata bagus untuk banyakkan susu saya akan ambil, tapi susu saya tetap tak banyak bila saya pam. Ketika direct feeding pun tak tahulah cukup atau tidak anak saya dapat susu“

Soalan saya:
1. Berapa kali sehari anak anda direct feeding?

2. Berapa kali anda pam susu?(2 kali tak cukup ya...sekurang-kurangnya 6 kali)

Kekerapan direct feeding dan mengepam adalah factor utama yang membawa kepada penambaha susu badan
Ingat konsep susu ibu…Supply on demand.Jika banyak demand makan banyaklah hasilnya.
Kerapkan mengepam Insya Allah.

Anak direct feeding cukup susu atau tidak?
Tiada kayu pengukur namun, kita dapat kenal pasti dari,
1. berapa kali anak kita membuang air
2. bagaimana dengan tidurnya.lena atau terganggu
3. adakah terdapat penambahan berat badan?
4. anak anda aktif atau tidak?

Anak yang medapat susu secukupnya akan,
Perlu menukar lampin 5-8 kali sehari(jika tidak salah saya)
Tidur dengan nyenyak
Peningkatan berat badan yang ‘cantik’
Aktif dan cergas.

Masalah susu perahan tidak mencukupi adalah satu perkara biasa dalam menyusukan anak bagi ibu-ibu bekerja.
Jadi kuatkan semangat anda teruskan perjuangan.
Menyusukan anak bukanlah lama…Cuma 2 tahun sahaja..
(Saya selalu cakap bukannya lama paling lama pun 10 tahun… nanti dia akan berhenti..Tak malukah sudah 10 tahun masih hanen akif???)

picky eater

Kerap kita mendengar ibubapa (ibu teritamanya) mengadu/menyatakan yang anaknya memilih makanan, picky eater.
Picky eater adalah satu perkara biasa yang berlaku kepada kanak-kanak.

Kenapakah anak-anak menjadi picky eater?

1. Sepertimana kita tahu anak kecil selalunya mengambil masa untuk menyesuaikan dirinya dengan sesuatu yang baharu, jadi apabila sesuatu makanan ‘baru’ diperkenalkan dia memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.--> Saya pernah mengalami masalah memberikan anak saya makan sayur, Alhamdulillah sekarang sudah OK…”ini bukan sayur la ini vitamin!”
2. Kanak-kanak beranggapan bila dia menolak sesuatu makanan itu membuktikan dia sudah boleh independence.
3. Dari ‘food fight’ anak-anak kita dapat mempelajari kesan dan akibat membantah suruhan ibubapanya. Mereka amat teruja melihat respon an reaksi ibubapa mereka jika mereka membantah.
4. Ada kanak-kanak yang tidak perlu makanan dalam kuanttti yang banyak.Cukup sekadar 3-4 full spoon. Dan jika anak anda banyak minum susu kebarangkalian dia makan sedikit amat tinggi ataupun langsung tidak mahu makan kerana sudah kenyang dengan susu.

Sebaik-baiknya elakkan anak kita mengambil makanan ringan.

kalsium & iron

Hari ini, hari Jumaat, waktu rehat tengahari lebih panjang dari hari lain.
Jadi saya telah meluangkan sedikit masa untuk membaca perihal nutrisi untuk kanak-kanak.

Berikut adalah antara perkongsian ilmu yang dapat kita sama-sama pelajari

  • Kalsium

    Jika anak anda kurang menyusu (tidak kira susu ibu atau susu formula ataupun wholemilk).
    Berikut adalah makanan yang Insya allah boleh menampung keperluan kalsium anak anda.
    Cheese
    yogurt
    Tofu
    Broccoli
    Kidney beans
    Whole wheat bread
    Fortified orange juice
    Canned salmon

    Jika anak anda sudah berusia 6 bulan ke atas, bolehlah berikan dia makanan disebut di atas.

    Untuk anak yang masih makan bubur nasi, bolehlah dicampurkan broccoli di dalam buburnya.- cadangan.
  • Iron
    Kekurangan iron boleh menyebabkan penyakin anemia
    Iron penting dalam penghasilan hemoglobin iaitu pengakut oksigen di dalam darah.
  • makanan kaya dengan iron:
    dried beans
    winter squash
    sweet potatoes
    broccoli
    mushrooms
    meat & poultry (beef, beef & chicken liver, , turkey, chicken)
    greens (spinach, broccoli, beet, tomato )
    egg yolks
    dried fruit (figs, apricots, prunes, raisins)
    prune juice
    tofu
    grains (cooked cracked wheat, wheat germ, cornmeal, millet, brown rice, farina, bran, breads, iron fortified cereals)
    blackstrap molasses
    brewer's yeast, shellfish (clams, oysters, shrimp - only after age 2 yrs or older, consult your pediatrician!)
    tuna, sardines, canned salmon

p/s: Sejak Akif berusia 3 tahun saya sudah memperkenalkan dia makanan laut seperti sotong dan udang.Alhamdulillah dia boleh makan (tiada kesan alergi)

Wednesday, November 19, 2008

3 tahun 2 bulan

3 tahun 2 bulan sudah berlalu.
Maka dengan ini 3 tahun 2 bulanlah Akif 'menikmati' khasiat susu ibu
Tiada tanda-tanda yang dia jemu
Tiada tanda-tanda yang dia akan berhenti.
Layannnnnn

Dan tiada lagi soalan-soalan
"bila kau nak berhenti menyusu?"
(tapi ada soalan lain...)

Alhamdulillah

Bagaimanakah dengan 'supply'?
Alhamdulillah..Rezeki dariNYA buat kami
Dan Akif MASIH boleh tahan satu hari tak makan hanya dengan susu ibu...
Sungguh tak tercapai akal mommy....
Taksub sungguh dia!

Yang best, selepas menyusu dia akan cakap "tekyu(thank u) nenen!"
or " ma kashih nenen" kiss kiss

Wednesday, November 12, 2008

Carbonara

Bahan-bahan
180g spaggety/linguinie
100g krim masakan
50ml susu cair(saya guna DL full krim-akif punya!)
10g bawang putih
30g ayam/daging cincang (nak gantikan dengan sutong/udang etc also OK)
30g cendawan butang/shitake(yang mana anda suka)
1 biji telur kuning
30g keju parmesan
Sedikit black pepper/oregano/basil
Garam secukup rasa.
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan
Bahan (1)
Campurkan susu cair dank rim masakan.
Masukkan kuning telur ke dalam campuran susu cair dank rim masakan. Kacau rata.Pastikan semuanya bercampur sebati
Masukkan perasa(garam)
Ketepikan

Panaskan minyak masak
Tumis bawang sampai kelayuan
Masukkan ayam/daging cincang dan cendawan/shitake
Apabila ayam/daging cincang dan cendawan/shitake sudah half cook bolehlah masukkan spaggety/linguinie
Masukkan spices
Masukkan bahan (1), kacau rata
Masukkan parmesan cheese, kacau lagi hingga semuanya bercampur rata.
Siap.

p/s: Resepi di atas adalah resepi yang telah di’alter’ serba sedikit oleh saya mengikut selera saya!
Jika untuk Akif saya tidak masukkan black pepper.

Sunday, November 9, 2008

Kenapa perlu simpan EBM banyak-banyak?

Antara sebab kenapa perlu ada EBM banyak-banyak:

1.Jika anda ingin menyusukan anak anda sehingga berusia 2 tahun atau lebih tanpa susu lain.

2. Anda bekerja
3. Susu bukan selalu banyak.Kalau kita stress pun boleh jadi kurang jadi, simpanlah ketika banyak
4. Andai kata ibu pergi dulu...paling tidak dalam proses memperkenalkan susu lain anak kita masih dapat susu ibu.
5. Kalau ibu bekerja luar kawasan
6.Kalau ibu sakit
7. Tak salah kalau ada banyak stok EBm..sediakan payung sebelum hujan.

Wednesday, November 5, 2008

Potty tranning execution

Salam

Rasanya sudah lama saya tidak ‘update’ blog ‘sweetstory’ ini.

Note: Isi kandungan yang ditulis di bawah adalah berdasarkan pengalaman peribadi.

Alhamdulillah, setakat ini potty training/diaperless mission kami mencapai target 90%.
(Hanya untuk buang air besar AKif masih belum bersedia untuk melakukannya di tandas.)

Saya sudah tidak ingat lagi bilakah kali pertama kami memulakan ‘potty trainning’. Mungkin saya perlu baca semula entry saya di blog ini dan di yuitsumuni.

Sebelum memulakan misi potty training. Apakah yang saya lakukan?
1. Bertanyakan kepada Mr.Google. Hanya perlu taip ‘Potty Trainning’ dan info mengenainya akan keluar begitu banyak sekali.
2. Membaca hasil ‘search’ yang Mr.Google paparkan
3. Membaca blog/tips mereka yang berjaya
4. Bertanyakan kepada mereka yang sudah berjaya
5. Membentangkan ‘proposal’ kepada suami dan pihak taska.
6. Mengkaji kemampuan anak.-->Ini amat penting

Mengkaji kemampuan anak.
Bagaimanakah kita boleh mengetahui yang anak kita sudah bersedia untuk diaperless?
Bilakah masa yang sesuai memulakan potty training?

Dari pengalaman saya, antaranya

1. Anak sudah tahu bercakap
2. Anak sudah faham apa yang kita katakana
3. Anak sudah boleh memahami arahan kita
4. Anak sudah boleh bersabar
5. Anak sudah bersedia, mengenali tandas, dapur, bilik tidur.
6. Anak memahami serba sedikit tentang kebersihan
7. Anak sudah tahu ‘how to express himself’ (suki kirai wakaru koto) Tahu menyampaikan kepada kita apa yang dia suka dan tidak suka etc

Perkara 1-3, 5 dan 6
Ketika kami mula potty training kepada AKif, dia sudah boleh menyebut/memberi tahu apa yang sedang dia lakukan.
(Makan, minum, main, nak tidur.)
Dia sudah tahu perkataan-perkataan asa potty training,
u-uh(buang air besar) dan kencing(buang air kecil)

Apa bila kita berpesan kepada dia sesuatu perkara dia sudah boleh mengikut pesanan kita dan melakukannya.
Dia juga sudah boleh memahami apa yang kita katakan

Bagi perkara 4
Anak sudah boleh bersabar.
Cara saya mengenal pasti yang dia sudah mampu mengawal perasaannya atau belum. Antaranya,
1. Bila dia minta susu(nenen), saya katakan kepadanya
“tunggu sebentar/sekejap mommy sedang masak”
Dia boleh menerimanya
“Lama ke?”
“Lagi satu jam”
“Sabar ya…”
Dan dia akan berkata kepada dirinya
“Acif syabar yeee”
Dia akan menanti sehingga saya berikan dia susu.

2. Bila dia meminta sesuatu.
Permaianan contohnya.
Saya akan cakap kepadanya
“tunggu ya…hujung minggu nanti kita pergi”
Dia akan berhenti meminta

Itu antara cara saya kenal pasti adakah anak saya sudah boleh mengawal perasaannya serba sedikit-Cara saya.

Untuk perkara 7

Bagi saya, ini amat penting
Mudah untuk saya terangkan

Kenapa dia perlu potty training.
Akifkan dah besar. Orang besar tak pakai diapers lagi.

Saya mulakan potty training dia di rumah ketika hujung minggu.

Kemudian saya minta jasa baik pihak taska memberi kerjasama dan bantuan, meneruskan potty training di taska.

Kaedahnya:

Mengajak dia ke tandas untuk buang air kecil setiap satu jam.
Sehingga dia sudah faham jika hendak membuang air perlu ke tandas.
Untuk Akif mengambil masa satu minggu.

Namun untuk membuang air besar, dia masih tidak bersedia hingga ke hari ini.
Untuk diaperless at night, kami baru mulakan hari sabtu yang lalu (081101)
Hari ini hari ke-5!

Alhamdulilllah. Berjalan lancar kecuali pada hari ke-3->Mommy dan daddy kena auta!

Thursday, October 30, 2008

memasak dengan cepat-working mom!

Bagaimana hendak memasak dengan cepat?
Alhamdulillah saya suka memasak (walaupun tak pandai mana pun)

Rekod paling bersih puasa tahun ini(2008) memasak di bulan Ramadhan.Missed satu hari sahaja. Berbuka di luar.

Pada hari-hari biasa juga saya memasak.

Pagi memasak untuk si kecil
Dia ni makan kena jaga sebab banyak sangat alerginya.

Petang/Malam-Memasak untuk orang dewasa(hubby and me)

Antara perkara-perkara yang kita harus lakukan bagi memudah dan mempercepatkan kerja kita

1. sediakan semua bahan - dikisar pada hujung minggu.
Kisar cili/bawang/halia etc dan bekukan bagi yang ingin dismpan lama atau sejukkan bagi yang hendak digunakan dalam masa 1-2 hari.

2. Bawang juga boleh dikupas untuk stok seminggu.

3. Bahan-bahan kisar disimpan didalam bekas kecil untuk sekali guna.

4. Turunkan segala bahan beku ke ruangan sejuk pada pagi hari)bagi yang hendak digunakan waktu petang) dan pada malam (bagi yang hendak digunakan awal pagi)

5. Potong semua bahan-bahan masakan pada malam hari
Simpan dalam tupperware atau kitchen plastik bag.

6. Jika hendak makan makanan yang rumit dimasak pada hari bekerja, boleh juga sediakan semuanya dan dibekukan (lebih baik dari kita makan kat luar atau beli yang instant)

Sekian sahaja untuk topik memasak sendiri ini.

Pengalaman menyusukan anak di tempat awam.

1. shopping complexe
Jika ada nursing room, bolehlah susukan di nursing room.
Setakat ini semua jaringan syarikat Jusco memang ada sediakan nursing room.

Cuma masalahnya para pengunjung.
Ada yang susukan anak yang bottle feeding pun perlu guna nursing room.
Siap sekeluarga consists of mother, father, granparents, and all included maid!

saya pernah minta sekeluarga keluar dari feeding room kerana mereka ingin 'menumpang' bilik yang saya dan akif guna,
(tumpang: based on siapa datang dulu)
Sekali yang datang segerombolan macam rombongan meminang.
Jadi dengan muka selamba saya minta mereka beredar.
Jika ingin menukar lampin tukarlah diruangan disediakan tidak perlu menggunakan feeding room.
keyword: Manner pengguna

Jika berkunjung ke shopping complexe yang tidak menyediakan nursing room.Boleh susukan anak di surau.Ataupun pakailah pakaian yang breastfeeding friendly.Juga boleh gunakan selendang untuk melindungi.

2. Hospital
Jika berkunjung ke hospital rakan bayi memang ada feeding room/breastfeeding room.
Hospital Baling pun ada!-muat untuk sepasang anak dan ibu.
Hospital Sg.Petani besar breastfeeding roomnya!
Di hospital juga, ada segelintir ibu yang bottle feeding anak menyusukan anak di dalam breastfeeding room.Boleh bukan tak boleh, tetapi pastikan anak yang hanya menemani tidak menganggu ketenteraman bayi-bayi lain.

3. Menyusukan anak di majlis-majlis keramaian-kenduri kahwin
Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai.
Boleh juga sediakan nursing cover atau selendang bagi melindungi

Saya memang tempah baju(adik saya yang jahitkan) yang khas untuk breastfeeding.

4. Menyusu di kedai makan/restoren/food court
Sama seperti item no.3

Langkah lain yang boleh diambil
Saya latih anak saya agar tidak meminta susu dikhalayak ramai/shopping kompleks(Jika di tempat yang ada nursing room saya encourage)

Apa yang saya buat,
Jika kami berkunjung ke tempat yang 'tidak mesra penyusuan susu ibu' saya akan berpesan kepada anak saya agar minum susu kenyang-kenyang ketika berada dalam perjalanan/dalam kereta
Seingat saya kali terakhir saya terkocoh-kocoh berkejar ke nursing room ketika dia berusia 4 bulan.
Selepas itu setiap kali kami keluar dia akan minum dahulu sebelum mulakan aktiviti luar. Ketika umurnya bawah 2 tahun dia boleh tahan tidak minum susu dalam 2-3 jam.
Air masak dibekalkan setelah usianya mencecah 1 tahun lebih.

Hingga ke hari ini dia sudah terlatih menyusu sampai kenyang sebelum ke mana-mana.
(tapi ada juga masanya dia tak boleh sabar-ketika inilah item no.1-4 digunakan)

Ohh terlupa pula
Jika pulang ke kampung
Menyusu di dalam bilik.
Ataupun menyusu dengan cover, ikut yang mana dia prefer.

Wednesday, October 29, 2008

Apa perlu kita buat jika susu merudum

1. Usah gelabah

2. Fikirkan positif

3.kaji punca
  • Anda sakit?
  • Anda on medication?
  • Adakah anda mengandung?

Apa yang anda perlukan adalah semangat diri sendiri
Kerapkan menyusu bayi anda ataupun mengepam susu

Jangan sekali-kali mengadu masalah anda kepada mereka yang tidak menyokong breastfeeding.
Jangan mengadu kepada mereka yang gagal menyusukan anak
Jangan sekali-kali memberi anak anda susu formula jika anda ingin meneruskan breastfeeding.

Banyakkan menenangkan fikiran anda.
Ambil cuti jika perlu.

Elakkan terlalu memikirkan hal susu tak cukup etc

Minta tunjuk ajar kaunselor laktasi


************************************************
Artikel


Are you having trouble producing breast milk? If your baby is gaining weight on breast milk alone and isn't fussy, you likely do not have a problem. However, if your child is not gaining weight and you are both struggling, here are some methods to help increase your supply.

Remain dedicated. First and foremost, remain dedicated to breast feeding. You made the best decision by choosing to breast feed. Sometimes it isn't easy but remember that it provides your baby with nature's best method of nutrition.

Know the proper techniques. For some mothers and babies, breastfeeding is second nature. Others have to work at it. There are several resources to learn the proper feeding techniques that will allow your baby to feed the right way, thus letting your body produce more breast milk.

Eliminate daily stress. Stress is one of the most common factors in breast feeding issues. Eliminate as much stress as you can by letting others help out. Whether it is dishwashing, doing laundry or cleaning your house, try to find some extra help. Enroll your other kids in extra chores or ask a family member or friend to help out for a short while.

. Get some rest . Taking care of an infant can be very hard work. Make sure you get some rest. Yes it can be easier said than done, but at the very least follow the advice of sleeping (or resting) while baby sleeps
.
# Keep hydrated . Drink 6-8 glasses of water per day. Your body can't produce fluids unless you are replenishing it with fluids. Try to avoid caffeine or many beverages with sugar in them.

# Feed yourself! This is a busy time but don't forget to eat. Nutrition is as important during breast feeding
as it was while you were pregnant. You don't have to eat tip top foods but try to get basics in you diet to not only pass nutrients on to your baby, but to keep your body performing. Have lots of easy-to-eat fruit on hand and try to grab that for a light snack instead of candy or chocolate.

# No pacifiers or bottles. If your baby is a newborn, introducing alternate nipples into the situation may cause confusion. An older baby should be able to easily switch between bottle and breast, but while you are trying to increase your supply, let your baby find comfort and food from you. If you are certain your baby is not getting enough breast milk, supplement by using a dropper, syringe or spoon.

# Increase frequency. Milk supply is produced according to the law of supply and demand. Try either increasing your feedings or pumping small amounts frequently between feedings to stimulate production.

# Plan a breastfeeding retreat. Lock yourself and baby away for a couple of days and focus solely on breastfeeding as much as possible. You will not only stimulate breast milk production, but you will get some much needed rest!

# Alternate breasts. Allow your baby to nurse on one breast while she is actively swallowing. When she slows down, offer the alternate breast. On your next feeding, start with the breast you finished on.

# Sling feed. Keep your baby in a sling throughout the day close to your breasts. When she is hungry, she will have it readily available, helping you to produce more due to frequent feedings.

# Let your baby end the feeding. Allow her to end her own feeding when she is ready. This may lead to longer nursing and more stimulation. You will know she is done and satisfied when she falls asleep and detaches from your breast.

# Try herbal supplements. This supplement contains chemicals close to the estrogen hormone and can help to increase milk supply.

# Avoid nursing distractions. Find a quiet place to breastfeed. Your baby will focus more on the task at hand rather than the chaos around you.

# Ask for help. If you are still facing problems after trying these steps, contact a lactation consultant for help and support.

Anak sembelit

Alhamdulillah Akif tiada masalah ini.
Berkat dari susu ibu dan makanan yang dimasak sendiri mungkin.

Ada ibubapa yang mempunyai anak yang baru 6 bulan sudah mengalami masalah anak tidak membuang air besar.

1. Jika anak itu exclusive breastfeeding.
Hanya minum susu ibu tanpa makanan atau minuman lain.
Memang bayi EBF(exclusive brestfeeding) jarang membuang air besar.
Mungkin 2 hari sekali, 3 hari sekalai ataupun seminggu sekali.
Rasional: Susu ibu kaya dengan segala khasiat yang diperlukan untuk membesar jadi apabila hanya meminum susuibu semua khasiat telah menjadi bahan berguna maka tiada bahan buangan.
Tidak perlu risau jika anak anda EBF tidak membuang air besar berhari-hari.
Note: Walaupun demikian, monitor perkembangan bayi anda.Adakah dia selesa.Tidur nyenyak dan sebagainya.


2. Jika makanan pejal baru diperkenalkan.
Jika sebelum itu tiada masalah membuang air besar, maka makanan pejal(solid food) yang diberi adalah puncanya.
Langkah boleh diambil:Tanggungkan/hentikan terlebih dahulu pemberian makanan pejal sehingga anak anda bersedia. (bersedia dari segi luaran dan dalaman)
Perlu banyakkan try and error.

Jika anak sembelit tidak perlulah mencuba pelbagai petua yang tidak tahu kesahihannya. Apa yang perlu kita tahu ialah 'root cause'/punca masalah itu.

Kebiasaan anak-anak kecil ini akan sembelit disebabkan oleh
1. makanan yang diambil
2.susu

Bagi yang minum susu ibu- Ibu haruslah menjaga pemakanannya

Bagi yang minum susu formula- Kebarangkalian susu itu tidak sesuai untuk anak anda.Tukar susu lain.
Agak susah memilih susu formula bersesuaian dengan bayi.
Jika anda berkemampuan kembalilah memberikannya susu ibu! susu terbaik buat bayi anda.

Tuesday, October 28, 2008

Bilakah bayi boleh diberi makan telur?

Alahan terhadap telur selalunya berlaku kepada bayi berumur bawah 12 bulan.

Alahan ini berlalku apabila system bayi tersalah tafsir protein telur sebagai bahan berbahaya.

Alahan terhadap telur selalunya berlarutan sehingga mencecah umur 5 tahun.

Antara tanda-tanda alergi telur
  • sakit perut
  • muka bengkak
  • muntah
  • loya
  • gatal-gatal
  • susah bernafas
  • runny nose
  • wheezing
  • tekanan darah rendah
Memandang bayi yang kerap alergi telur adalah bayi bawah 12 bulan, eloklah jika kita elakkan memberi makan telur dalam usia tersebut

Kita juga boleh cuba memberi bayi telur ketika memperkenalkan makanan pejal.
Monitor perkembangan/perubahan.
Namun jika boleh dielakkan, eloklah dielakkan.

Akif dulu memang alergi telur
Kesan dari makan telur kepada akif:
  • muntah
  • sakit perut
  • gatal-gatal
Setelah berusia 2 tahun lebih baru diperkenalkan semula telur.

Monday, October 27, 2008

Anak menangis malam

Masih teringat lagi kali pertama akif menangis malam

Menangis tanpa henti sehingga kami tidak keruan

Keesokkan paginya kedua-dua kami terpaksa ambil EL.
Bawa akif berjumpa doktor.

Kembung perut!

Bila dikaji semula.Pada hari sebelum itu saya masakkan bubur dicampur labu.

Note:Akif tak tahan angin labu.

Macam-macam dah buat pada malam tadi
Baca Yassin dan sebagainya rupanya dia kembung perut dek angin labu.
Seingat saya dia lelap malam tadi setelah kami urut dia.
Kasihan dia.

Ketika itu umurnya baru 9 bulan.

Dan ketika berusia 3 tahun ini pun masih juga menangis malam jika
1. siang terlalu aktif.Malam menangis lenguh kaki
2. siang terlalu banyak ketawa malam mengigau ketawa
3. tersedar tengah malam laptop yang memainkan cerita/movie kegemaran kehabisan battery.
4. Mummy atau daddy tiada di sisinya.

Tidaklah kerap.Hanya sebulan 1-2 kali.
Asam garam memiliki anak!

Perkara-perkara yang membatalkan Solat

* Meninggalkan salah satu rukun solat
* Berhadas kecil atau besar
* Makan atau minum
* Terkena najis pada badan, pakaian dan tempat solat
* Melakukan pergerakan pada anggota yang besar tiga kali berturut-turut
* Berkata-kata
* bersuara seperti menangis dan meraung kesakitan secara berlebih-lebihan
* Berpaling dada daripada arah kiblat
* Ketawa dengan mengeluarkan suara
* Terbuka aurat dengan sengaja
* Berubah niat
* Murtad

wanita, haid dan antara hukum....

Bolehkah wanita yang dalam haid masuk ke dalam masjid?

Wanita yang haid tidak dibenarkan masuk dalam masjid kecuali untuk lalu sahaja atau untuk ambil barang sahaja, tanpa berada lama dalam masjid.


Bolehkah seorang wanita menunaikan solat jika terdapat tanda-tanda berwarna coklat?

Wanita tidak perlu menunaikan solat semasa dalam keadaan haid atau nifas. Tanda-tanda berwarna coklat semasa hamil bukanlah haid atau nifas. Maka, wanita tersebut mestilah melakukan solat.

Bolehkah wanita menggunting rambut dan mengetip kuku pada malam hari atau dalam keadaan haid?

Tidak ada nas Al-Quran atau hadith yang mengatakan bahawa salah bagi wanita yang dalam haid untuk memotong rambut dan kukunya. Orang Islam dibenarkan untuk memotong kuku dan rambutnya pada bila-bila masa, siang dan malam.

Adakah rambut dan kuku yang dipotong semasa haid perlu dibasuh sekali semasa mandi hadas (ghusl) atau adakah ia harus ditanam?

Memotong rambut dan kuku dibenarkan bagi wanita yang dalam keadaan haid. Tiada hukum yang bertentangan dengan perkara ini. Juga tiada hukum yang mengatakan bahawa apabila dia mandi hadas, harus membasuh sekali rambut dan kuku yang dipotong itu. Selain dari itu, adalah sunnah untuk menanam anggota-anggota badan yang terpisah dari badan seperti rambut, kuku dan uri. Akan tetapi, jika menanam itu sesuatu ynag menyusahkan, maka tidak mengapa jika ia dibuang dengan cara lain.

Bolehkah para wanita menziarahi kubur?

Menziarahi kubur boleh mengingatkan kita akan kematian dan hari akhirat. Malahan, anjuran tersebut telah disebutkan oleh Rasulullah S.A.W di dalam sebuah hadisnya. Anjuran tersebut umum bagi lelaki dan wanita.

Oleh itu, tiada salah bagi wanita untuk menziarahi kubur jika ia dapat mencapai objektif tersebut selagimana wanita itu dapat menjaga adab dan etika sewaktu di tanah perkuburan.

Bolehkah wanita dalam haid menziarahi kubur?

Umat Islam digalakkan menziarahi kubur kerana ia mengingatkan kita kepada kematian dan mendoakan kepada umat Islam yang telah meninggalkan kita. Ini termasuk lelaki dan wanita. Tiada ada nas Al-Quran atau Hadith yang melarang wanita yang kedatangan haid dari menziarahi kubur. Namun, wanita yang menziarahi kubur sebaiknya tidak datang berseorangan kerana ia adalah tempat yang sunyi. Juga wanita yang menziarahi kubur harus mengawal emosinya agar menjaga tertib dan adab.

Monday, October 20, 2008

Menangani anak tidak mahu makan

Banyak sebabnya kenapa anak kita terutama yang berusia 3-4 tahun tidak mahu makan makanan yang sepatutnya.

Jadi untuk menangani masalah ini.
Mommies be creative!

Contoh yang boleh dilakukan

Anak tak suka makan pasta.
Saya bagi dia pasta with plastik garfu diisi di dalam paper cup!
Nahhh..4 kali dia tambah!

Mommy.i hate sayur!
That's fine. (Bentukkan sayur dalam bentuk flower.)
Mommy apa ni?
This's carrot...
Carrot tu sayurkan?
Yaa carrot sayur kalau belom masak..But this one already cook..so this no longer sayur.This's vitamin.
Ohh vitamin...sedapnya!

Fruit tak sedap.
Tak sedap?don't eat.But mommy loves it.Siapa makan fruit dia cepat pandai
Cepat besar tak?
Semua cepat.
Nak fruit(dia pronouns 'flut')

Saturday, October 18, 2008

Cabaran menyusukan anak

Bila dilihat dengan mata kasar nampak senang. Ya memang senang dan mudah namun yang tersembunyi tetap ada.

Memandangkan negara kita bukan lagi negara yang menyokong penyusuan susu ibu secara keseluruhan (berdasarkan cuti bersalin yang agak pendek berbanding negara-negara maju).

Ibu yang bekerja yang ingin meneruskan penyusuan susu ibu akan menhadapi pelbagai cabaran, mental dan fizikal.

Antara perkara-perkara yang pernah saya rasakan mencabar sepanjang menyusukan anak adalah

1. Mengepam di tempat kerja. Tiada tempat khas.Tiada peruntukkan masa..Apa yang perlu dilakukan 'curi masa'

2. Masalah 'supply' merudum

3. Kerja balik lambat

4. Peak seasn sibuk.Secara jujurnya memang ada masa yang terlalu sibuk hinggakan nak ke tandas pun tak sempat. api kita boleh guna time break kita.Makan sambil mengepam.

Itu antaranyalah.

Dalam banyak-banyak yang saya hadapi paling menyiksakan adalah masalah 'supply' merudum.
Waktu nilah mula stress tak menetu, namun Alhamdulillah.
Waktu susu merudum n lah mula nak salahkan pam lah salahkan kerja dan pelbagai. Hahahahaa...

Apa-apa pun usaha tangga kejayaan.

SUSU IBU ADALAH MAKAN TERBAIK BAYI ANDA

Friday, October 17, 2008

Kisah cinta cik akif hafiy

Hari ini genap 3 tahun 1 bulan buah hati kami

Alhamdulillah

Makin membesar makin banyak 'akal'nya.-->Satu pertanda baik!

Kami membincangkan(kami=mummy, daddy dan cik akif hafiy) tentang bilakan cik akif hafiy akan berhenti menyusus badan/hanen.

Nampaknya cik akif hafiy tidak akan mengalah.

"bila nak stop hanen?"
"apa stop?"
"stop hanen..Tak boleh hanen dah besar.."
"apa stop?"
"stop hanen la.Akif dah besar tak nak stop lagi ke?"
"apa stop"
"Ish buat-buat tak faham pula...."
"mummy...Acif blom besyar laaaa...tebgok tengok"(sambil menunjukkan telunjuk ke arah dirinya sendiri)
"Dah besar.."
"apa dah besar tak boleh hanen?apa??"(apa=kenapa)
"Nak pergi school"
"Balik school hanen la...school tak hanen..."(balik sekolah menyusulah di sekolah tak menyusu)
"mmmm..."
"mummyyyy..daddyyyyy..acif baby la...uweeee..uweee....ataaataataaa..baaabaabaa.."(sambil berguling2 golek-olek seperti bayi)
"ye la ye la..baby..ya laa..hanen la sampai 10 tahun pun..."
"OK"

Erkk..

Nampaknya dia belum bersedia untuk 'cerai susu ibu'.

Seperti biasa, saya tidak menetapkan bila dia harus berhenti menyusu.Biar dia buat keputusan sendiri

Thursday, October 16, 2008

memperkenalkan susu lain

salam

Ingin berkongsi sedikit pengalaman memulakan akif hafiy dengan susu lain selain susu ibu.
(setelah umurnya mencecah 2 tahun 2 bulan)

Memperkenalkan susu soya
Dia minum jika dia Taska tetapi selera makannya berkurang dan dia kelihatan tidak bermaya
Keputusan diambil:menghentikan pemberian susu soya organik

Memperkenalkan susu full cream DL.
Dia menolak.
Namun setelah dicuba beberapa lama(3-4 bulan) dia minum juga sehari 120ml.
Dia hanya minum susu full cream DL ini ketika di Taska.

Kemudian memperkenalkan milo junior(yang kotak kecil itu 125ml/pack)
Dia minum.Dia suka.
Minum hingga sekarang ketika di Taska

Tiba-tiba Akif Hafiy minta Mummy dan daddy belikan dia susu DL perisa strawberi dan coklat.
Dia minum dengan banyaknya sehari 2-3 kotak (250ml/pack)
Namun kami hentikan pemberian susu DL buat seketika sehingga krisis melamine di dalam susu mendapat informasi yang lebih jelas.

Saya meminta pihak penjaganya di Taska agar tidak memaksa dia minum susu/milo melainkan dia sendiri memintanya.
Memang susah untuk memperkenalkan minuman lain selain susu ibu kepada kanak-kanak yang minum susu ibu.

Namun saya percaya jika tiba masanya dia akan minum juga. Dan itulah yang berlaku.